Thursday, August 5, 2010

Setelah diberitakan gagal untuk dapatkan khidmat Mark Schwarzer, Wenger mungkin beralih kepada sasaran baru untuk penyandang jersi nombor 1 Arsenal. Kini Joe Hart pula dikaitkan dengan perpindahan yang bernilai £8 juta ke Stadium Emirates, menurut Caughtoffside. Turut dilaporkan Sunderland juga berminat untuk dapatkan Hart menerusi perjanjian pinjaman setelah penjaga gol utama mereka Craig Gordon mengalami kecederaan.

Hart merupakan bakal penjaga gol utama England
Roberto Mancini dikatakan tidak mempunyai masalah untuk melepaskan penjaga gol England itu kerana City sudah mempunyai Shay Given serta Stuart Taylor dan penjaga gol kebangsaan Colombia, David Gonzalez sebagai backup. Walaupun baru berusia 23 tahun, Hart sememangnya seorang yang bercita-cita tinggi dan tidak mungkin akan selesa untuk hanya duduk dibangku simpanan.

Namun persoalannya, adakah Joe Hart calon yang sesuai untuk menjadi penjaga gol utama Arsenal? Sudah cukupkah pengalaman beliau untuk membantu Arsenal untuk menjuarai liga atau Liga Juara-juara Eropah? Bagaimana pula dengan Szczesny yang dikatakan bakal menjadi bintang Arsenal suatu hari nanti?

Kemungkinan untuk Wenger tidak mendapatkan Hart adalah sangat tinggi kerana disaat ini, the Gunners memerlukan penjaga gol yang berpengalaman luas dan dikhuatiri perkembangan Szczesny turut terbantut dengan kehadiran penjaga gol muda Man City tersebut.

Sementara itu menurut ScoutGS, sebuah laman web Galatasaray, mereka semakin hampir untuk dapatkan khidmat Tomas Rosicky. Kesahihan berita ini tidak dapat dipastikan. Kemungkinan untuk beliau berpindah juga adalah tidak mustahil memandangkan umur beliau yang menghampiri 30 tahun serta mempunyai kecenderungan untuk tercedera yang tinggi. Perkembangan positif Jack Wilshere yang berupaya untuk menggantikan beliau turut sedikit sebanyak menguatkan lagi kemungkinan ini.

Rosicky hanya mampu membuat 69 penampilan dalam 4 musim bersama Arsenal
Sekali lagi timbul persoalan adakah Arsenal mampu untuk kehilangan pemain yang berpengalaman luas seperti Rosicky? Hanya Wenger sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk Arsenal.

Wednesday, August 4, 2010

Kedua-dua target utama Arsene Wenger untuk memantapkan barisan pertahanan Arsenal musim depan menemui jalan buntu. Menurut Caughtoffsie, Mark Schwarzer dan Per Mertesacker yang secara keseluruhannya dianggarkan bernilai £14 juta tersebut tidak dibenarkan berpindah oleh kelab masing-masing.

Schwarzer diberitahu Mark Hughes: "Kamu tidak akan pergi kemana-mana."
Urusan pembelian Mark Schwarzer sebelum ini dianggap rumit dan masih samar-samar kerana Fulham tidak mempunyai pengurus. Namun kini, setelah Mark Hughes mengambil alih jawatan tersebut, beliau difahamkan berkata tidak akan membenarkan salah seorang pemain terbaik mereka berpindah dari kelab. Nampaknya, Schwarzer yang sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk menyertai Arsenal kerana berpeluang untuk bermain di dalam Liga Juara-juara Eropah terpaksa melupakan hasrat beliau tersebut.

Sementara itu, Per Mertesacker akan terus bermain untuk Werder Bremen menurut General Manager, Klaus Allofs. Menurut beliau lagi, Mertesacker tetap komited 100% kepada Werder Bremen dan tiada apa yang berubah walaupun sejak kebelakangan ini banyak berita yang mengaitkan pemain tersebut dengan perpindahan ke Stadium Emirates.

Di waktu ini, terdapatnya khabar angin yang bertiup kencang mengatakan Emir Spahic bakal menyertai Arsenal dalam masa kurang dua hari lagi. Ketua pasukan Bosnia yang berumur 29 tahun tersebut dilihat beraksi dengan cemerlang ketika kempen kelayakan Piala Dunia yang mana Bosnia terlepas peluang untuk beraksi di Afrika Selatan apabila tewas pada perlawanan penentuan play-off.

Spahic menjadi target jika gagal dapatkan Mertesacker yang turut dikaitkan dengan AC Milan
Walaupun baru satu musim berpindah ke kelab Montepillar dari Lokomotiv Moscow, pencapaian Spahic setakat ini sangat memberansangkan apabila berjaya membawa Montepillar layak untuk bermain dalam Europa League. Beliau turut menyumbangkan dua gol ketika kempen tersebut. Beliau seperti juga Vermaelen, boleh bermain di posisi pertahanan tengah dan juga kiri.

Emir Spahic dilihat mempunyai kriteria yang diperlukan oleh Wenger iaitu sebagai backup kepada Vermaelen dan Koscielny. Harga untuk mendapatkan beliau juga adalah tidak tinggi berbanding Mertesacker, Tasci, Zapata atau pemain-pemain lain yang pernah dikaitkan dengan Arsenal. Ini adalah kerana beliau adalah bukan pemain yang ternama dan juga faktor umur beliau yang menjangkaui 30 tahun.

