Thursday, January 6, 2011

Sejak sepak mula permainan lagi Arsenal menguasai penuh permainan yang mana City hanya mampu bertahan. Tiga mata penuh seolah-olah milik Arsenal apabila beberapa percubaan berbahaya berjaya dilakukan termasuk dua kali terkena tiang hasil percubaan Cesc Fabregas dan Robin van Persie pada separuh masa pertama. Segalanya berjalan lancar dan jika ianya berterusan pasti gol akan datang jua.

Walcott banyak mengkucar-kacirkan pertahanan City tapi tiada penyudahan atau hantaran cantik
Namun begitu kita hanya mengutip satu mata gara-gara taktik anti-football/bacul Mancini yang meletakkan bas didepan gol pada separuh masa kedua. Taktik busuk ini diguna pakai oleh anak-anak buah Mancini dengan jayanya apabila mereka berjaya mengurangkan percubaan berbahaya Fabregas & Co. dan ianya sangat efektif terhadap pasukan yang suka main passing cantik-cantik dan taknak hentam rembat terus seperti Arsenal.

Menurut statistik perlawanan, City hanya membuat 5 percubaan kearah gol dan tiada lansung percubaan tepat, 13 kesalahan berbanding Arsenal hanya 6 dan posesi bola pula 62% Arsenal, 38% City. Jelas sekali keputusan seri sudah cukup memadai buat mereka. Memang bangang abis, pasukan yang belanja lebih £350 juta sejak dua tahun lepas, tak ada ambition seperti juara sebenar.

Roberto Mancini dipetik berkata:
Arsenal is a good team, they play football very well. It's the same when you play against Barcelona, you must defend very well if you don't want to lose the game. I think that if we had Silva, Balotelli, probably it might have been a different game.

Aku terima part pujian tu dan tak dinafikan sesebuah pasukan perlu bertahan dengan sebaik mungkin jika tak nak kalah. Akan tetapi alasan tu hanya sesuai untuk pasukan yang takde bajet atau pasukan bawahan macam West Ham, Wigan atau Liverpool je, bukan untuk pasukan yang berbelanja ratusan juta pound. Belanja beli pemain pun dah banyak, takkan tak cukup lagi kualiti nak kalahkan Arsenal? Alasan Silva dan Balotelli? Mana pergi Wright-Phillips, Adebayor dan Santa Cruz? Beli mahal-mahal tapi tak pakai.

Secara keseluruhan aku puas hati dengan persembahan Arsenal baik melalui individu mahupun berpasukan. Mereka sudah memperlihatkan kesungguhan untuk menang cuma digagalkan oleh taktik keji pihak lawan dan juga tidak bernasib baik. Mungkinkah rambut baru Alex Song yang ala Abel Xavier buat suwey? Tapi takleh nak kata gak sebab Song nampak solid bertahan sebagai perisai untuk barisan pertahanan. Namun aku sedikit rasa tak puas hati dengan taktik Wenger yang taknak masukkan Maroune Chamakh apabila van Persie kelihatan kurang berupaya untuk meneruskan permainan selepas minit ke-70.

Fakta dari Orbinho:
  • Arsenal pasukan kedua terbanyak menerima kad merah dengan 5 kad setakat ini dibelakang West Brom sebanyak 6 kad.
  • Dalam 7 perlawanan liga musim ini yang mana Arsenal tidak jaringkan gol pada separuh masa pertama, hanya 1 perlawanan sahaja Arsenal berjaya kutip tiga mata penuh.
  • Arsenal adalah pasukan yang paling banyak terkena tiang untuk musim ini iaitu 13 kali.
Video Highlights

Wednesday, January 5, 2011


Cesc Fabregas hari ini telah memberikan hint dalam account twitter beliau bahawa kita semua bakal melihat seorang pemain baru dalam skuad Arsenal esok. Adakah dalam senyap-senyap Arsene Wenger berjaya membeli seorang pemain baru? Siapakah pemain yang beliau maksudkan itu dan apakah yang akan menakutkan kita semua? Fabregas kemudiannya menyambung tweet beliau dengan menulis “You guys are so impatient … can you not wait 24h??? :-p”.

