Monday, February 28, 2011

Sememangnya aku tak tau nak kata apa lagi. Pelik jugak aku rasa kenapa Arsenal yang aku tengok semalam tak sama dengan Arsenal ketika menentang Barcelona hampir dua minggu lalu. Jelas sekali ketiadaan ketua pasukan Cesc Fabregas sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan sebenar Arsenal. Sementara ketiadaan Theo Walcott pula bermakna kuranglah ancaman kepada barisan pertahanan lawan.

Bangkitlah Koscielny dari mimpi buruk ni!
Walaupun begitu, ketiadaan kedua-dua pemain tersebut bukanlah alasan kepada kegagalan Arsenal. Tomasz Rosicky yang diberi tugas untuk memikul tanggungjawab yang sering dilakukan Fabregas memperlihatkan persembahan yang ala kadar sahaja. Rosicky sekarang tidak sama seperti Rosicky yang dulu terutama sekali selepas berehat panjang akibat kecederaan. Malah jika dibandingkan dengan Jack Wilshere, pemain muda itu dilihat lebih menyerlah dari beliau.

Bercakap tentang Wilshere, keputusan semalam adalah sangat kejam terhadap beliau. Kita dapat lihat bahawa Wilshere bermain dengan sepenuh hati dan benar-benar inginkan kemenangan lebih dari segala-galanya. Menjadi juara pada umur 19 tahun adalah pencapaian yang pasti sangat membanggakan. Namun apa boleh buat, nasib tidak menyebelahi beliau. Tangisan sejurus tamat perlawanan menggambarkan semuanya. Semoga pengalaman pahit tewas diperlawanan akhir ini menjadi pencetus semangat untuk lebih berjaya bukan sahaja buat beliau, tapi kepada setiap pemain juga.

Berkenaan perlawanan ini aku malas nak ulas lebih. Kita bukan kalah kerana Birmingham lebih hebat tapi kerana kesilapan sendiri yang mengundang padah. Gol pertama hadir akibat salah faham antara Sagna dengan Wilshere. Gol kedua pula hadir akibat salah faham antara Szczesny dan Koscielny pada minit-minit akhir. Arsenal sebenarnya sangat mampu untuk mengalahkan Birmingham, oleh itu boleh juga kita anggap yang Arsenal tewas ditangan sendiri.

Tiada guna kita menyalahkan individu tertentu terutama sekali yang jelasnya Koscielny. Tidak adil jika kita membuat kesimpulan bahawa beliau tidak cukup bagus untuk Arsenal. Seperti yang kita lihat dua minggu lepas beliau berjaya mengawal Messi dengan baik sekali. Mungkin pengalaman yang kurang juga menjadi penyebab kesilapan sebegitu berlaku. Aku menggangap kejadian semalam adalah sekadar nasib tidak baik buat Koscielny kerana pemain yang berpengalaman luas juga tidak mustahil akan melakukan kesilapan yang sama.

Kekalahan kali ini sudah pasti sangat memeritkan buat pemain dan penyokong. Tidak dinafikan ianya akan memberikan kesan yang mendalam terhadap setiap pemain maka mereka harus lupakan apa yang telah terjadi dan teruskan berjuang untuk tiga lagi kejuaraan. 

Sunday, February 27, 2011

Tengah malam ini adalah hari yang sudah lama dinanti-nantikan oleh semua penyokong Arsenal. Kemarau piala hampir 6 tahun bakal ditamatkan oleh set pemain selepas zaman invincible. Kali terakhir Arsenal beraksi dalam perlawanan akhir adalah pada tahun 2007 dan ianya juga adalah perlawanan akhir Piala Carling menentang Chelsea. Setelah empat tahun berlalu, Arsenal kini kembali ke Wembley dengan misi memburu piala pertama selepas Piala FA 2005.

Perlawanan akhir Piala Carling menentang Birmingham bakal berlansung jam 12 tengah malam ini
Dalam perlawanan akhir yang sama empat tahun lepas, kita kecundang ditangan Chelsea yang menurunkan barisan pemain utama mereka sedangkan Arsenal menurunkan rata-rata pemain yang masih muda seperti Denilson, Justin Hoyte, Armand Traore, Abou Diaby dan Jeremie Aliadiere. Keputusan Wenger untuk terus membariskan pemain muda kerana merasakan ianya tidak adil kepada mereka kerana pemain-pemain ini yang diturunkan hingga berjaya melangkah ke perlawanan akhir. Mungkin juga ketika itu baru dua tahun Arsenal tidak menjuarai apa-apa maka Wenger tidak beri keutamaan sangat pada piala ini.

Kini sebarang kejuaraan adalah sangat penting buat Arsenal kerana dipercayai kejayaan lain bakal menyusul selepas kita memenangi sesuatu kejuaraan. Oleh itu, untuk musim ini Arsenal sudah bersiap sediah untuk menurunkan pemain-pemain utama pada perlawanan akhir. Walaupun begitu, seperti kita semua sedia maklum bahawa Arsenal akan turun tanpa ketua pasukan Cesc Fabregas dan Theo Walcott akibat kecederaan.

Sesungguhnya Fabregas benar-benar mahu mengetuai pasukan menjuarai Piala Carling ini setelah sekian lama kita tidak menjuarai apa-apa. Difahamkan bahawa selepas mengalami kecederaan hamstring pada perlawanan menentang Stoke, beliau bekerja dengan sangat keras untuk pulih dari kecederaan dan beliau telah menyatakan hasrat untuk bermain pada perlawanan ini. Namun Wenger merasakan ianya terlalu berisiko tinggi untuk benarkan Fabregas beraksi dan ketua pasukan kita ini memahami keputusan tersebut.

