Thursday, May 5, 2011

Arsenal akan jadi juara liga jika kesemua percubaan yang terkena tiang atau palang memasuki gawang gol. Kesemua yang dimaksudkan bukan sahaja percubaan oleh Arsenal, tetapi termasuk jugalah pasukan-pasukan lain. Secara keseluruhannya setakat ini dalam Liga Perdana Inggeris, percubaan yang telah terkena tiang atau palang adalah sebanyak 86 kali dimana 21 daripadanya adalah percubaan oleh Arsenal.


Penyumbang yang paling banyak bagi Arsenal adalah tidak lain lagi kalau bukan Robin van Persie dan beliau juga adalah pemain yang paling kerap berbanding pemain lain dalam BPL. Aku masih belum jumpa data yang mengatakan berapa kerap ianya terjadi pada van Persie namun untuk musim 2008/09, ianya sebanyak 16 kali.

Perbandingan antara Arsenal dan Man Utd:

Percubaan terkena tiang/palang
Arsenal - 21
Man Utd - 11

Percubaan pihak lawan terkena tiang/palang
Arsenal - 2
Man Utd - 10

Lihatlah perbezaan di atas yang mana kita nampak Man Utd lebih bernasib baik dari Arsenal. Sebanyak 10 kali mereka diselamatkan oleh tiang/palang gol dan Arsenal pula digagalkan oleh tiang/palang sebanyak 21 kali.

Namun begitu, ini hanyalah JIKA...

Data oleh: OptaJoe

Tagged:

5 comments:

  1. Arsena masih berpeluang walaupun tipis, apa2 pun kena menang semua baki games

    ReplyDelete
  2. jika bulan feb/march/april bukan bulan malang untuk arsenal. sudah tentu 4 cup dalam tangan.. itupun kalau jika..

    ReplyDelete