Friday, July 30, 2010

Fabregas masih mahu memenangi kejuaraan bersama Arsenal Ketua pasukan Cesc Fabregas akhirnya mengeluarkan kenyataan selepas lama berdiam diri. Beliau memberitahu sebuah majalah Sepanyol, DIR Emotions:"Saya dari Barcelona. Saya seorang ahli kelab, bersama datuk, pakcik dan sepupu saya. Saya telah merasakan warna...

Thursday, July 29, 2010

Hari ini aku terbaca di shoutbox Atikah dimana gunnersheart meminta pendapat fans Arsenal yang lain mengenai masalah kecederaan yang menimpa skuad the Gunners. Jadi kali ini, aku akan mengupas tentang isu ini yang semakin menjadi misteri kepada kita semua. RVP, Bendtner dan Fabregas tidak dapat bermain...
Oleh kerana masa semakin suntuk buat Arsene Wenger membuat pembelian pemain, maka semakin banyak lah khabar angin dari sehari ke sehari yang mengaitkan perpindahan pemain ke Stadium Emirates. Semalam sahaja terdapat tiga pemain dikaitkan dengan Arsenal. Ketiga-tiga pemain ini sebenarnya sudah dikaitkan sejak...
Sakho bermain sebagai pertahanan tengah dan bek kiri di PSG Sebuah laman web Italy, Calcio News 24, melaporkan Bayern Munich sangat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan tengah Paris Saint Germain, Mamadou Sakho. Namun begitu, pemain yang berusia 20 tahun ini lebih berminat untuk menyertai Arsenal...

Wednesday, July 28, 2010

Masihkah korang semua ingat dengan Edu yang pernah menyarung jersi Arsenal nombor 17? Pemain tengah kelahiran Brazil ini adalah salah seorang tonggak utama Arsenal ketika era Invincibles. Pernah satu ketika dulu, beliau hampir mewakili skuad kebangsaan England apabila mendapat kerakyatan British. Namun, beliau membatalkan hasrat tersebut setelah akhirnya mendapat panggilan untuk mewakili Brazil. Edu...
Sol Campbell diberi jersi no 5 - meyakinkan beliau akan bermain dalam kesebelasan utama Walaupun masih belum diumumkan oleh Arsenal.com, The Sun UK telah melaporkan Sol Campbell telah menandatangani kontrak satu tahun dengan pilihan untuk dilanjutkan 12 bulan lagi jika beliau bermain cukup perlawanan bersama...
Pada perlawanan persahabatan menentang SC Neusiedl awal pagi tadi menyaksikan the Gunners dengan mudah menundukkan kelab Austria tersebut 4-0. Manuel Almunia diturunkan buat pertama kali pada perlawanan pra musim ini serta diberi tugas sebagai ketua pasukan.  Turut diturunkan pada separuh masa pertama adalah Nordveidt, Koscielny, Djourou, Gibbs, Nasri, Frimpong, Wilshere, Arshavin, Walcott dan...

Tuesday, July 27, 2010

Baptista kahwini Miss Leon 2003, Silvia Nista Ketua pasukan Cesc Fabregas yang masih lagi berehat panjang dilihat menghadiri majlis perkahwinan salah seorang bekas pemain Arsenal bersama buah hatinya di Madrid. Julio 'the Beast' Baptista suatu ketika dulu pernah menyertai Arsenal dalam perjanjian pinjaman dengan...
Sky Sports melaporkan Sol Campbell semakin hampir untuk menyertai kelab Newcastle United. Beliau dikatakan akan menjalani pemeriksaan perubatan di St James Park hari ini. Andai tiada apa-apa masalah utama dan Campbell lulus pemeriksaan tersebut, beliau dijangkakan menandatangani kontrak bersama kelab...
Di ketika ini tersebar luas berita tentang ketua pasukan Cesc Fabregas telah bersetuju menandatangani kontrak awal untuk menyertai Barcelona musim hadapan (2011/2012). Ura-ura mengatakan Fabregas hanya akan bermain untuk satu musim lagi seperti yang dikatakan oleh Xavi dan Andres Iniesta. Idea pra-kontrak ini...
Jan Vertonghen - boleh juga bermain sebagai defensive midfielder  Surat khabar Metro UK hari ini mengaitkan seorang lagi pemain Ajax yang bermain di posisi pertahanan dengan Arsenal. Beliau adalah Jan Vertonghen, pemain berusia 23 tahun dan juga berasal dari Belgium. Sama seperti Vermaelen, beliau...

Monday, July 26, 2010

Semalam aku bercerita tentang penjaga gol, hari ini nak cerita pasal pertahanan pulak. Persoalan sama ada barisan pertahanan Arsenal sudah cukup mantap atau tidak masih lagi menjadi tanda tanya dan buah mulut fans Arsenal. Bagi posisi full back rasanya masalah tidak timbul kerana kita semua tahu bahawa Gael Clichy...
Hari ini aku ada terbaca dalam twitter yang fans Arsenal seluruh dunia bukak petisyen untuk mintak Arsenal FC buat laporan terhadap FC Barcelona kepada pihak yang berwajib dalam cubaan keji mereka untuk mendapatkan Cesc Fabregas. Jadi kepada sesiapa yang tak berkeberatan meluangkan masa lebih kurang 2 minit untuk...
Maarten Stekelenburg Aku masih lagi dalam mood nak bincangkan pasal situasi penjaga gol Arsenal kerana posisi ini tersangatlah penting untuk di isi oleh seorang yang bukan sahaja berbakat besar malahan berpengalaman. Salah seorang calong yang perlu Wenger pertimbangkan adalah Maarten Stekelenburg. Penjaga...
John Hartson ketika mewakili Arsenal 1995-1997 Sesiapa yang mula meminati Arsenal sebelum tahun 1998 lagi pasti kenal dengan penyerang yang mempunyai saiz badan gergasi ini. John Hartson suatu ketika dulu pernah mencipta rekod perpindahan termahal British untuk pemain remaja ketika menyertai Arsenal pada...

Sunday, July 25, 2010

Masa depan Manuel Almunia dilihat semakin malap. Dia tidak diturunkan dalam dua perlawanan pra musim yang lalu. Kali terakhir Almunia bermain adalah ketika tewas dengan Spurs pada perlawanan liga hujung musim lepas. Tewas dengan Spurs adalah sesuatu yang memeritkan buat fans Arsenal terutama sekali di UK. Tambah...
Tu la, lain kali mulut tu kena jaga, jangan nak cakap banyak sangat. hahaha. Sumber: Arsenal Visio...

Saturday, July 24, 2010

Aku yakin pasti ramai yang dah muak mendengar cerita yang berulang-ulang tentang Fabregas ke Barcelona. Pihak Barcelona memang tak putus asa untuk membawa kembali pemain yang dilahirkan dari akademi mereka ini. Taktik paling keji mereka ialah dengan menggunakan media untuk menggoyahkan hubungan Fabregas dengan...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dengan ini aku merasmikan pembukaan Blog Arsenal Nombor Empat pada jam 3.02PM tanggal 24 Julai 2010. Aku sebenarnya dah lama nak tulis blog pasal Arsenal ni, cuma masa tak mengizinkan. Dari satu musim ke satu musim atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. Diharap kali ini aku dapat menulis dengan penuh konsisten.So basically aku akan tulis pasal Arsenal,...