Dalam temubual eksklusif bersama The Sun, Fabregas berkata:
It's hugely disappointing. Maybe my heart was ruling my head when I felt I might play. Now, reluctantly, I must accept I cannot. Even on Friday morning I had hoped to be involved, even if it was on the bench. But the boss, Arsene Wenger, is right and the most important thing is to make sure I get fit as quickly as possible to help Arsenal for the rest of the season.

Fabregas perlu direhatkan sehingga pulih sepenuhnya kerana khidmat beliau masih diperlukan untuk saingan tiga lagi kejuaraan iaitu Liga Perdana, Liga Juara-juara Eropah dan Piala FA. Walaupun terlepas untuk beraksi di Wembley kali ini, beliau masih mempunyai peluang untuk ke Wembley dua kali lagi pada perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah dan Piala FA, jika Arsenal layak. Oleh itu, apa yang beliau harus lakukan sekarang adalah berusaha dengan keras agar dapat segera pulih untuk perlawanan menentang Barcelona akan datang.

Dengan ketiadaan Fabregas, Robin van Persie akan menggalas tugas sebagai ketua pasukan. Sementara itu Jack Wilshere pula diberi kepercayaan oleh Wenger untuk mengambil alih tugas sebagai playmaker. Aku menjangkakan trio barisan tengah Arsenal akan dibarisi oleh Wilshere, Song dan Diaby dimana Song dan Diaby akan bertindak sebagai 'deep-lying midfielder'.

Seperti yang disiarkan Arsenal.com, Wenger dipetik berkata:
He’s had very good games. His confidence has grown, his responsibility has grown, certainly. Our game goes naturally through Fabregas. When he’s not there, it will go more through Wilshere. The way of the game is simple: it goes always through the team’s strong points. So that the game goes through Wilshere is a good thing for him because it means the players around him have confidence in him. He will enjoy this game.

Marilah kita berharap agar Arsenal akan membawa pulang piala ini ke Stadium Emirates. Walau apa pun yang terjadi pagi nanti, aku akan tetap setia menjadi fan Arsenal. Kamon Arsenal!!

Barisan kemungkinan:
Szczesny
Sagna - Djourou - Koscielny - Clichy
Song - Diaby
Nasri - Wilshere - Arshavin
van Persie

Saturday, February 26, 2011

Persembahan individu Ryo Miyaichi sewaktu beraksi untuk Feyenoord menentang ADO Den Haag.

Pada sidang media yang berlansung semalam, Arsene Wenger melahirkan rasa sukacitanya apabila prospek muda ini bersedia untuk sertai Arsenal pada musim panas akan datang. Beliau juga menekankan bahawa perpindahan seperti ini memang selalu berlaku dalam bolasepak Eropah.

Jon Toral - Pemain berdarah kacukan separuh Sepanyol, separuh Inggerris
Seperti yang sudah dilaporkan sebelum ini, ibu Toral berbangsa Inggeris maka beliau juga mempunyai kerakyatan Inggerris. Ini bermakna, Toral boleh memilih untuk samada mewakili pasukan kebangsaan Sepanyol ataupun England. Walaupun sudah mewakili pasukan Sepanyol bawah 16 tahun, ianya tidak mustahil bagi Toral untuk memilih mewakili England selagi beliau tidak membuat penampilan dalam skuad senior Sepanyol. Setelah Barcelona kehilangan prospek besar mereka, kini Sepanyol pula berkemungkinan akan kehilangan prospek pemain kebangsaan mereka.

Menurut Wenger, tindakan Arsenal adalah tidak menyalahi undang-undang dan akan membatalkan hasrat untuk mendapatkan seseorang pemain itu jika ianya salah. Beliau juga turut mengakui bahawa terdapat juga beberapa pemain yang meninggalkan Arsenal dibawah undang-undang yang sama dan salah seorang daripadanya adalah Mathieu Flamini.

Wenger dipetik berkata:
You forget that this boy is English. He has an English passport, his mother is English, and hopefully he will join us in the summer.
 We have done what is legal. I love Barcelona, I love Catalonia. I have nothing against them. But when a player who is half-English and half-Spanish wants to join us, why should we turn him down if it's all legal? If we have done something illegal, I will say ‘sorry, my boy, we cannot do it'. But plenty of players leave us under exactly the same rule.

Sumber: Arsenal.com

Pemain Den Haag, Ahmed Ammi dilihat dengan sengaja menyiku Ryo Miyaichi pada perlawanan liga antara Feyenoord menentang ADO Den Haag pada Ahad lepas yang bekesudahan dengan keputusan seri 2-2. Insiden berlaku pada minit ke-86, seminit selepas Den Haag berjaya menyamakan kedudukan setelah ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama. Apa yang memeranjatkan adalah pengadil perlawanan hanya melayangkan kad kuning untuk kekasaran sebegitu.


Kebelakangan ini ada ura-ura yang mengatakan bahawa Samir Nasri tidak mahu komited pada Arsenal apabila beliau membuat keputusan untuk menangguhkan perbincangan kontrak lanjutan. Berikutan aksi yang menakjubkan musim ini, Nasri pula dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona selepas Cesc Fabregas. Khabar angin ini semakin kuat apabila akhbar Mail Online menyiarkan petikan temubual Sports Magazine dengan Nasri.

Nasri akan berhijrah?
Dalam temubual tersebut, beliau dipetik berkata:
I’m always flattered when my name is mentioned in connection with any big club, but I also know how things work. As things are right now, I am happy here and I have ­confidence from the manager, but things can change quickly in football, and then we may have a new situation. We promised each other to speak about this subject after the season ends. One of the reasons I came to Arsenal was to win titles, and I’m not expecting to leave without one.

Kenyataaan Nasri ini turut dijadikan isu hangat oleh beberapa akhbar lain sehingga menyebabkan penyokong mula tertanya-tanya dengan tindakan beliau. Tidak ketinggalan juga ada yang menjangkakan Nasri bakal dijual pada musim panas akan datang. Apa sudah jadi? Adakah beliau mahu memikirkan pilihan yang ada dan bersedia untuk tinggalkan Arsenal?

