Wednesday, June 29, 2011

Bosan dengan berita khabar angin? Baiklah mari baca berita mengenai lagenda kita Dennis Bergkamp yang baru sahaja dilantik sebagai penolong pengurus di Ajax Amsterdam.

Lagenda yang tiada ganti
Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan jurulatih skuad remaja dinaikkan 'pangkat' oleh pengurus Ajax, Frank De Boer yang juga bekas rakan sepasukan ketika bersama kelab itu dan peringkat kebangsaan.

Pada Februari lepas, Arsene Wenger telah membuka pintu kepada Bergkamp untuk menyertai pasukan jurulatih Arsenal pada masa akan datang apabila membuat kenyataan bahawa individu yang pernah digelar 'The Iceman' kerana jarang senyum tetapi berbisa itu bakal menjadi jurulatih yang bagus.

Bergkamp tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke London dan menyertai pasukan jurulatih Arsenal yang mana beliau mempunyai keinginan melatih barisan penyerang secara umumnya.

Beliau dipetik berkata:
I wouldn't rule out. I really love this club and the country and I love working here.

Namun begitu Bergkamp menerangkan bahawa beliau masih belum bersedia dengan komitmen untuk menjadi pengurus dimana kita semua tahu salah satu sebab utamanya adalah kerana beliau fobia untuk menaiki kapal terbang yang sememangnya akan menggangu tugas untuk menjadi pengurus yang hebat.

Bergkamp menambah:
Being a coach means you have to work 24 hours a day and that does not suit me. You have to watch matches at home, travel to see other teams, prepare training - it is something that I am not ready to do.

Video kat bawah ni aku ambil secara random kat youtube. Layan je lah.


Sumber: Daily Mail






Ini dia baju away Arsenal musim 11/12. Nampak lebih garang Verminator kita. Aku harapkan xde la die injured macam season lepas pre-season semangat tapi xstart season lagi da cedera. Amin. Nasri dengan muke cute die. Masih menanti muka-muka baru di Arsenal. Sabar je la..

Monday, June 27, 2011

Arsene Wenger dikatakan sudah memulakan perbincangan bagi melanjutkan kontrak Gael Clichy yang akan berakhir hujung musim depan. Clichy sebelum ini telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain dimana AS Roma dan Liverpool dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Clichy mahu cabaran baru?
Menurut laporan SkySports Wenger kini sedang berusaha meyakinkan Clichy untuk menandatangani kontrak baru. Beliau dipetik berkata:
We have started talks with Gael and want him to stay.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan pemain berusia 25 tahun ini lebih berminat untuk berhijrah ke Liverpool manakala Wenger pula keberatan untuk melepaskan salah seorang left back terbaik Liga Perdana ini menyertai ke kelab rival tersebut.

Menurut laporan media, Clichy mahu berpindah atas alasan mahu cabaran baru dalam perjalanan karier beliau. Bagi aku alasan ini tak munasabah kerana banyak lagi sebenarnya cabaran yang harus ditempuhi kalau beliau bersama Arsenal. Kasi menang liga atau Champions League dulu la.

Pasti korang perasan aku ada highlight kenyataan Clichy adalah salah seorang left back terbaik dalam Liga Perdana kat atas tu kan? Baiklah, statistik yang akan aku tunjuk kat bawah ni aku ambik dari AnfieldIndex.com, sebuah blog Liverpool yang membuat laporan berdasarkan statistik.

Kenapa info dari blog Liverpool? Well, antara posisi yang perlukan peningkatan dalam skuad Liverpool adalah left back. Maka diorang sekarang tengah sibuk mencari calon yang sesuai. Untuk itu, AndfieldIndex telah membuat perbandingan 5 pemain yang dikategorikan dalam kumpulan terbaik.

Mereka adalah Patrice Evra, Jose Enrique, Leighton Baines, Gael Clichy dan Ashley Cole. Namun hanya Enrique, Baines dan Clichy merupakan target Liverpool manakala Evra dan Cole tu hanyalah untuk perbandingan semata-mata.

Kita mulakan dengan statistik ketika bertahan lima pemain tersebut.


Aku akan highlightkan yang penting-penting sahaja, yang lain tu korang lihat dan nilaikan sendiri. Diantara kelima-lima pemain tersebut, Clichy adalah yang paling banyak melakukan terjahan iaitu sebanyak 111 kali dan peratusan terjahan bersih yang berjaya dilakukan adalah 81%. Walaupun peratusan Enrique sedikit tinggi iaitu 84%, tapi jumlah terjahan yang dilakukan adalah sangat kurang iaitu hanya 61 kali.

Seterusnya intercept ataupun pintasan, sekali lagi Clichy mendahului kesemuanya dengan 110 kali pintasan dengan purata sekurang-kurangnya 3 pintasan dalam satu perlawanan. Ianya adalah jumlah yang jauh lebih tinggi dari yang lain.