Setelah melakukan sedikit kajian, pemain yang mungkin ketua pasukan kita maksudkan itu adalah Alex Song. Ini  kerana 24 jam dalam masa tweet tersebut adalah waktu sepak mula Arsenal menentang Man City dan tidak mungkin Wenger akan perkenalkan pemain baru pada waktu itu. Sementara itu Craig Eastmond juga dalam account twitter beliau menyarankan kita semua supaya tunggu dalam masa 24 jam untuk lihat rambut baru Alex Song.


Apa-apa pun kita tunggu je lah pagi nanti macam mana agaknya rambut baru Alex Song. Harap-harap rambut baru beliau tu tak bawak sebarang nasib malang buat Arsenal.

Kredit kepada: WhoAteAllThePies

Catatan 10.84 saat dalam larian pecut 100 meter ketika latihan bersama Chukyo High School menjadikan budak baru Arsenal ini yang kedua terpantas di Stadium Emirates selepas Theo Walcott. Masa larian ini adalah sedikit lambat dari apa yang Walcott pernah rekodkan iaitu 10.30 saat.

Pemain Asia dari Jepun kedua yang dibawa masuk selepas Junichi Inamoto
Larian laju dan kepantasan dalam menggelecek menjadi aset utama bintang muda dari Jepun ini dan pada catatan 10.84 saat, beliau akan menjadi salah seorang pemain terpantas di negara beliau. Apabila digabungkan kelincahan kaki dan kemahiran teknikal yang ada pada Miyaichi, ia menjadikan pemain berusia 18 tahun ini sukar untuk dijaga oleh pertahanan pihak lawan.

Rekod dunia untuk larian pecut 100 meter dilakukan oleh Usain Bolt dengan catatan masa 9.58 saat. Ramai yang tidak tahu sebenarnya Walcott dan Miyaichi masing-masing pernah ditawarkan peluang untuk menceburi acara larian pecut secara professional, namun mereka menolak pada usia muda kerana minat yang mendalam dalam bola sepak.

Kedua-dua pemain sayap yang boleh bermain di posisi penyerang ini juga dikatakan jauh lebih pantas dari pemain seperti Thierry Henry. Walaupun tiada catatan rasmi untuk larian pecut 100 meter lagenda Arsenal tersebut, difahamkan ianya dalam lingkungan 11 saat.

Diambil dari: YoungGunsBlog

Tuesday, January 4, 2011

Kolo Toure tengah buat headlock kat Adebayor, belum Yaya join sekali tu
Menjelang perlawanan menentang kelab lama mereka, dua bekas bintang Arsenal ini telah terlibat dalam pergaduhan semasa sesi latihan sebagai persedian terakhir sebelum bertandang ke Stadium Emirates pagi esok. Difahamkan ianya disebabkan oleh ketidak sefahaman ketika sesi latihan. Pertelingkahan ini bagaimanapun berjaya dileraikan oleh bekas lagenda Arsenal, Patrick Vieira dan pemain pertahanan City, Vincent Kompany.

Insiden yang sudah pastinya akan mengeruhkan lagi keharmonian bilik persalinan City ini merupakan satu lagi  tamparan hebat buat Roberto Mancini setelah David Silva dan Mario Balotelli disahkan tidak dapat bermain menentang Arsenal. Tiada alasan yang munasabah jika kita gagal mendapatkan tiga mata penuh esok memandangkan pihak lawan kini mengalami masalah dalaman.

Ekslusif dari: Mirror Football (Klik link untuk lagi gambar)

Bowyer memang terkenal dengan permainan kasar beliau
Pemain veteran yang dilihat dua kali mengasari Bacary Sagna dalam perlawanan menentang Birmingham tempoh hari ini dikenakan tindakan gantung tiga perlawanan oleh FA England. Bowyer terlepas dari sebarang tindakan apabila pengadil perlawanan, Peter Walton, tidak menyedari insiden kekasaran tersebut yang mana kemudiannya beliau ditukarkan pada separuh masa kedua.

FA England memutuskan hukuman pada hari ini apabila ulang tayang dengan jelas menunjukkan Bowyer dilihat menghentak peha Sagna secara sengaja. Sementara itu Walton mengakui beliau pasti melayangkan kad merah jika beliau nampak insiden ini pada waktu itu. Menurut statistik dari OptaJoe, pada perlawanan tersebut Birmingham telah melakukan lapan kekasaran namun pengadil perlawanan menghukum hanya tiga daripadanya.

Laporan: Sky Sports