Tuesday, May 31, 2011

Arsene Wenger mengakui bahawa terdapat kesukaran dalam perbincangan tawaran kontrak lanjutan kepada Samir Nasri apabila tidak mencapai kata sepakat berkenaan terma kewangan yang ditawarkan. 

Nasri disenaraikan dalam PFA Team of The Year baru-baru ini
Perbincangan ini telah terhenti buat sementara waktu dan kemungkinan bintang BPL ini berpindah ke Old Trafford telah banyak dilaporkan oleh media Perancis sejak minggu lepas lagi berikutan kontrak beliau hanya tinggal satu tahun sahaja lagi.

Walaupun mengalami sedikit masalah, Wenger masih yakin dapat mengikat salah seorang pemain bertaraf bintang ini di Stadium Emirates. Bercakap bersama lagenda Perancis Bixente Lizarazu untuk stesen radio RTL, Wenger berkata:
We’ve got a little financial disagreement but I’ll try to make him [Nasri] sign a new contract. I’ll work on that this summer. What is certain is that we won’t be selling Nasri to Manchester United.

Terdapat sedikit kelegaan berkenaan kenyataan Wenger tersebut namun apa salahnya Arsenal tawarkan apa yang dimahukan Nasri kerana pemain seperti ini memang layak untuk menerima ganjaran lumayan berdasarkan mutu persembahan yang dipamerkan.

Sumber: Gooner Talk

Monday, May 30, 2011


Aku dah beli semalam kat Sunway Pyramid tapi sayangnya training pass dah kehabisan walaupun baru hari ketiga tiket dijual. Korang bila lagi? Kamonlah, bukan selalu Arsenal nak datang Malaysia.

Friday, May 27, 2011

Lama sungguh aku tak update blog ni. Maaflah kepada yang setia datang menjenguk blog ni tapi haram pun tak ada update. Tak perlulah setiap kali aku menghilang, aku nak kena bagitau puncanya. Sudah semestinya aku sibuk dengan kerja.

Baiklah, kita teruskan dengan berita yang tak berapa nak terkini ni. Seorang lagi pemain muda Barcelona yang mana juga produk dari akademi La Masia bersetuju untuk menyertai Arsenal mengikut jejak langkah Jon Toral yang memilih untuk bersama Arsenal Februari lalu.

Bellerin mewakili Barcelona Cadete B, pasukan pemain simpanan Barcelona
Pada bulan lalu, Bellerin telah menolak kontrak baru bersama Barcelona berikutan beberapa siri pertikaian dengan staf pelatih disana. Sementara itu, Chelsea dan Man Utd juga dikatakan turut berminat untuk mendapatkan Bellerin namun Arsenal lebih pantas menyambar pemain Sepanyol bawah 16 tahun ini. Untuk itu Arsenal telah bersetuju untuk membayar wang pampasan sebanyak €400,000.

Bellerin adalah pemain sayap kanan yang pantas disamping mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi dan turut mahir dalam melakukan banyak trik. Seorang pemain attacking semula jadi, beliau juga gemar menjaringkan gol dalam kotak penalti.

Kedua-dua pemain yang 'dicuri' dari Barcelona iaitu Bellerin dan Toral,  telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan pilihan lanjutan selama dua tahun lagi.



Diambil dari: YoungGunsBlog

Thursday, May 5, 2011

Arsenal akan jadi juara liga jika kesemua percubaan yang terkena tiang atau palang memasuki gawang gol. Kesemua yang dimaksudkan bukan sahaja percubaan oleh Arsenal, tetapi termasuk jugalah pasukan-pasukan lain. Secara keseluruhannya setakat ini dalam Liga Perdana Inggeris, percubaan yang telah terkena tiang atau palang adalah sebanyak 86 kali dimana 21 daripadanya adalah percubaan oleh Arsenal.


Penyumbang yang paling banyak bagi Arsenal adalah tidak lain lagi kalau bukan Robin van Persie dan beliau juga adalah pemain yang paling kerap berbanding pemain lain dalam BPL. Aku masih belum jumpa data yang mengatakan berapa kerap ianya terjadi pada van Persie namun untuk musim 2008/09, ianya sebanyak 16 kali.

Perbandingan antara Arsenal dan Man Utd:

Percubaan terkena tiang/palang
Arsenal - 21
Man Utd - 11

Percubaan pihak lawan terkena tiang/palang
Arsenal - 2
Man Utd - 10

Lihatlah perbezaan di atas yang mana kita nampak Man Utd lebih bernasib baik dari Arsenal. Sebanyak 10 kali mereka diselamatkan oleh tiang/palang gol dan Arsenal pula digagalkan oleh tiang/palang sebanyak 21 kali.

Namun begitu, ini hanyalah JIKA...

Data oleh: OptaJoe

Monday, May 2, 2011


Seperti yang aku dah ceritakan pada Disember lalu, ternyata gambar yang tersebar dalam internet waktu itu adalah jersi Arsenal musim hadapan. Bagi aku jersi ni ok jer cuma logo tu nampak macam besar gabak sikit.

Apa yang anda patut tahu tentang logo tersebut adalah:
  • Ianya bersempena ulang tahun penubuhan ke-125 tahun kelab yang dulunya dikenali The Royal Arsenal.
  • Kedua-dua belah daun pada logo tersebut tidak sama.
  • 15 keping daun 'laurel' disebelah kiri melambangkan bahagian belakang duit syiling 6 pence yang dibayar oleh 15 orang untuk menubuhkan kelab.
  • Daun 'laurel' tersebut turut melambangkan kekuatan.
  • 15 keping daun 'oak' disebelah kanan melambangkan kesemua 15 pengasas pada waktu dulu bertemu di pub Royal Oak.
  • Moto 'Forward' pada bahagian bawah logo tersebut adalah yang terawal direkodkan sebelum ini.