Sebenarnya kenyataan tersebut tidak disiarkan dengan sepenuhnya oleh Mail Online dengan tujuan untuk mensasikan berita ini. Nasri ada ditanya samada beliau sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Arsenal. Beliau membalas dengan mengatakan:
No, I honestly haven’t thought about it.

Thursday, February 24, 2011

Walaupun masih belum diumumkan oleh Arsenal.com, berita tentang prospek muda Barcelona menyertai Arsenal ini semakin mendapat perhatian luas. Banyak sumber berita hari ini seperti The Sun, Telegraph dan ESPN Soccernet menyiarkan presiden Barcelona, Sandro Rosell menghentam cara Arsenal dapatkan pemain mereka. Sudah aku terangkan sebelum ini bahawa Barcelona tidak boleh menyalahkan Arsenal, maka aku takkan ulas lebih lanjut lagi. Tambahan pula Rosell sendiri akui cara Arsenal ini tidak menyalahi undang-undang.

Saksikanlah satu lagi video aksi Jon Toral ketika bersama akademi La Masia, Barcelona.


Kemenangan pagi tadi menjadikan perbezaan mata dengan Man Utd hanya tinggal satu mata sahaja lagi. Walaupun mereka masih kekurangan satu perlawanan namun kejayaan kita ini pastinya memberikan tekanan kepada pendahulu liga ini lebih-lebih lagi apabila menentang Wigan, Chelsea dan Liverpool dimana ketiga-tiganya dilansung ditempat lawan.

No 18 yang lebih bagus dari Cygan ataupun Sylvester
Secara positifnya, tiga mata ini sangatlah berharga disamping kita dapat lihat Sebastien Squillaci membuktikan bahawa beliau masih lagi mempunyai kualiti permainan yang baik untuk terus menyarung jersi Arsenal. Selain menjaringkan gol tunggal perlawanan, beliau juga bertahan dengan cemerlang dengan mematahkan serangan berbahaya Stoke yang banyak dicipta melalui set-piece. Kekentalan barisan pertahanan ini juga pastinya dibantu dengan adanya kelibat Johan Djourou yang sentiasa tidak mengecewakan. Tidak dinafikan beliau menjadi pemain pertahanan yang berpengaruh musim ini sejak ketiadaan Thomas Vermaelen.

Apa yang negatifnya, dua pemain utama kita iaitu Theo Walcott dan Cesc Fabregas mengalami kecederaan pada perlawanan ini. Walcott yang pergelangan kaki terkehel sudah disahkan akan terlepas dari beraksi pada perlawanan akhir Piala Carling menentang Birmingham Ahad ini. Sementara Fabregas pula mengalami masalah hamstring. Walaupun masih belum disahkan oleh Wenger berikutan perlu jalani pemeriksaan lanjut, dari apa yang diperhatikan ianya nampak serius. Kebiasaannya kecederaan hamstring akan mengambil masa 2 atau 3 minggu untuk pulih dan bermakna beliau akan terlepas perlawanan akhir Piala Carling dan menentang Barcelona.

Risau akan kecederaan yang dialami, Fabregas meluahkan kekecewaan pada akaun twitter beliau:
I dont know if ill make sunday or no, but all i know is that from this moment to sunday 16'30 i wont sleep if its necessary. Ive waited too long to captain a final for arsenal and i wont give up till the last second.

Berdasarkan apa yang beliau luahkan, ternyata sekali ketua pasukan kita ini sangat komited pada Arsenal dan sangat menyedihkan apabila beliau berkemungkinan besar terlepas dari beraksi. Sudah pastinya ketiadaan Fabregas sedikit sebanyak memberi kesan pada permainan Arsenal, terutama sekali kreativiti untuk mencipta peluang. Menurut statistik dari Orbinho, sejak musim lepas 68% dari kemenangan yang Arsenal perolehi adalah apabila Fabregas diturunkan berbanding hanya 44% apabila beliau tidak beraksi.

Video Highlights


Separuh masa pertama


Separuh masa kedua


Wednesday, February 23, 2011

Arsene Wenger hari ini mengesahkan bahawa Aaron Ramsey telah dipanggil pulang ke Stadium Emirates berikutan jadual perlawanan yang ketat. Wenger sebelum ini dikatakan keberatan untuk memanggil Ramsey kerana merasakan pemain Wales itu masih memerlukan beberapa lagi perlawanan bagi mengembalikan rentak permainan yang konsisten dan meyakinkan.

Ramsey masih belum lagi menyarung jersi Arsenal musim ini
Bukan mudah seseorang pemain yang pernah mengalami kecederaan ngeri seperti itu untuk kembali kepada prestasi asal. Dari aspek fizikal, mungkin Ramsey sudah bersedia namun apa yang dikhuatiri adalah tahap ketahanan mental beliau untuk beraksi dalam liga perdana yang sangat mencabar berbanding liga bawahan. Kita dapat lihat bagaimana kesan psikologi terhadap mutu persembahan Eduardo apabila mempamerkan aksi hambar dalam liga perdana.

Hingga ke saat ini, hanya Arsenal satu-satunya pasukan yang masih lagi berada dalam saingan untuk merebut keempat-empat kejuaraan musim ini. Walaupun secara dasarnya adalah sukar untuk merealisasikan kejayaan ini, namun ianya adalah tidak mustahil untuk keajaiban berlaku sekali lagi selepas musim 'Invincible'. Ini menyebabkan jadual perlawanan menjadi padat, ditambah pula dengan kegagalan 'pasukan B' Arsenal untuk memperoleh kemenangan dalam saingan piala FA tanpa perlu dibawa kepada perlawanan ulangan menjadi puncanya. Bagi mengelakkan keletihan pemain, kekurangan pilihan akibat kecederaan atau digantung perlawanan, Wenger terpaksa memanggil Ramsey pulang.

