Thursday, July 29, 2010

Oleh kerana masa semakin suntuk buat Arsene Wenger membuat pembelian pemain, maka semakin banyak lah khabar angin dari sehari ke sehari yang mengaitkan perpindahan pemain ke Stadium Emirates. Semalam sahaja terdapat tiga pemain dikaitkan dengan Arsenal. Ketiga-tiga pemain ini sebenarnya sudah dikaitkan sejak musim lepas lagi.

Serdar Tasci berusia 23 tahun
Akhbar The Sun UK melaporkan Serdar Tasci masih boleh membuat perpindahan ke Stadium Emirates dengan yuran £10 juta. Arsenal dikatakan telah berbincang dengan kelab yang di wakili Tasci, iaitu Vfb Stuttgart, namun masih belum membuat bidaan terhadap pemain pertahanan kebangsaan Germany yang berketurunan Turki tersebut. Menurut agent beliau, Uli Ferber, Serdar mengagumi bola sepak Inggeris dan mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Arsenal.

Beberapa kelab di Italy dan Sepanyol turut berminat untuk dapatkan Giovico
The Sun UK juga turut melaporkan, Sebastian Giovico akan berminat untuk menyertai Arsenal yang tidak dinafikannya salah sebuah kelab terkemuka di Eropah. Luca Pasqualin, ejen Giovico, mengatakan beliau tidak dihubungi secara lansung oleh Arsenal dan jika minat Arsenal itu konkrit, beliau akan memberi segala perhatian supaya semuanya berjalan dengan lancar.

Juventus dikatakan ingin menjual Giovico pada musim panas ini selepas beliau mengalami masalah kecederaan musim lepas dan hanya bermain 19 perlawanan. Mereka juga sanggup melepaskan pemain sayap yang berusia 23 tahun ini dengan harga yang murah. Aku rasa Arsenal tidak akan beli pemain yang digelar "the Atomic Ant" berdasarkan kerendahan dan keupayaan teknikalnya ini. Posisi tengah tidak haruslah diberi keutamaan kerana Arsenal sudah banyak pemain yang pendek dan mudah cedera.

Veloso juga boleh bermain di posisi wing back kiri
Sementara itu, Pianeta Genoa 1893, sebuah laman web Genoa melaporkan kelab mereka menerima saingan dari Arsenal untuk mendapatkan Miguel Veloso yang bermain untuk kelab Sporting Lisbon. Laman web itu turut melaporkan Arsenal sudah bersedia untuk membida pemain defensive midfielder yang berumur 24 tahun itu dengan harga £10.8 juta.


Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment