Monday, January 17, 2011

Tolonglah beli pemain berkualiti bila dah dapat duit dari sponsor baru
Arsenal diberitakan akan hampir bersetuju untuk menandatangani perjanjian dengan salah satu pengeluar kereta terkemuka iaitu diantara Toyota, Audi dan Renault. Wang yang bakal disalurkan bergantung kepada penglibatan kompeni tersebut namun apa yang pastinya ianya akan meningkatkan transfer fund Arsenal. Itu pun kalau Wenger nak beli pemain lah, tau tau la kan perangai pengurus kita ni. KEMMM abis..

Kemungkinan kem pra musim Arsenal akan berpindah ke Jepun jika Toyota yang disebut berpeluang besar untuk mengikat perjanjian ini berdasarkan kepada hubungan baik Wenger dengan Jepun. Arsene Wenger sangat dihormati dan berpengaruh di sana atas apa yang beliau telah lakukan kepada Grampus Eight, pasukan yang diuruskan sebelum Arsenal. Tambahan pula kelab itu berpengkalan di Nagoya, tempat asal Toyota.

Antara tempat lain yang berpotensi adalah Amerika Syarikat dan India. Semenjak Wenger menjadi pengurus, beliau berkeras untuk melakukan persediaan pra musim yang sama yang melibatkan perlawanan persahabatan, kem latihan di Austria dan kemudian Emirates Cup. Wenger juga tidak bersetuju membawa Arsenal menjelajah ke benua lain, namun beliau telah dibawa berbincang dengan CEO Ivan Gazidis dan beliau kini dikatakan bersedia untuk berubah. Kemungkinan ini semua bakal berlaku pada musim panas ini.

Laporan: Mirror Football

0 comment(s):

Post a Comment