Wenger dipetik berkata:
He is on loan until Saturday. After that he comes back. He could be available for the second game against Leyton Orient on Wednesday. I have had good reports from Cardiff and I intend to use him. He could not play last Saturday because he had a little hip problem and we demanded that he rest. I think he will play this Saturday again and then we will see if he comes through that game well. After that he is available for Arsenal.

Ramsey diturunkan beraksi untuk Cardiff pada perlawanan League One menentang Leicester semalam dan beliau berjaya menjaringkan gol pertama sejak kembali pulih dari kecederaan hampir setahun yang lalu. Jay Emmanuel-Thomas yang juga pemain yang dipinjamkan oleh Arsenal turut terlibat dalam 'build-up play' yang menghasilkan gol tersebut. Perlawanan tersebut berakhir dengan Cardiff menewaskan Leicester 2-0.

Sudah pastinya kepulangan Ramsey ini akan memberi persaingan yang sihat pada barisan tengah Arsenal terutama sekali kepada Denilson yang mutu permainannya semakin merosot sejak kebelakangan ini.

*Update: Terdapat maklumat tidak rasmi dari Twitter yang mengatakan Ramsey tidak dapat beraksi pada perlawanan ulangan Piala FA menentang Leyton Orient kerana terikat dengan peraturan 'cup-tied' setelah beliau didapati pernah beraksi pada peringkat awal saingan Piala FA bersama Cardiff. Aku akan update lagi bila dapat pengesahan berita ni.



Tuesday, February 22, 2011

Sebuah stesen radio Catalan, Rac1, melaporkan bahawa Arsenal telah bersetuju untuk mendapatkan pemain tengah Barcelona iaitu Jon Miquel Toral Harper. Wang pampasan sebanyak €350,000 akan dibayar oleh Arsenal untuk membolehkan pemain berusia 16 tahun tersebut berpindah dari Nou Camp ke Stadium Emirates.

Lima atau enam tahun akan datang Xavi akan menuntut balik pemain ber'DNA' Barcelona ini
Arsenal juga dikatakan telah bertemu dengan ibu kepada Toral, yang berbangsa Inggeris pada bulan lepas dan keluarga beliau telah bersetuju dengan perjanjian tersebut. Ironinya, Toral diwakili oleh adik lelaki Pep Guardiola iaitu Pere Guardiola sebagai ejen beliau. Walaupun perjanjian ini dikatakan sudah dimetrai, terdapat juga media di Sepanyol melaporkan Man City, Chelsea dan Liverpool turut cuba dapatkan Toral. 

Toral adalah pemain 'Cadete A' Barcelona dan ketika ini turut mewakili pasukan kebangsaan Sepanyol bawah 16 tahun. Beliau dikatakan seorang pemain tengah yang kuat dan mempunyai bakat teknikal semulajadi. Menurut laporan 101GreatGoals pula, Toral merupakan pemain sayap kiri yang juga boleh bermain di bahagian kanan. Baru-baru ini beliau menjaringkan hat-trick ketika menentang Cornell dan dikenali sebagai pemain yang rajin dan yang paling matang dikalangan rakan sebaya di Barcelona.

Sudah pastinya kehilangan seorang lagi aset mereka akan mengeruhkan lagi hubungan Barcelona dengan Arsenal kerana mereka masih lagi tidak berpuas hati atas apa yang sudah berlaku kepada Cesc Fabregas. Namun Barcelona harus menyalahkan diri sendiri kerana mereka tidak menunjukkan keinginan untuk cuba dan yakinkan pemain tersebut untuk terus tinggal di Nou Camp sejak segalanya jelas bahawa beliau mahu berpindah ke England setelah empat tahun bersama.

Menurut Rac1 lagi, Arsenal juga dilaporkan cuba dapatkan rakan Toral iaitu Sergi Samper yang merupakan gandingan beliau dibahagian tengah. Namun pemain yang juga berusia 16 tahun itu menolak tawaran untuk bermain di Stadium Emirates.



Sumber:

Monday, February 21, 2011

Aku tak tengok perlawanan semalam. Video highlights yang aku post ni pun aku tak tengok lagi sebab UiTM block untuk tengok video. Maka tak banyak la yang dapat aku ulaskan. Walaubagaimanapun, keputusan perlawanan ni bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ini berdasarkan barisan pemain yang diturunkan oleh Wenger. Beliau seperti memberi peluang kepada pemain yang tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama untuk membuktikan kepada beliau bahawa mereka tidak sepatutnya memanaskan bangku simpanan.

Barisan pemain yang diturunkan rata-rata terdiri dari pemain yang 'out of form', baru pulih dari kecederaan dan seorang pemain muda untuk diberikan pengalaman bermain. Hanya Alex Song dan Bacary Sagna sahaja merupakan pemain utama diturunkan. Jadi tidak hairanlah persembahan mereka tidak begitu meyakinkan kerana masih belum cukup persefahaman seperti yang dipamerkan barisan pemain utama Arsenal. Namun begitu set pemain ini seharusnya melakukan yang lebih baik dari apa yang mereka sudah pamerkan kerana berdasarkan keputusan semalam inya masih belum cukup bagus. Perlawanan ulangan akan dilansungkan bulan hadapan.

Klik sini jika player tak boleh load

Saturday, February 19, 2011

Ini pula kompilasi aksi individu seorang lagi pemain yang beraksi dengan cemerlang selain Jack Wilshere. Bak kata TT, Messi hanyalah dalam kocek Koscielny. Haha.



Kompilasi persembahan 'Man of The Match' Jack Wilshere menentang Barcelona tempoh hari. Menurut Gunnerblog, Wilshere mempunyai pemikiran seperti Bergkamp, hati yang kental seperti Adams, keberanian seperti Keown, stamina seperti Parlour, kawalan seperti Pires dan kaki kiri yang mantap seperti Liam Brady.


