Friday, April 29, 2011

Much respect to Mr. Wenger, tapi ini adalah realitinya.. haha
Klik gambar untuk lebih jelas
Diambil dari: Studs Up

Tuesday, April 19, 2011


Robin van Persie mengajar cara yang betul untuk tangkap bola. Haha. Bosan takde cerita menarik, jadi aku post lah benda ni kat sini.

Diambil dari: WhoAteAllThePies

Monday, April 18, 2011

Selamat hari ulang tahun buat kedua-dua pemain ini yang menyambut hari kelahiran yang sama iaitu 18 April. Sebelum ini aku tak pernah pun post hari jadi mana-mana pemain Arsenal kat sini tapi sebab ianya sedikit unik, maka inilah yang pertama kali aku buat. 

Umur dah meningkat, mutu persembahan pun kenala ada peningkatan jugak
Keunikannya sudah tentulah kedua-dua bermain di posisi yang sama, berasal dari negara yang sama, menyertai Arsenal dari kelab yang sama iaitu Legia Warszawa dan yang baru aku perasan, berkongsi hari lahir yang sama. Fabianski menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-26 manakala Szczesny pula yang ke-21.

Satu lagi fakta yang baru aku perasan, Szczesny boleh dikatakan lebih senior daripada Fabianski dalam skuad Arsenal kerana Szczesny terlebih dahulu hadir di Stadium Emirates iaitu pada tahun 2006 dan diikuti oleh Fabianski pada tahun 2007.

Jack Wilshere telah menerima anugerah Professional Footballers' Association (PFA) Young Player of The Year. Ini menjadikan beliau sebagai pemain Arsenal yang ke-5 dianugerahkan dengan anugerah tersebut. Anugerah yang mula diperkenalkan pada musim 1973-74 itu menyaksikan Tony Adams sebagai penerima pertama untuk Arsenal pada musim 1986-87, Paul Merson 1988-89, Nicolas Anelka 1998-98 dan Cesc Fabregas 2007-08.

'Legend in the making' - Wilshere ada masa depan cerah bersama Arsenal
Penganugerahan kepada Wilshere sudah dijangkakan oleh ramai pihak berikutan beliau berjaya mendapatkan kepercayaan penuh Arsene Wenger untuk menjadi pemain kesebelasan utama Arsenal dan turut mengukuhkan dirinya dalam skuad senior England.

Selain Wilshere, Samir Nasri dan Bacary Sagna juga turut tersenarai dalam Premier League Team of The Year, satu lagi anugerah yang disampaikan oleh PFA. Berikut pemain-pemain yang tersenarai

van Der Sar (Man Utd)
Sagna (Arsenal) - Vidic (Man Utd) - Kompany (Man City) - A.Cole (Chelsea)
Nani (Man Utd) - Nasri (Arsenal) - Wilshere (Arsenal) - Bale (Spurs)
Tevez (Man City) - Berbatov (Man Utd)

Laporan: Daily Mail

Nampaknya kemarau piala seakan berterusan untuk satu musim lagi. Man Utd kini berada dipuncak dengan perbezaan 6 mata meninggalkan Arsenal dibelakang. Begitu juga perbezaan gol turut menyaksikan United lebih dengan 6 gol. Keputusan semalam memang menyakitkan hati tapi aku macam dah immune dengan semua ni dan rasa kecewa sangat-sangat tu takde pun terasa sangat setelah kejadian yang hampir sama terjadi sepanjang musim ni.

Pada pemerhatian aku untuk perlawanan semalam, Arsenal mengawal permainan dengan baik tapi sayang peluang untuk jaringkan gol tak banyak yang berjaya dicipta. Macam tak biasa pulak kan? Disamping tu, tak dinafikan nasib kurang baik apabila tandukan Koscielny terkena palang dan peluang keemasan one-on-one van Persie yang gagal disempurnakan dengan baik.

Aku dah malas nak komen lebih tapi dah beberapa kali kita dapat tengok pasukan ini buat sesuatu yang mustahil jadi kenyataan. Ambik contoh perlawanan menentang Spurs dan Newcastle. Separuh masa pertama bukan main lagi, tapi hancus pada separuh masa kedua. Kemudian, Carling Cup final lawan Birmingham, kesilapan diminit-minit akhir meranapkan impian untuk bawa piala pertama ke Stadium Emirates. Yang terbaru semalam, barisan pertahanan gagal mengawal bola disaat-saat akhir, yang membawa kepada kesilapan Eboue menjatuhkan Lucas Leiva.

Berapa kali dah Arsenal bolos diminit-minit akhir? Pada perlawanan semalam, nak bertahan kurang dari satu minit pun tak boleh. Diorang ni patut belajar main taktik sangkar burung. Szczesny adalah penjaga gol yang bagus tapi tak cukup pengalaman. Beliau sepatutnya membuat balingan kearah pemain pertahanan supaya Arsenal terus dapat mengawal bola. Sepakan ketengah berjaya dirampas oleh pemain Liverpool dan terus kelam kabut jadinya pertahanan kita. Si Eboue pulak, tindakan beliau seperti menolak Lucas adalah tidak perlu kerana ini memberikan peluang pemain itu mencuba nasib untuk menjatuhkan diri dalam kotak penalti.

Walaupun agak tidak adil untuk salahkan Eboue semata-mata tapi aku tetap tak puas hati jugak dengan mamat ni.