Sementara itu Carles Puyol di dalam blog peribadinya menafikan kenyataan beliau yang disiarkan oleh sesetengah media Inggeris baru-baru ini. Walaupun tidak dinyatakan kenyataan beliau secara spesifik, ramai beranggapan ianya berkenaan kenyataan beliau terhadap Cesc Fabregas. Penafian Puyol yang menyalahkan media Inggeris adalah agak tidak tepat kerana kebanyakan media Inggeris sebenarnya hanya menterjemahkan apa yang mereka dapat dari media Sepanyol.

Tuesday, August 3, 2010

Goal.com adalah sumber yang paling tidak boleh dipercayai sekali, mereka melaporkan Arsene Wenger pernah ditawarkan untuk menguruskan pasukan Barcelona pada 2001. Menurut mereka, ianya didedahkan sendiri bekas presiden Barca iaitu Joan Gaspart. Kalau nak diikutkan memang banyak lagi berita-berita yang tidak munasabah dilaporkan Goal.com.

Wenger adalah seorang yang berpegang kuat pada prinsip
Gaspart dipetik berkata kepada Com Radio, mereka sebenarnya pernah berbincang dengan Wenger untuk menawarkan jawatan tersebut selepas Serra Ferrer meninggalkan Nou Camp. Wenger pula dikatakan berminat untuk menyertai Barcelona dan meninggalkan the Gunners tetapi hasratnya dihalang oleh pengerusi Arsenal, Peter Hill-Wood. Beliau diminta untuk memenuhi kontrak bersama Arsenal.

Menurut Gaspart lagi, beliau menasihatkan presiden Barca iaitu Sandro Rosell, supaya terbang ke London dan duduk berbincang dengan Arsene Wenger jika benar-benar berhajat mendapatkan Cesc Fabregas. Kata beliau, isu ini perlu diselesaikan dengan pertemuan dan bukan melalui telefon atau orang tengah.

Laporan ini sangatlah tidak berasas. Ini adalah kerana:
  • Arsene Wenger adalah orang yang berpegang pada prinsip. Beliau menghormati kontrak bersama Arsenal dan tidak akan dengan mudah menyertai kelab lain jika masih terikat dengan kontrak.
  • Arsene Wenger turut terlibat secara tidak lansung dalam rancangan pembinaan Stadium Emirates yang bermula sejak penhujung 1990an. Beliau diberi tugas untuk menguruskan Arsenal dengan sumber kewangan yang terhad.
  • Arsene Wenger juga tidak akan meninggalkan the Gunners yang ketika itu sedang berada dipuncak dan mempunyai pemain-pemain yang berkaliber seperti Thierry Henry, Patrick Vieira, Robert Pires, Fredrik Ljunberg, Sol Campbell dan Ashley Cole.
  • Arsenal telah berkali-kali menyatakan keengganan untuk berbincang. Pintu pejabat Arsenal tidak akan dibuka untuk Rosell meskipun beliau datang ke London. Wenger pernah berkata:
"Jika saya ingin beli rumah anda dan anda tidak mahu menjualnya, anda tidak akan berbincang dengan saya, itu adalah normal."  
  • Ini adalah salah satu usaha jahat untuk meracuni fikiran Cesc yang Arsene Wenger juga pernah ingin menyertai Barcelona.
  • Joan Gaspart sebenarnya mahu berkempen secara tidak lansung dan cuba yakinkan pengundi-pengundi Barcelona supaya memilih beliau kembali suatu hari nanti. Kenyataan Gaspart berbunyi seperti beliau pernah berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap rancangan beliau. 

Caughtoffside melaporkan Arsenal bakal membuat bidaan serentak lebih kurang sebanyak £22 juta untuk dua pemain kebangsaan Germany iaitu Serdar Tasci yang mewakili Stuttgart dan penjaga gol Bayer Leverkusen, Rene Adler. Jikalau berjaya direalisasikan, pembelian ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk memperkuatkan bahagian pertahanan Arsenal.

Adler turut dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich
Walaupun kurang mendapat peluang untuk mewakili pasukan kebangsaan, kedua-dua pemain dilihat bakal menjadi pemain utama pada masa akan datang. Rene Adler yang pada awalnya berjaya mendapat panggilan untuk ke kejohanan Piala Dunia 2010 terpaksa melupakan hasratnya itu setelah mengalami kecederaan tulang rusuk yang serius.

Sementara itu menurut laman web rasmi, Laurent Koscielny yang masih belum membuat penampilan diperingkat antarabangsa sedang mempertimbangkan untuk mewakili samada pasukan kebangsaan France ataupun Poland. Beliau yang berketurunan dari Poland dan layak mewakili negara tersebut pernah ditawarkan kerakyatan oleh negara tersebut.

Poland atau France?
Namun begitu Koscielny masih belum bersedia untuk menerima tawaran tersebut kerana beliau masih berharap untuk mewakili pasukan kebangsaan France. Koscielny juga turut menolak usul yang mengatakan beliau akan berundur dari mewakili France berdasarkan prestasi buruk Les Blues pada Piala Dunia lepas.