Friday, February 18, 2011

Ini cerita panas yang korang tak dapat kat mana-mana pun. Secara logiknya mana boleh pasukan terhebat dunia kalah macam tu sahaja. Lain lah kalau pasukan mantap seperti Man Utd atau Chelsea yang kalahkan. Tak syak lagi game ni dah kena jual. Ya, jangan tak percaya perlawanan ni sudah ditentukan awal-awal lagi oleh seorang bookie yang bernama Rohan Ricketts.

Ahli nujum yang dapat meramalkan keputusan bola sepak?
Ok, sudah tentu la apa yang aku tulis kat atas tu karut ya amat. Sengaja aku buat tajuk sensasi dipagi ini untuk mensensasikan cerita yang tak berapa nak sensasi. Apa yang aku nak ceritakan bukanlah pasal bookie yang menentukan perlawanan semalam tapi pasal Rohan Ricketts, bukan seorang bookie, meramalkan keputusan kejayaan Arsenal dengan tepat sekali. Siapa mamat ni dan apa kaitannya sampai kita nak kesah ramalan beliau?
1) Rohan Ricketts adalah bekas pemain remaja Arsenal.
2) Sebab aku sangap dan malas nak baca sumber berita lain.

Sedikit pengenalan mengenai Ricketts. Beliau memulakan karier bersama skuad remaja Arsenal pada tahun 2000 dan bermain di posisi sayap. Oleh kerana tidak mendapat peluang bermain, beliau berhijrah ke kelab jiran dan musuh tradisi, Tottenham Hotspur pada tahun 2002. Senang cerita Ricketts ni kurang berbakat dan setelah berhijrah ke merata tempat, beliau kini mewakili SV Wilhelmshaven, sebuah kelab liga bawahan di Jerman. Disamping bermain bola sepak, Ricketts menjadi penulis untuk majalah online, Sabotage Times.

Lebih kurang 16 jam sebelum perlawanan Arsenal menentang Barcelona berlansung, Ricketts telah menulis di Sabotage Times bahawa beliau meramalkan Arsenal akan memenangi perlawanan di Stadium Emirates kali ini. Ok, setakat ramalan siapa menang tu macam biasa sangat la kan. Tapi ramalan beliau bukan setakat siapa yang menang malah berapa keputusan jaringannya. Masih biasa lagi kan? Nak lagi gempak, Ricketts juga meramalkan siapa yang akan score untuk pasukan masing-masing.

Ricketts yang pernah meramalkan dengan tepat tiga perlawanan secara berturut-turut sebelum ini menulis:
I’ve got a bit of history predicting result. My followers on Twitter will confirm that I once predicted three results in a row and even correctly named Manchester United’s Obertan as a goal scorer in one of them. I’m not saying I’ve got a crystal ball but I’ll have another go: Arsenal will win 2-1 with goals from Van Persie and Arshavin. Villa will score Barcelona’s.

Serius mamat ni hebat. Mendiang Paul si sotong pun tak boleh lawan sebab beliau hanya dapat meneka siapa yang menang sahaja. Namun seperti biasa pada awalnya tiada siapa yang percayakan Ricketts. Dalam artikel yang ditulis, walaupun mengatakan Walcott akan memberi impak lebih dari Messi, beliau terlalu jujur dengan pandangan yang mendedahkan kelemahan bintang England itu dan Bendtner. Maka komen seawal empat pagi waktu Eropah rata-rata mempertikaikan artikel yang ditulis Ricketts. Maklumlah, orang tu main bola pun tak berapa nak hebat, siapa lah nak percaya kata-kata beliau.

Namun setelah perlawanan tamat kira-kira jam10 malam waktu Eropah, ruangan komen dibanjiri dengan komen pembaca-pembaca yang terkejut wtf dengan kehebatan Ricketts meramalkan keputusan dengan tepat. Tidak kurang juga ada yang mintak diramalkan nombor ekor. Lolz. Nampaknya Ricketts kini dah sampai status ahli nujum. Apa kata kita mintak pak nujum ni meramalkan keputusan perlawanan pusingan kedua di Nou Camp nanti. Sekurang-kurangnya tak perlulah aku bersengkang mata hanya untuk hati dilukai. Haha.


Thursday, February 17, 2011

Bangganya aku menjadi seorang Gooner apabila pasukan kita berjaya menewaskan pasukan yang dikatakan terhebat didunia ini. Bertandang ke kedai mamak dengan perasaan bercampur baur antara rasa teruja, gementar, seronok dan macam-macam lagi. Walaupun inginkan kemenangan untuk pasukan yang diminati, secara realitinya Arsenal dibarisi oleh pemain-pemain yang  kurang berpengalaman jika dibandingkan dengan Barcelona. Sebarang keputusan melainkan tewas adalah satu pencapaian yang membanggakan.

Arshavin melengkapkan malam bersejarah buat Arsenal
Barisan yang diketui Cesc Fabregas ini memulakan perlawanan dengan baik apabila nampak garang mengatur serangan. Seperti yang dijangkakan, Theo Walcott menjadi ancaman utama buat Barcelona tambahan pula dengan ketiadaan Carles Puyol, beliau dengan mudah menggentel bola sehingga kedalam kotak penalti pasukan dari Catalonia tersebut. Banyak peluang keemasan hadir namun gagal disudahi dengan baik, terutama sekali dari Robin van Persie.

Segalanya berubah apabila David Villa membuka jaringan pada minit ke-26. Sejak dari itu, rentak permainan mula dikuasai oleh Barcelona. Mereka juga mempunyai banyak peluang untuk menambah jaringan namun kekentalan Djourou dan Koscielny serta ketangkasan Szczesny berjaya mengekang serangan Messi dan rakan-rakan. Pujian harus diberikan kepada penjaga gol muda Poland itu apabila tidak gugup pada penampilan pertama Liga Juara-juara Eropah, malah bertindak dengan sangat cemerlang.

