Sunday, September 5, 2010

Telegraph.co.uk melaporkan bahawa Persatuan Bolasepak England (FA) telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan mengenakan sebarang tindakan terhadap Arsene Wenger berkenaan aduan yang dibuat oleh Stoke City. Pengurus pasukan Stoke, Tony Pulis sebelum ini telah membuat aduan secara rasmi kerana tidak berpuas hati setelah merasakan mereka dituduh menggunakan taktik ragbi dalam perlawanan bolasepak.

Pengurus berhak suarakan keperihatianan terhadap sesuatu isu asalkan ianya tidak keterlaluan
Menurut peraturan FA, setiap pengurus pasukan dilarang bercakap mengenai pengadil yang bakal mengadili perlawanan tersebut sebelum perlawanan dilansungkan. Ini bagi mengelakkan tindakan pengadil tersebut tidak terpengaruh dari ulasan seseorang pengurus terhadap beliau. Dalam aduan kepada FA tersebut, Wenger dikatakan secara halus menujukan komen beliau terhadap Chris Foy yang mengadili perlawanan menentang Blackburn tempoh hari.

Kenyataan Wenger berbunyi:
It is more rugby on the goalkeepers than football. When you see the way Shawcross kicked Heurelho Gomes, how Robert Huth pushed Gomes in the goal, you cannot say that is football anymore.

Pihak FA telah meneliti kenyataan tersebut dan memutuskan bahawa tiada kes untuk dijawab oleh Arsene Wenger. Mereka percaya Wenger berhak menyuarakan keperihatinan beliau tentang cara pengadilan setiap perlawanan. Selain itu, pihak FA juga tidak menemui kenyataan Wenger pada sebarang masa yang menyebut nama Chris Foy secara umumnya.

Sementara itu, Mirror Football melaporkan Arsenal dan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris sedang memerhati rapat penjaga gol muda Dynamo Kiev, Maxim Koval. Pemain berusia 17 tahun tersebut telah bermain pada perlawanan pusingan kelayakan Liga Juara-juara Eropah musim ini menentang Ajax dan dilihat bakal menjadi bintang pada masa akan datang.

Saturday, September 4, 2010

Andrey Arshavin diumumkan sebagai penerima anugerah Zvezda untuk bulan Ogos. Anugerah tersebut adalah lebih kurang sama seperti anugerah pemain terbaik cuma ianya adalah untuk pemain Russia yang tidak kira dimana seseorang pemain itu bermain. Ketua pasukan kebangsaan Rusia itu telah menerima undi sebanyak 46.2% berbanding tempat kedua, Artyom Dzyuba yang hanya menerima 25.5% undi.

Beliau sebenarnya terkejut dengan pengumuman tersebut kerana bagi beliau persembahan beliau setakat ini tidak cukup bagus untuk menerima anugerah tersebut walaupun telah menjaringkan dua gol dari tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris. Walaupun begitu, beliau tidak dapat menamakan calon yang lebih sesuai memandangkan beliau jarang mengikuti perkembangan Liga Rusia disebabkan kesuntukan masa.

Dalam laporan yang disiarkan oleh Sport Express, Arshavin juga mengulas tentang perlawanan menentang Andorra yang akan datang dimana pada pertembungan kali terakhir mereka, beliau dilayangkan kad merah. Arshavin akui ianyakan akan kekal sebagai antara saat paling sedih dalam karier beliau kerana beliau jarang digantung dalam perlawanan penting dan beliau ingat setiap kes-kes tersebut.

Ketua pasukan Russia ini mempunyai sikap panas baran tapi kini lebih tenang dan bersabar
Beliau turut mengulas cara permainan Andorra yang akan membuatkan sesiapa sahaja naik angin kerena mereka banyak menolak dan mencengkam bagi menghalang seseorang pemain beraksi dengan baik. Namun kini beliau sudah banyak pengalaman dalam situasi seperti ini dan berharap tidak jatuh dalam perangkap (yang menyebabkan beliau berang) yang sama. Selama setahun setengah berada di England, beliau banyak berubah - menjadi lebih tenang, professional dan dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga.

Sementara itu cara permainan beliau juga diubah suai sedikit. Ashavin berkata:
As for my football I can say that my style has also altered – it is more effective but less picturesque. I do not remember when was the last time I score a really beautiful goal."

