Thursday, July 7, 2011

Aku ada berita tak best untuk kesemua peminat Arsenal di Malaysia ini dimana Cesc Fabregas mungkin tak akan ikut skuad Arsenal ke Kuala Lumpur pada Ahad ini berikutan masalah kecederaan hamstring yang berterusan.

Tak habis-habis dengan hamstring
Rasa tak best nak ke stadium Bukit Jalil ni bukan kita je yang rasa, malah fans Liverpool juga mengalami nasib yang sama apabila kapten Steven Gerrard pun tak datang bagi mengembalikan kecergasan beliau sebagai langkah awal untuk persiapan musim depan.

Fabregas akan menghabiskan masa beliau di gym dan menjalani latihan kecergasan untuk memulihkan kecederaan tersebut sambil menunggu khabar yang mengatakan beliau boleh pergi dari Stadium Emirates setelah Barcelona membuat tawaran £40 juta. Itupun kalau diorang akhirnya nak bayar banyak tulah. Kalau takde gak, cuba lagi tahun depan.

Setakat ini Barcelona dikhabarkan tak mahu buat tawaran sebanyak £40 juta dan hanya bersetuju dengan harga £34 juta. Untuk itu, Barcelona mencadangkan baki £6 juta tu kira lupus apabila mereka menganggap Arsenal sepatutnya membayar sebanyak itu ketika mendapatkan Jon Toral dan Hector Bellerin dan harga£350,000 yang dibayar adalah tidak sah dan salah disisi undang-undang.

Barcelona juga mengugut untuk membuat aduan kepada FIFA dan hanya jika Arsenal setuju jual Fabregas dengan harga £34 juta, mereka akan melupakan kes ini. Wenger pula merasakan proses mendapatkan dua prospek ini adalah sah dan tidak goyang lutut pun kalau Barcelona akan mengadu kepada FIFA.

Sumber: The Mirror

Samir Nasri akan pulang ke London untuk menyertai sesi latihan skuad Arsenal hari ini dan dia dijangka akan mengemukakan hasrat kepada Wenger untuk meninggalkan kelab. Cerita banyak tak guna, kalau memang dia tinggalkan Arsenal, aku tak ada masalah jika dilepaskan dengan harga yang berpatutan.

£25 juta atau biarkan Nasri pergi secara percuma?
Seperti yang aku kasi tau semalam, Wenger tak akan lepaskan Nasri. Tidak jika kurang dari £25 juta sekurang-kurangnya maka tidak hairan lah Man Utd yang membuat tawaran rasmi sebanyak £20 semalam ditolak mentah-mentah. 

Selain dikaitkan rapat dengan Man City, Nasri juga dipantau oleh Chelsea dan Inter Milan yang mana ketiga-tiga kelab ini mungkin juga akan membuat tawaran setelah berita tawaran Man Utd ini tersebar.

Bagi aku kalau Inter yang buat tawaran £20 juta pun dah memadai daripada biarkan Nasri pindah ke Man Utd, Man City ataupun Chelsea.

Kalau hingga ke hari Sabtu ni masih tiada perkembangan mengenai perpindahan beliau, Nasri akan turut berangkat ke Kuala Lumpur pada Ahad ini.

Sumber: The Guardian

Wednesday, July 6, 2011

Wenger dan polisi dalam membuat keputusan beliau.. hahaha

Klik gambar untuk paparan lebih jelas
Diambil dari: Studs-up

Semalam Gael Clichy telah melengkapkan perpindahan £7 juta beliau ke Man City setelah lapan musim bersama Arsenal. Pemergian Clichy sudah pastinya meninggalkan kesan kepada barisan pertahanan Arsenal kerana hingga ke waktu ini tak ada siapa pun yang boleh dikatakan layak untuk menggantikan ketiadaan beliau. 

Babai!
Pemain yang tinggal sekarang hanyalah Keiran Gibbs, Armand Traore yang dipinjamkan ke Juventus sepanjang musim lepas dan Pedro Botelho yang sama seperti Traore dipinjamkan sepanjang musim. Keupayaan Traore dan Pedro Botelho untuk menggalas tugas ini sangatlah diragui. Hanya Gibbs sahaja yang mungkin dapat mengisi kekosongan ini jika dilihat reputasi beliau yang pernah mewakili skuad senior England sebanyak dua kali, namun masalahnya beliau mempunyai kecenderungan untuk cedera yang tinggi.

Kita tidak boleh menanggung risiko ini jika serius untuk mendapatkan sebarang piala untuk musim depan. Ada cakap-cakap yang mengatakan Thomas Vermaelen mungkin boleh diletakkan sebagai left back, namun ini bukanlah penyelesaian yang konkrit. Vermaelen bukanlah pemain yang mempunyai kelajuan seperti Clichy dan Gibbs dan pada pendapat aku, Vermaelen lebih berkesan dibahagian tengah. 

Untuk itu, Arsene Wenger perlu mencari pengganti yang sesuai dan tidak berharap sangat kepada Keiran Gibbs yang pada pendapat aku masih belum bersedia untuk menggalas pemain left back utama Arsenal. Nama yang dikaitkan adalah Leighton Baines dari Everton dan Jose Enrique dari Newcastle.

Cesc Fabregas sudah kembali ke London semalam untuk menjalani latihan pra musim dan dikatakan akan berbincang bersama Arsene Wenger mengenai masa depan beliau. Fabregas dikatakan akan meminta untuk dibenarkan kembali ke Barcelona. Segalanya akan diputuskan sebelum skuad Arsenal terbang ke Malaysia pada hari Ahad ini. Lebih baik tunggu hari minggu ni je sebab aku dah malas nak bukak cerita perpindahan Fabregas ni.

Khabar angin telah bertiup kencang mengatakan Man City telah berjaya dapatkan Samir Nasri dengan bayaran perpindahan sebanyak £19 juta seperti yang dilaporkan oleh The Mail. Akan tetapi menurut The Mirror pula, Arsenal tidak akan menjual Nasri jika tiada tawaran melebihi £25 juta dikemukan. 

Sementara itu, Ricky Alvarez yang dikatakan bakal menjadi pemain Arsenal sejak dua minggu lalu kini telah terbang ke Milan bagi melengkapkan perpindahan ke Inter Milan dengan nilai perpindahan sebanyak £11 juta.

p/s: Maaf lah entri kelam kabut sket sebab aku sibuk.

Friday, July 1, 2011

Kepada sesiapa yang nak jadual perlawanan Arsenal musim depan sentiasa terpampang kat monitor pc atau laptop korang, boleh la dapatkan wallpaper seperti dibawah ni dari blog LadyArse.

Contoh dari laptop aku je
Berminat? Sila lah pilih mengikut saiz paparan masing-masing;
1024 x 768, 1280 x 1024, 1600 x 1050, 1920 x 1280, 1920 x 1290, 1440 x 990, Mac