Masuk separuh masa kedua, terdapat sedikit peningkatan apabila Arsenal dapat mengawal bola lebih lama sedikit berbanding sebelumnya. Walaupun begitu barisan serangan yang diterajui van Persie masih lagi tumpul.  Rembatan yang dilakukan beliau banyak yang melalut, van Persie sepatutnya lebih tenang agar dapat mengajukan rembatan yang tepat ke sasaran. Aku hampir putus harapan dengan penyerang Belanda ni.

Barcelona masih lagi banyak menguasai permainan dan jarang melepaskan kawalan bola namun setiap serangan berjaya dikekang barisan pertahanan Arsenal. Pada minit ke-68, Guardiola mengeluarkan Villa dan digantikan oleh Seydou Keita untuk berganding dengan Sergio Busquets sebagai perisai untuk barisan pertahanan mereka. Sementara Arsenal mengubah taktik kepada lebih menyerang dengan mengeluarkan Alex Song yang banyak melakukan kekasaran dan diganti oleh Andrey Arshavin.

van Persie memeluk 'bapak' beliau setelah berjaya menyamakan kedudukan
Kepercayaan yang diberi Arsene Wenger kepada van Persie mula membuahkan hasil apabila beliau berjaya melepaskan rembatan pada sudut sukar yang menembusi gawang Barcelona. Sangkaan Victor Valdes bahawa van Persie akan membuat hantaran kepada rakan meleset dimana beliau kelihatan hanya mampu terkangkang menyaksikan bola melepasi pintu gol.

Sejak itu, Arsenal mula merasakan momentum untuk menundukkan pasukan terhebat didunia tersebut. Keputusan Wenger mengeluarkan Walcott juga berkesan walaupun bintang England itu dilihat beraksi dengan baik. Ini adalah salah satu percaturan Wenger apabila Nasri mengambil tempat Walcott dan Arshavin menyerang dari arah kiri. Kedua-dua pemain ini memainkan peranan untuk gol kedua apabila Nasri bijak mencari Arshavin yang membuat penyudahan dengan tenang dan berkeyakinan.

Arshavin sudah kembali!
Kesimpulannya, telah terbukti bahawa Barcelona tidak mustahil untuk dikalahkan. Hanya tinggal satu lagi cabaran besar untuk kita di Camp Nou nanti. Namun, tidak mustahil juga sekali lagi kita berjaya menewaskan mereka disana. Perlu diingat, musim lepas kita bertandang kesana tanpa van Persie, Fabregas, Arshavin dan Gallas. Musim ini pemain-pemain utama dapat beraksi ditambah pula dengan kemunculan Jack Wilshere yang semakin mantap pemainannya. Selain itu, Thomas Vermaelen juga dijangkakan sudah mula pulih diwaktu itu sementara Gerard Pique pula digantung perlawanan. Marilah berharap tiada kecederaan kepada pemain-pemain utama nanti.

Sebagai fans Arsenal, kita berhak untuk meraikan dan berbangga dengan kemenangan ini kerana Barcelona bukan calang-calang pasukan malah dilabel pasukan terbaik dunia. Letak ketepi dulu pusingan kedua dan nikmatilah rasa bangga ini. Pedulikan kata-kata fans lain pada kita, jangan dihiraukan mereka. Haha.

Jack Wilshere. Aku dapat rasakan nama ini juga akan menjadi hero Arsenal sama seperti bagaimana Cesc Fabregas mendapat tempat pada hati peminat Arsenal yang lain. Beliau adalah pemain yang paling menyerlah selain dari Theo Walcott pada perlawanan pagi tadi apabila sentiasa melakukan hantaran-hantaran tepat dan terlibat dalam memulakan serangan dari bawah. Sesungguhnya perkembangan bintang muda ini sangat menarik untuk diikuti.

Video Highlights
Kalau ada problem untuk load player, sila klik sini


'Stuff of Legend'
Bukan main bersemangat lagi 'Arsenal Number 1' ni bila Arshavin sumbat gol kedua. Tapi memang patut pun reaksi Szczesny macam tu setelah beraksi dengan cemerlang tanpa gentar pada penampilan pertama Liga Juara-juara Eropah. Dah macam tengah layan head banging lagu rock je. Haha. Ulasan perlawanan akan menyusul kemudian.

Kredit kepada @nenafabregas

Wednesday, February 16, 2011

Lagenda Arsenal dan Belanda ini mendedahkan kepada majalah FourFourTwo bahawa Thierry Henry merupakan penyerang gandingan pilihan beliau. Bergkamp yang pernah berganding dengan Marco van Basten ketika bersama Ajax, Patrick Kluivert ketika dalam skuad kebangsaan, Ian Wright, Nicolas Anelka dan Thierry Henry ketika bersama Arsenal.

Gandingan paling mantap yang pernah Arsenal miliki
Dalam menghasilkan gandingan yang mantap, bagi Bergkamp ianya adalah soal bagaimana untuk sesuaikan dengan cara permainan pemain gandingan beliau itu. Bergkamp dipetik berkata:
For me it was always a mater of adjusting to someone else’s game. With Nicolas Anelka it was easy because he was so quick. Just go behind the defender, I’ll give you the ball and you’re one-on-one with the goalkeeper.

Apabila didesak untuk memilih siapakah gandingan terbaik beliau, Bergkamp mengakui pilihan beliau adalah pemegang rekod penjaring terbanyak Arsenal, dengan 174 gol dalam 254 perlawanan. Beliau berkata:
Thierry Henry’s fantastic with all his skills. And Ian Wright was great. But if I had to pick one I would say Thierry because of the unbeaten season with him.