Seperti kita semua tahu Arshavin gemar dan berupaya menjaringkan gol melalui usaha solo beliau. Namun cara sebegitu agak sukar dipaktikkan dalam Liga Perdana Inggeris berikutan kebanyakan pasukan digambarkan seperti meletakkan bas di dalam kotak penalti. Ini kerana pasukan lawan sedar jika mereka tidak mengerumuni kotak penalti sendiri ketika diserang, pemain-pemain Arsenal yang  mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi akan mudah menghasilkan gol.

Friday, September 3, 2010

Seperti yang kita tahu minggu ini tiada perlawanan liga yang berlansung kerana memberi laluan kepada perlawanan pusingan kelayakan Euro 2012. Maka agak sunyi juga lah berita tentang Arsenal buat masa ini. Namun bagi tidak menghampakan bino kawan-kawan yang datang melawat blog ni, aku kongsikan artikel dari Mirror Football yang mana aku terjemahkan ke dalam bahasa Melayu mengikut kesesuaian untuk bahan bacaan kepada sesiapa yang belum membacanya.

Caption gambar diatas bermaksud tersirat. Jangan tersalah anggap.
Squillaci pernah mewakili beberapa kelab ternama di Eropah, beraksi di peringkat tertinggi tetapi nama beliau tidak begitu dikenali ramai. Maka penulis Mirror Football, Chris Bloor menceritakan sedikit sebanyak tentang Sebastien Squillaci yang perlu anda tahu.

1. Sebastien Squillaci dilahirkan di Toulon, Perancis pada 11 Ogos 1980.

2. Beliau memulakan karier bersama kelab kelahiran, Toulon dan tidak lama kemudian menarik minat Monaco yang mengambil beliau untuk bersama mereka pada tahun 1998.

3. Permulaan karier bersama Monaco tidak begitu mudah. Beliau sukar untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan terpaksa bermain dalam pasukan simpanan. Setelah dua tahun bersama Monaco, beliau dipinjamkan ke kelab Ajaccio selama dua tahun.

4. Namun, pada tahun 2002, apabila Didier Deschamps dilantik menjadi pengurus di Stade Louis, Squillaci dipanggil semula untuk beraksi bersama Monaco. Pada waktu itu, beliau dan Gael Givet yang kini mewakili Blackburn Rovers, membentuk gandingan yang mantap pada barisan pertahanan sehinggakan mereka layak ke perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah. Monaco telah menewaskan Real Madrid dan Chelsea pada peringkat sebelumnya namun tewas pada perlawanan akhir ditangan Porto.

5. Persembahan cemerlang Squillaci telah menarik minat beberapa kelab ternama di Eropah, tetapi Lyon lebih serius dan berjaya mendapatkan khidmat beliau. Lyon yang telah mula mendominasi Ligue 1 sejak alaf baru meneruskan kejayaan mereka selama dua tahun lagi sejak Squillaci menyertai mereka pada tahun 2006. Namun, setelah beliau berpindah ke Sevilla, Lyon gagal mengekalkan kejuaraan liga yang disandang mereka selama tujuh tahun berturut-turut.

6. Ketika bersama Lyon, beliau dilaporkan bertelingkah dengan rakan sepasukan, Hatem Ben Arfa. Ianya bermula apabila Ben Arfa menghina Squillaci di padang. Beliau yang tidak berpuas hati, lalu mendekati Ben Arfa dan berlaku lah pertengkaran diantara mereka dalam bilik persalinan. Mereka berdua kemudian tidak diturunkan pada perlawanan seterusnya dan tidak lagi bersama Lyon selepas kejadian itu. Dijangkakan aksi sengit antara mereka bakal berlaku apabila Ben Arfa dipinjamkan ke Newcastle Utd oleh Marseille.

7. Pada musim panas 2008, beliau meninggalkan negara asal buat pertama kali untuk beraksi di La Liga bersama Sevilla. Di sana beliau berganding dengan rakan se-negara, Julien Escude dibarisan pertahanan.

8. Squillaci sangat agresif, bukan pemain pertahanan yang sebarangan. Beliau bagus di udara, dan bijak bermain dengan taktik. Beliau juga sangat berbahaya dalam kotak penalti lawan dimana beliau pernah menjaringkan beberapa gol dari hantaran set piece.

9. Setakat ini beliau telah membuat penampilan sebanyak 20 kali untuk skuad kebangsaan Perancis. Squillaci tidak dapat banyak peluang untuk menonjolkan bakat besar yang ada kerana Lilian Thuram yang bermain di posisi yang sama asyik kembali dari persaraan.

