Friday, September 3, 2010

Seperti yang kita tahu minggu ini tiada perlawanan liga yang berlansung kerana memberi laluan kepada perlawanan pusingan kelayakan Euro 2012. Maka agak sunyi juga lah berita tentang Arsenal buat masa ini. Namun bagi tidak menghampakan bino kawan-kawan yang datang melawat blog ni, aku kongsikan artikel dari Mirror Football yang mana aku terjemahkan ke dalam bahasa Melayu mengikut kesesuaian untuk bahan bacaan kepada sesiapa yang belum membacanya.

Caption gambar diatas bermaksud tersirat. Jangan tersalah anggap.
Squillaci pernah mewakili beberapa kelab ternama di Eropah, beraksi di peringkat tertinggi tetapi nama beliau tidak begitu dikenali ramai. Maka penulis Mirror Football, Chris Bloor menceritakan sedikit sebanyak tentang Sebastien Squillaci yang perlu anda tahu.

1. Sebastien Squillaci dilahirkan di Toulon, Perancis pada 11 Ogos 1980.

2. Beliau memulakan karier bersama kelab kelahiran, Toulon dan tidak lama kemudian menarik minat Monaco yang mengambil beliau untuk bersama mereka pada tahun 1998.

3. Permulaan karier bersama Monaco tidak begitu mudah. Beliau sukar untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan terpaksa bermain dalam pasukan simpanan. Setelah dua tahun bersama Monaco, beliau dipinjamkan ke kelab Ajaccio selama dua tahun.

4. Namun, pada tahun 2002, apabila Didier Deschamps dilantik menjadi pengurus di Stade Louis, Squillaci dipanggil semula untuk beraksi bersama Monaco. Pada waktu itu, beliau dan Gael Givet yang kini mewakili Blackburn Rovers, membentuk gandingan yang mantap pada barisan pertahanan sehinggakan mereka layak ke perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah. Monaco telah menewaskan Real Madrid dan Chelsea pada peringkat sebelumnya namun tewas pada perlawanan akhir ditangan Porto.

5. Persembahan cemerlang Squillaci telah menarik minat beberapa kelab ternama di Eropah, tetapi Lyon lebih serius dan berjaya mendapatkan khidmat beliau. Lyon yang telah mula mendominasi Ligue 1 sejak alaf baru meneruskan kejayaan mereka selama dua tahun lagi sejak Squillaci menyertai mereka pada tahun 2006. Namun, setelah beliau berpindah ke Sevilla, Lyon gagal mengekalkan kejuaraan liga yang disandang mereka selama tujuh tahun berturut-turut.

6. Ketika bersama Lyon, beliau dilaporkan bertelingkah dengan rakan sepasukan, Hatem Ben Arfa. Ianya bermula apabila Ben Arfa menghina Squillaci di padang. Beliau yang tidak berpuas hati, lalu mendekati Ben Arfa dan berlaku lah pertengkaran diantara mereka dalam bilik persalinan. Mereka berdua kemudian tidak diturunkan pada perlawanan seterusnya dan tidak lagi bersama Lyon selepas kejadian itu. Dijangkakan aksi sengit antara mereka bakal berlaku apabila Ben Arfa dipinjamkan ke Newcastle Utd oleh Marseille.

7. Pada musim panas 2008, beliau meninggalkan negara asal buat pertama kali untuk beraksi di La Liga bersama Sevilla. Di sana beliau berganding dengan rakan se-negara, Julien Escude dibarisan pertahanan.

8. Squillaci sangat agresif, bukan pemain pertahanan yang sebarangan. Beliau bagus di udara, dan bijak bermain dengan taktik. Beliau juga sangat berbahaya dalam kotak penalti lawan dimana beliau pernah menjaringkan beberapa gol dari hantaran set piece.

9. Setakat ini beliau telah membuat penampilan sebanyak 20 kali untuk skuad kebangsaan Perancis. Squillaci tidak dapat banyak peluang untuk menonjolkan bakat besar yang ada kerana Lilian Thuram yang bermain di posisi yang sama asyik kembali dari persaraan.

10. Squillaci adalah sebahagian daripada skuad Perancis yang bermasalah pada kempen Piala Dunia lalu dan telah digugurkan oleh pengurus baru, Laurent Blanc pada perlawanan pertama yang dikendalikan beliau. Walau bagaimanapun, peluang beliau untuk terus bermain dengan skuad kebangsaan masih belum diketahui.

Gambar dari Daryl Booth

4 comments:

  1. menarik jg info squillaci ni..bleh thn gak dia nye performer n mgkin dia jg ada baran ckit..dh betul la tu ganti gallas.. dan bila sebut ben arfa ni teringat yg dia jg prnah brgaduh ngan diaby tp dia mcm kecut jer ms tu..hehe http://www.youtube.com/watch?v=xqof0zIDMWs

    ReplyDelete
  2. latar belakang dah menarik.. harap dapat perkuatkan lagi barisan pertahanan dgn pengalaman yg dia ada..

    diaby yg cool tu pn nak gaduh? haha

    ReplyDelete
  3. i will sodomise ur striker?
    trus aku klik menarik..
    hahahah..
    jgn dia yg kene sodom ngan the ultimate test BPL,the drog sudah la...
    hahahahah..

    ReplyDelete
  4. Haha. Kite tgk je nnt. Muka dah jahat gle tu.

    ReplyDelete