Tuesday, December 27, 2011


Arsene Wenger menasihatkan agar Robin van Persie agar tidak terlalu memikirkan soal rekod peribadi yang ingin dipecahkan, sebaliknya lebih mementingkan pasukan dan mengekalkan kecergasan ditahap optimum. Van Persie memerlukan tiga gol sahaja lagi bagi mengatasi rekod 36 gol dalam satu tahun yang pernah dicipta oleh Alan Shearer pada tahun 1995.

Arsenal dikatakan akan membida Casemiro dengan nilai £10juta pada bulan hadapan setelah Sao Paolo mendedahkan mereka hanya akan mendengar tawaran bermula dari nilai tersebut. 

Friday, December 23, 2011


Wednesday, December 21, 2011


Arsene Wenger telah mengesahkan beliau mungkin terpaksa mencari bek kiri pada Januari depan berikutan kedua-dua bek kiri yang ada sekarang mengalami kecederaan. Walaubagaimanapun semuanya bergantung dengan situasi kecederaan Keiran Gibbs.

Monday, December 12, 2011


Thierry Henry mengesahkan bahawa beliau mempunyai cita-cita untuk menceburi bidang kejurulatihan selepas karier sebagai pemain bolasepak tamat dan lagenda Arsenal mengakui bahawa beliau mahu menguruskan the Gunners suatu hari nanti.
Ramai pihak memperkatakan bahawa Arsenal adalah one-man-team dimana kelab ini hanya bergantung kepada kapten Robin van Persie untuk menang dalam satu-satu perlawanan. Memang jelas sekali penyerang on-form ini lah yang banyak menjaringkan gol kemenangan Arsenal, namun ramai yang tidak nampak akan sumbangan Alex Song yang menjadi tunjang pasukan ini.

Tanpa terjahan, pintasan dan hantaran dari Alex Song, Arsenal tidak dapat mengawal permainan dengan baik. Sepertimana kita semua tahu, pasukan yang mampu menguasai bahagian tengah selalunya akan memperoleh kemenangan kerana setiap serangan banyak bermula dibahagian tersebut. 

Malas nak tulis panjang-panjang, korang layan video kat bawah.

Sunday, December 11, 2011

Thierry Henry tidak dapat menahan sebak ketika membuat ucapan sempena arca beliau diletakkan di perkarangan Stadium Emirates.


Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-125 penubuhan kelab, Arsenal telah meletakkan tiga arca individu yang berpengaruh pada kelab ini. Individu tersebut adalah, pengurus era 30an Herbert Chapman, Tony Adams dan Thierry Henry. Ketiga-tiga arca gangsa ini di letakkan sekitar perkarangan Stadium Emirates.


Thursday, December 8, 2011

Pagi tadi banyak budak-budak Manchester yang hilang arah. Begitu jugak dengan Samir Nasri. Selepas perlawanan menentang Bayern Munich, beliau membuat panggilan telefon kepada Arsene Wenger. Apa soalan beliau tidak dapat dikenal pasti namun ini adalah jawapan Wenger..

Wednesday, December 7, 2011

Sunday, December 4, 2011

Ketika meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan, Szczesny membuktikan beliau adalah Gunner sejati apabila bersama-sama penyokong menyanyikan lagu 'The Greatest Team'. Semangat yang macam ni yang kita mahu ada pada setiap pemain. Szczesny bakal jadi lagenda!


Saturday, December 3, 2011

Koleksi kesemua 100 gol Robin van Persie bersama Arsenal.

Friday, December 2, 2011


Pada tarikh hari ini lapan tahun yang lalu, Cesc Fabregas telah menjaringkan gol pertamanya buat Arsenal. Aku tahu pemergian bekas ketua pasukan kita ini ke Barcelona telah mencetuskan pelbagai reaksi dari para penyokong. Tak kira lah apa pendapat korang, bagi aku Fabregas dah bagi segalanya untuk Arsenal.

Sejak berpindah dari Lorient pada musim panas tahun lepas, pertahanan kebangsaan Perancis ini sudah melalui pahit manis bermain dalam saingan hebat Liga Perdana Inggeris bersama Arsenal. Seperti yang dijangka oleh ramai pihak, walaupun mempunyai kemahiran bertahan yang baik, Koscielny akan mengalami masalah kerana mempunyai susuk tubuh yang sederhana.
Vermaelen dan van Persie satu masa dulu.. haha

Sempena hari jadi Arsenal ke-125...

Thursday, December 1, 2011


Nampaknya penyerang Lille ini mahu mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukannya, Gervinho dengan berpindah ke Stadium Emirates. Di kala Arsenal sedang mencari penyerang baru sebagai backup untuk Robin van Persie, Moussa Sow telah menyatakan hasrat beliau untuk bermain di Liga Perdana Inggeris dimana Arsenal menjadi pilihan beliau.
Terbaek lagu nih, siap ada remix Arsene Wenger lagi...



Kalau nak mp3, boleh download terus kat sini.

Sumber: Arsenal Vision

Arsene Wenger dikatakan telah bersedia membelanjakan sebanyak £30juta bagi mendapatkan bintang muda Dortmund ini pada Januari depan. Tindakan Wenger ini adalah bagi meyakinkan Robin van Persie bahawa Arsenal masih bercita-cita tinggi dan berharap agar kapten kita yang kontraknya akan berakhir lagi 18 bulan ini kekal bersama the Gunners.