10. Squillaci adalah sebahagian daripada skuad Perancis yang bermasalah pada kempen Piala Dunia lalu dan telah digugurkan oleh pengurus baru, Laurent Blanc pada perlawanan pertama yang dikendalikan beliau. Walau bagaimanapun, peluang beliau untuk terus bermain dengan skuad kebangsaan masih belum diketahui.

Gambar dari Daryl Booth

Thursday, September 2, 2010

Musim 2010/11 bermula dengan peraturan baru
Bermula dari musim ini, Premier League telah memperkenalkan peraturan yang menetapkan setiap kelab Liga Perdana menyenaraikan 25 pemain serta pemain berstatus 'Home Grown' yang layak untuk beraksi dalam perlawanan liga dan piala di England.

Antara isi kandungan peraturan tersebut:
  • Setiap kelab harus menyerahkan senarai pemain sebelum 5pm pada 1 September setiap musim. Dalam senarai 25 pemain tersebut, pemain yang tidak memenuhi kriteria 'Home Grown' tidak boleh melebihi dari 17 orang. Selebihnya, haruslah pemain 'Home Grown'.
  • Pemain 'Home Grown' bererti pemain yang tidak mengira bangsa atau umur, yang telah didaftarkan pada mana-mana kelab berdaftar dengan Persatuan Bolasepak atau Persatuan Bolasepak Wales untuk jangka masa tiga musim atau tiga tahun, tidak kiralah terus menerus atau tidak, sebelum umur pemain tersebut mencapai 21 tahun.
  • Sebarang perubahan kepada senarai 25 pemain tersebut hanya boleh dibuat pada tempoh jendela perpindahan dibuka.
  • Pemain dibawah umur 21 tahun layak bermain walaupun tidak tersenarai dalam senarai 25 pemain.
  • Bagi musim 2010/11, pemain yang dikira sebagai bawah 21 tahun adalah mereka yang lahir pada atau selepas 1 Januari 1989.
Senarai 25 Pemain Arsenal 2010/11
1. Almunia, Manuel
2. Arshavin, Andrey
3. Bendtner, Nicklas
4. Chamakh, Maroune
5. Clichy, Gael 
6. Denilson, Pereka Neves
7. Diaby, Vassiriki Abou
8. Djourou-Gbadjere, Johan Danon
9. Eboue, Emmanuel
10. Fabianski, Lukasz
11. Fabregas Soler, Francesc
12. Koscielny, Laurent
13. Mannone, Vito
14. Nasri, Samir
15. Rosicky, Tomas
16. Sagna, Bacary
17. Song Bilong, Alexandre Dimitri 
18. Van Persie, Robin
19. Vermaelen, Thomas
20. Squillaci, Sebastien

* Nama yang diterangkan dengan warna oren adalah pemain berstatus 'Home Grown' dan berumur lebih 21 tahun.
* Gibbs, Ramsey, Vela, Walcott dan Wilshere diletak pada senarai pemain bawah 21 tahun untuk menjimatkan senarai 25 pemain.

Pemain bawah 21 tahun
Afobe, Benik
Aneke, Chukwuemeka Ademola Amachi
Angha, Martin Yves
Ansah, Zak Andy
Barazite, Nacer
Bartley, Kyle
Bihmoutine, Samir
Boateng, Daniel
Botelho, Pedro Roberto Silva
Brislen-Hall, George
Bunjaku, Alban
Campbell, James Andrew
Charles-Cook, Reice Jordan
Coquelin, Francis
Cruise, Thomas Daniel
Deacon, Roarie
Eastmond, Craig Leon
Ebecilio, Kyle Stephen Joel
Edge, James Michael
Emmanuel-Thomas, Jay-Aston
Evina, Cedric David
Freeman, Luke Anthony
Frimpong, Emmanuel Yan
Galindo, Samuel
Gibbs, Kieran James Ricardo
Glasgow, Benjamin Luke
Hajrovic, Sead
Henderson, Conor Alan
Hoyte, Gavin Andrew
Lansbury, Henri George
Martinez, Damain Emiliano
McDermott, Sean
Meade, Jernade Ronnel
Miquel-Pons, Ignasi
Monakana, Jeffrey
Monteiro, Elton Almada
Murphy, Rhys Philip Elliot
Nordtveit, Havard
Oldfield Spence-Neita, Nigel Paul
Ozyakup, Oguzhan
Ramsey, Aaron James
Randall, Mark
Rees, Joshua David
Roberts, Philip James
Shea, James
Smith, Steven Robert
Sunu, Gilles
Szczesny, Wojciech Tomasz
Traore, Armand
Vela Garrido, Carlos Alberto
Walcott, Theo James
Watt, Herschel Oulio Sanchez
Webb, Callum Taylor
Wilshere, Jack Andrew
Wynter, Jordan James Cecil
Yennaris, Nicholas