Kita lihat pula pada statistik kehilangan bola, Clichy adalah yang paling kurang hilang bola dari kawalan iaitu hanya 28 kali. Sekali lagi perbezaan nya sangat jauh diantara mereka berlima.

Setakat itu sahaja statistik bertahan yang ingin aku huraikan, kita teruskan dengan statistik ketika menyerang pula.


Statistik Clichy ketika menyerang tidak sehebat ketika beliau bertahan. Walaupun begitu, data yang dikumpul tidak jauh bezanya dengan left back yang lain. Hanya Baines sahaja yang nampak terlebih hebat ketika menyerang. Mungkin kerana corak permainan Everton yang banyak menggunakan hantaran lintang.

Jose Enrique dan Leighton Baines juga dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates jika Gael Clichy berpindah ke kelab lain. Menurut statistik yang ditunjukkan, Jose Enrique adalah yang paling tidak menyerlah dalam kelima-lima mereka. Apa yang boleh aku rumuskan, Enrique adalah left back yang kuat gentel (65) maka tak mustahil jugalah beliau paling banyak terlepas kawalan bola (80).

Manakala Leighton Baines pula sangat bagus ketika menyerang. Statistik telah menunjukkan segala-galanya tapi seperti yang aku terangkan kat atas tadi, ianya bergantung juga dengan corak permainan. Banyak serangan Everton dilakukan dengan hantaran lintang dimana akan ada Tim Cahill dan kawan untuk menanduk bola masuk kedalam gawang. Ini bukan taktik Arsenal. Maka aku tak nampak apa gunanya pemain yang banyak buat hantaran lintang ni. Atau Wenger yang harus tukar taktik? Dari aspek bertahan pula, beliau nampak hanya lebih baik dari Enrique.

Bagi aku, Clichy masih lagi jadi pilihan untuk menggalas tugas left back. Sebelum ini kita tak berapa nampak Clichy ni hebat sangat tapi bila dah buat perbezaan camni baru kita tahu beliau adalah diantara yang terbaik. AnfieldIndex juga merumuskan Gael Clichy adalah left back terbaik dalam Liga Perdana. Liverpool nak sangat Clichy ni. Jangan biarkan!

Menurut Mail Online, Arsenal dikatakan telah bersedia untuk memecahkan rekod bayaran perpindahan pemain apabila membida pemain sayap Valencia iaitu, Juan Manuel Mata dengan harga £18m.

Mata merupakan hasil dari produk akademi remaja Real Madrid
Mata yang baru sahaja membantu skuad Sepanyol menjuarai UEFA U-21 Championship 2011 di Denmark baru-baru ini, dilaporkan telah bersedia untuk membincangkan mengenai masa depan beliau.

Selain bermain di posisi sayap, pemain berusia 23 tahun ini boleh juga beraksi sebagai pemain tengah. Kebiasaannya Mata ditugaskan untuk beraksi sebagai sayap kiri oleh Valencia, namun ketika mewakili Sepanyol bawah 21 tahun yang lalu, beliau diletakkan di posisi sayap kanan dan masih dapat beraksi dengan cemerlang.

Juan Mata juga merupakan salah seorang pemain dalam skuad kebangsaan Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia 2010 yang lepas dan beliau setakat ini telah menjaringkan 4 gol dalam 11 penampilan diperingkat antarabangsa.

Keupayaan Mata untuk membuat penyudahan yang baik serta bijak mencipta peluang untuk rakan sepasukan menjaringkan gol membuatkan Wenger tidak teragak-agak untuk berbelanja besar untuk membawa beliau ke Stadium Emirates.

Jika berita ini benar dan Arsenal berjaya dapatkan Mata, kemungkinan besar beliau merupakan sebagai pengganti kepada Samir Nasri yang masa depan bersama Arsenal masih lagi samar-samar memandangkan tiada kata sepakat dapat dicapai dalam rundingan lanjutan kontrak. Walaupun begitu, Arsenal mungkin terpaksa bersaing hebat dengan Liverpool yang telah lama dikaitkan untuk mendapatkan khidmat Juan Mata.

Juan Mata mengingatkan aku kepada Jose Antonio Reyes. Mungkin kerana mereka berbangsa Sepanyol dan bermain di posisi yang sama iaitu sayap kiri. Jika diimbas kembali, Reyes memulakan karier dengan baik bersama Arsenal namun tidak tahan dengan corak permainan fizikal Liga Perdana serta mengalami masalah kecederaan membuatkan prestasi beliau mula jatuh.

Sementara itu, Inter Milan dilaporkan telah membuat tawaran rasmi sebanyak £12 juta kepada Velez Sarsfield bagi merampas Ricky Alvarez dari Arsenal. Alvarez menjadi target utama pengurus baru Inter, Gian Piero Gasperini dan ingin jadikan playmaker tersebut sebagai pembelian pertama beliau.

Sunday, June 26, 2011



Aku tak lepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir kepada Samir Nasri! Kekal lah di Arsenal. We all love you. Tak kira juga rakan2 seperjuangan juga turut mengucapkan hari jadi ini kepada dia.