Monday, November 7, 2011

Sebenarnya pertahanan Arsenal takde lah tergugat sangat masa lawan West Brom ni. Tapi Koscielny tetap mempamerkan aksi yang mantap, apatah lagi bila bergandingan dengan Vermaelen. Sebenarnya, persembahan Koscielny juga banyak menunjukkan peningkatan berbanding musim lepas. Mungkin beliau kini sudah dapat menyesuaikan dengan gaya permainan di England.


Masih banyak yang perlu Carl Jenkinson pelajari memandangkan beliau masih lagi muda. Namun, tidak mengecewakan apabila nampaknya beliau belajar dengan cepat.

Menurut statistik, Jenkinson berjaya membuat hantaran tepat dengan kadar 93%. Selain itu hantaran silang beliau juga lebih baik dari Bakary Sagna. Memang calon yang sesuai untuk menggantikan Sagna pada masa hadapan jika Jenkinson dapat terus belajar dan mengembangkan bakat beliau.

Arsene Wenger turut memuji beliau dengan berkata:
Today he had a very interesting game with the quality of his defending and the quality of his crossing. The pace of his improvement is very interesting. His energy levels are absolutely amazing.


Selalu kita tengok defend Arsenal je yang selalu buat silap macam ni. Serius, aku tengok tengok benda ni ulang-ulang pun tak boring. Nice one van Persie!


Sunday, November 6, 2011

Ini memang terbaek! Kita tak perlukan Batman, kita ada Robin!