*Nama pemain yang diterangkan adalah pemain dari skuad utama.

Sumber: premierleague.com

Wednesday, September 1, 2010

Jendela perpindahan telah tertutup tepat pada 1 pagi waktu Malaysia sebentar tadi. Penjaga gol baru yang diharapkan oleh ramai penyokong Arsenal tidak kunjung tiba. Maka Manuel Almunia akan terus kekal sebagai penjaga gol utama the Gunners untuk musim ini. Sementara itu Armand Traore telah dipinjamkan ke Juventus dan Nacer Barazite ke Vitesse Arnhem sehingga penghujung musim ini.

Traore mencuba nasib di Serie A
Traore dikatakan telah menandatangani kontrak perjanjian bersama Juventus dimana mereka diberi pilihan untuk mengikat beliau secara kekal setelah tamat musim 2010/11. Ini bermakna, Traore masih lagi akan kembali ke Stadium Emirates jikalau persembahan beliau di Serie A tidak begitu meyakinkan seperti yang pernah terjadi kepada Phillipe Senderos yang dipinjamkan ke AC Milan dua tahun lalu.

Berbalik kepada kisah penjaga gol, Almunia kini mampu menarik nafas lega setelah Wenger gagal mendapatkan pengganti beliau. Walaupun masih tidak yakin dengan persembahan yang ditunjukkan, kita tiada pilihan lain melainkan terus memberi sokongan sambil berharap beliau dapat memperbaiki kelemahan yang nampak ketara musim lepas. Jika Eboue boleh lakukan, tidak mustahil Almunia juga boleh lakukan yang sama.

Tak ada guna untuk kita luahkan rasa tidak puas hati, mencerca ataupun meminta agar Arsene Wenger mengundur diri. Beliau sudah cuba sedaya upaya untuk membawa penjaga gol baru tapi malangnya tidak berhasil. Sebab utama pembelian ini gagal adalah kerana Fulham gagal mendapatkan pengganti Schwarzer dan lebih malang lagi apabila penjaga gol pilihan kedua mereka pula tercedera.

Sebenarnya Arsenal hampir berjaya dapatkan Schwarzer apabila Fulham melihatkan Shay Given yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk berpindah dari Man City sebagai calon yang sesuai untuk mereka. Peluang mereka juga sangat cerah kerana Given dan Hughes pernah bekerja bersama di Man City. Namun ianya lenyap apabila Given menyatakan hasrat untuk terus kekal di Stadium City of Manchester dan berjuang untuk dapatkan kembali status penjaga gol utama.

Kenapa Given yang sebelum ini beria-ria nak tinggalkan City mengubah fikiran beliau? Ini adalah kerana beliau telah ditawarkan kontak baru oleh City. Walaupun tiada laporan rasmi dikhabarkan, ianya tidak mustahil kerana City sememangnya tidak mahu Given pergi dan dengan sumber keewangan yang tiada batasan, mereka mampu untuk membayar gaji yang mahal walaupun untuk pemain simpanan.

Pasti ramai yang masih salahkan Wenger berkenaan situasi ini. Antara persoalan yang timbul adalah:

Ada pihak mengatakan Fulham sebelum ini meminta £4 juta untuk Schwarzer. Kenapa Wenger tak mahu ikutkan harga yang ditetapkan Fulham?
Mungkin Wenger merasakan harga sebanyak itu tidak berpatutan untuk pemain yang berusia 37 tahun tersebut. Schwarzer dan Almunia tiada banyak bezanya, tapi mungkin kerana Almunia kerap melakukan kesilapan musim lepas, reputasi beliau jatuh merundum. Tambahan pula, Schwarzer telah secara rasmi meminta untuk dipindahkan. Jadi mahu atau tidak, Fulham terpaksa melepaskan pemain tersebut dan cari pengganti. Nasib tidak baik dan perkara yang telah diterangkan diatas terjadi, perpindahan ini tidak dapat menjadi kenyataan.