Bergkamp juga memilih Thierry Henry berbanding rakan senegara beliau, Marco van Basten dengan berkata:
Thierry’s skills were perfectly functional. There was something behind every movement; to get a strike, receive a pass. Marco Van Basten has a different skill. He was a great finisher and had some great touches as well. It’s difficult to decide. But I would say Thierry because I worked with him longer in training and we really had a partnership.

Bagi aku Bergkamp adalah seorang pemain yang sangat istimewa. Walaupun bermain pada posisi second striker, beliau juga bertindak sebagai playmaker untuk Arsenal. Bergkamp mempunyai penglihatan yang tajam dan bijak melakukan hantaran yang membuka ruang kepada pemain lain untuk lakukan serangan mahupun penyudahan. Selain itu beliau juga mempunyai kemahiran menggelecek dan teknikal yang tinggi serta penyudahan yang berkesan.

Laporan: sport.co.uk

Tuesday, February 15, 2011

Steve Rowley bersama Carlos Vela
Roman Abramovich agaknya dah pening kepala rugi banyak sangat dalam pembelian pemain maka beliau kini sedang berusaha untuk memancing ketua scout Arsenal iaitu Steve Rowley. Walaupun tidak begitu terkenal, Rowley adalah individu yang bertanggung jawab dalam menjayakan pembelian pemain yang kini telah bergelar bintang di Arsenal iaitu Cesc Fabregas, Robin van Persie dan Thomas Vermaelen.

Rekod Rowley tiada tandingannya di England dengan sejumlah pemain muda yang dicadangkan oleh beliau dan rangkaian scout beliau menarik minat Arsene Wenger dan dibawa masuk ke Stadium Emirates. Pemain seperti Alex Song, Wojciech Szczesny, Bacary Sagna dan Gael Clichy dikesan sejak usia muda lagi dan dibeli dengan harga yang murah.

Chelsea kini dilaporkan mahu Rowley melakukan kerja yang sama kepada mereka selepas direktor bolasepak, Frank Arnesen meninggalkan kelab itu pada musim panas lepas.

Laporan: Daily Mail

Kompilasi 39 gol dan beberapa assist dari Thierry Henry pada musim 2003/04. Aku masih ingat lagi diwaktu balik dari tengok match liga musim tu, muka sentiasa senyum je sebab tak pernah kalah. Memang best menganjing fans Man Utd yang angkuh. Masa tu Chelsea masih lagi pasukan 'ayam-ayam' sebab masih belum dibeli Roman Abramovic.


Monday, February 14, 2011

Arsene Wenger percaya Dragan Stojkovic atau nama manja beliau Piksi, adalah calon yang sesuai untuk menjadi pengganti beliau apabila beliau bercadang untuk bersara menjadi pengurus Arsenal kelak. Stojkovic adalah pengurus yang berasal dari Serbia dan berumur 45 tahun. Pada musim lepas beliau berjaya membawa Nagoya Grampus Eight menjuarai J-League dan turut dinamakan J-League Manager of The Year.

Bakal pengurus Arsenal pada tahun 2014?
Hubungan baik antara Wenger dan Stojkovic sudah lama terjalin sejak tahun 1995 lagi. Ketika itu Stojkovic merupakan penyerang Nagoya yang diuruskan oleh Wenger. Sehingga kini Stojkovic masih lagi datang ke London sekurang-kurangnya sekali setahun untuk bertemu proffessor bola sepak ini. Dalam pertemuan tersebut, mereka berborak dan sering menguji kepandaian masing-masing.

Wenger turut memuji protege beliau itu kerana berjaya membawa Nagoya menjadi juara yang mana beliau gagal lakukannya meskipun mempunyai Stojkovic yang pernah memenangi pemain terbaik di liga Jepun ketika itu. Bercakap kepada akhbar Serbia, Vecernje Novosti, Wenger memberitahu bahawa terdapat 100 sebab kenapa Stojkovic boleh berjaya di Liga Perdana Inggeris.

Beliau dipetik berkata:
I’d love Piksi to be my successor There are a hundred reasons for that. His football philosophy is almost identical to mine. Our ideas are the same and we both strive for perfect football. I knew he was going to have his teams playing attacking football with many passes. He has done that, showing he will be a great coach. I told him that if he could transmit his football imagination to his players he would fly high.

Pada bulan Ogos tahun lepas, Wenger telah menandatangani kontrak lanjutan selama lima tahun yang akan mengekalkan beliau di Stadium Emirates hingga 2014. Beliau yang akan berumur 65 tahun pada ketika itu dipetik berkata:
At 65 I will certainly move to some different job, unless I still feel like I feel today.

Aku tak kisah Wenger syorkan Stojkovic jadi pengganti asalkan beliau dapat kekalkan permainan menarik Arsenal seperti sekarang. Kalau bab falsafah dari segi taktik dan corak permainan meraka tu sama bagus lah, cuma kelainan yang aku harapkan adalah beliau lebih berani untuk melaburkan wang dalam pembelian pemain.

Sunday, February 13, 2011

Jika Miyaichi sentiasa bekerja keras, pasti masa depan beliau sangat cerah
Kalau minggu lepas Miyaichi mendapat pujian besar pada penampilan professional pertama, minggu ini pula beliau menjaringkan gol professional pertama pada penampilan pertama dihadapan 46,000 penyokong Feyenoord. Dinamakan Man of The Match pada perlawanan sebelumnya, Miyaichi kali ini membantu Feyenoord mendapat tiga mata berharga untuk mengelakkan kelab itu tersingkir ke liga bawahan.

Miyaichi tidak menunggu lama untuk menggembirakan penyokong Feyenoord apa bila menjaringkan gol pada minit ke-18. Sila tengok video bagaimana beliau jaringkan gol. Permulaan karier professional yang menarik buat Miyaichi apabila setelah tamat separuh masa pertama, para penyokong Feyenoord bersorak "Ryo, Ryo Ryo" yang bergema diseluruh stadium De Kuip. Perlawanan berakhir dengan Feyenoord menang 2 - 1 keatas Heracles.