Kenapa tak Arsenal yang dapatkan Given?
Man City tidak akan lepaskan salah seorang pemain terbaik mereka menyertai pasukan yang dianggap pencabar terdekat. Ini secara tidak lansung memperkuatkan lagi pasukan lawan mereka.

Selepas musim lepas tamat, Wenger ada masa tiga bulan untuk mencari calon penjaga gol baru. Kenapa hanya tertumpu pada Schwarzer?
Dalam setiap perpindahan, persetujuan kelab dan pemain diperlukan. Jika sesebuah kelab lansung tidak mahu menjual pemain mereka atau meminta harga yang tinggi, tiada apa yang boleh dilakukan melainkan pemain tersebut meminta untuk dipindahkan. Walau bagaimana pun ianya masih terpulang kepada kelab itu sendiri. Jika mereka tetap berdegil, tiada apa yang boleh dilakukan pemain tersebut berikutan masih terikat dengan kontrak. Namun mereka terpaksa berhadapan risiko pemain yang tidak gembira. Dalam satu lagi senario, kelab telah bersetuju namun pemain itu sendiri pula tidak mahu berpindah. Aku yakin Wenger sudah cuba cari sasaran lain namun salah satu dari situasi seperti ini yang menjadi halangan.

Namun, jawapan-jawapan yang diberikan diatas adalah salah satu kemungkinan. Apa yang terjadi sebenarnya, cuma Wenger sahaja yang tahu. Siapalah kita nak mempersoalkan Wenger. Beliau berpengalaman berpuluh tahun dalam bidang bolasepak dan pernah membawa kejayaan gemilang buat Arsenal. Kalau nak team yang sentiasa dapat pemain yang diiginkan, baik sokong Man Utd, Chelsea atau Man City. Sebenarnya ia berbalik kepada persoalan kenapa seseorang itu menyokong Arsenal. Ada orang sokong Arsenal sebab pemain, ada yang suka cara permainan, ada yang sokong sebab Arsene Wenger, ada pula yang ikut kawan dan macam-macam lagi.

Sementara itu, Alexander Hleb telah menyertai Birmingham City melalui perjanjian pinjaman dari Barcelona. Malas nak cakap banyak sebab aku pasti korang semua pun tahu apa masalah mamat ni.

Ryo Miyaichi pula telah ditawarkan kontrak untuk menyertai Arsenal walaupun beliau sedang menjalani pemulihan akibat patah kaki ketika beraksi dalam sesi percubaan bersama Ajax. Kecederaan itu dikhabarkan sangat serius sehinggakan Ajax membatalkan hasrat mereka untuk mengikat kontrak pemain muda yang berbakat besar dari Jepun itu. Namun, pakar perubatan Ckukyo High School telah mengesahkan kecederaan tersebut tidaklah seteruk yang disangka sebelum ini. Laporan di Jepun mengkhabarkan Miyaichi akan menandatangani kontrak lima tahun bersama Arsenal setelah umur beliau mencapai 18 tahun bulan Disember ini.

Dalam berita lain, penjaga gol simpanan Arsenal, James Shea telah dipanggil secara mengejut untuk berlatih bersama skuad England setelah Ben Foster dan Scott Carson masih dalam proses pemulihan dari kecederaan. Ini menyebabkan skuad England kurang satu penjaga gol untuk berlatih pada hari semalam. Namun ianya tidak bermakna Shea akan dipanggil untuk membuat penampilan antarabangsa kerana Foster dan Carson dijangka akan pulih sebelum perlawanan pusingan kelayakan menentang Bulgaria hari Jumaat ini.

Untuk kasi korang sedap hati sikit, aku sertakan video 'Almunia the Hero' yang mempamerkan aksi-aksi menarik beliau sebelum ini. Jangan nak kecewa sangat. Bak kata kawan aku, *'bukan semua perkara yang kita nak dalam dunia ni kita boleh dapat'. Refer pada undian yang aku buat, ramai yang memilih Stekelenburg tapi hakikatnya...

*(Ayat ini juga boleh diguna pakai untuk kasi nasihat orang yang baru putus cinta)


p/s: sori kalau ayat tunggang langgang, tak sempat nak double check. Aku dah mengantok gila ni.