Miyaichi dilihat sebagai pemain sayap yang boleh bermain di bahagian kanan atau kiri dan selesa menggunakan kedua-dua belah kaki. Aset beliau kelajuan, kelincahan, kemahiran dan kawalan bola yang menarik. Dari segi taktikal beliau hanya biasa-biasa sahaja, namun masih boleh dipelajari memandangkan usia yang muda. Beliau juga agak tinggi (183cm) namun agak lemah dari segi fizikal. Walaupun begitu beliau sentiasa berusaha untuk mendapatkan bola, rajin turun untuk bertahan dan bekerja dengan sangat kuat.



Sekali lagi aku tak dapat tengok match Arsenal disebabkan tuan kedai yang aku pergi tu penyokong Liverpool. Padan muka dia Liverpool seri dengan Wigan. Dari highlights yang aku tengok kemudiannya, Arsenal banyak mencipta peluang namun gagal menyempurnakannya dengan baik ditambah pula dengan penjaga gol Wolves yang bermain agak cemerlang. Mungkin juga beliau bernasib baik.

Gandingan mantap yang menghasilkan gol pertama
Sememangnya ini adalah satu petanda yang baik namun kita mungkin tidak dapat mencipta peluang sebanyak ini ketika menentang Barcelona pada Rabu ini maka setiap peluang yang ada haruslah disempurnakan dengan baik. Apa-apa pun itu cerita minggu depan. Kemenangan semalam juga adalah sesuatu yang positif apabila pemain pasukan kita tidak terus dibelenggu dengan kekecewaan minggu lepas seperti yang dirisaukan oleh Wenger dan ianya juga pastinya mencipta momentum untuk perlawanan menentang Barcelona kelak.

Walaupun van Persie yang menjaringkan gol untuk kemenangan semalam, Arsene Wenger lebih teruja dengan persembahan Jack Wilshere yang banyak mengatur serangan dari bahagian tengah. Wenger seakan-akan memberi pembayang bahawa seorang lagi midfield meastro akan muncul apabila menyamakan perkembangan awal bintang muda England itu tidak ubah seperti Fabregas pada awal karier penerima medal Euro dan World Cup itu.

Beliau dipetik memuji Wilshere dengan berkata:
Jack is a talented player who can defend and attack. He had a very good game. He defends well, he attacks well, he creates, he has assists. He is a very confident lad but he has not scored yet. Cesc (Fabregas) was like that for a while. I believe he will score soon because he looks very close. He has a hesitation sometimes to shoot and chooses to always give the ball. When he is a bit more confident he will score goals.

van Persie raikan gol dengan gaya yang dipinta anak beliau Shaqueel 
Sembilan gol sejak mulanya Januari menjadi bukti bahawa van Persie merupakan penyerang yang berbisa apabila beliau cergas sepenuhnya. Marilah kita berharap agar van Persie bebas dari masalah kecederaan kerana kita perlukan kelibat beliau untuk terus jaringkan gol jika mahu menamatkan kemarau piala selama ini. Kepada Bendtner dan Chamakh, sila belajar cara-cara untuk jadi penyerang yang hebat dari abang Persie ni.

Video Highlights


Saturday, February 12, 2011

Ini bukan berita terkini namun penyerang berbadan sasa kita ini sekali lagi meluahkan kekecewaan beliau kerana kurang mendapat peluang bermain untuk The Gunners. Bendtner yang sememangnya banyak bercakap pada media tentang masa depan beliau, mengakui bahawa beliau mungkin terpaksa meninggalkan Stadium Emirates demi mengejar cita-cita beliau sebagai penyerang yang digeruni oleh setiap pertahanan lawan.

Bendtner lebih berani membuat percubaan kearah gol berbanding Chamakh
Bendtner merasakan beliau berada pada tahap karier dimana beliau perlu bermain setiap perlawanan dan mengembangkan lagi bakat serta jaringkan lebih banyak gol. Apabila memikirkan jumlah gol yang dijaringkan beliau ketika ini, Bendtner tidak sanggup untuk memanaskan bangku simpanan lagi. Walaupun begitu penyerang Denmark ini tidak menafikan akan berasa sedih jika terpaksa meninggalkan Arsenal kerana pasukan ini sangat bermakna dalam menaikkan karier awal beliau.

Menurut guardian.co.uk, dalam temubual sebelum perlawanan persahabatan menentang England tempoh hari, Bendtner dipetik berkata:
That's the way it is. I will do my best for Arsenal throughout the season. Hopefully I will be there next season as well but we have to wait and see. But, if my situation at Arsenal doesn't change, I will have to look at it because I want to play football.

Pada pendapat aku, Bendtner memang mempunyai bakat yang besar disamping aset fizikal yang tegap dan tinggi. Ciri-ciri seorang 'poucher' ini sekurang-kurangnya memberikan variasi kepada strategi serangan Arsenal jika kena dengan gayanya. Apa yang perlu Bendtner lakukan sekarang adalah buktikan kata-kata beliau dengan mempamerkan aksi yang mantap setiap kali diberi peluang kerana risikonya tinggi jika kita nak mengharapkan pemain yang masih belum terbukti kehebatannya membawa Arsenal menjulang kejuaraan.

Meskipun persembahan Bendtner nampak kurang meyakinkan buat kita semua, aku berpendapat ianya bukan kerana beliau seorang pemain yang tidak berkualiti, tetapi mungkin kerana beliau tidak sesuai untuk mengembangkan bakat bersama Arsenal. Salah satu sebab kerana taktik Arsenal itu sendiri yang kurang melakukan serangan dengan membuat hantaran lintang kedalam kotak penalti. Malah Bendtner juga diletakkan di posisi forward kanan sedangkan beliau bukanlah pemain yang lincah seperti Walcott atau Nasri.

Ada baik juga jika Bendtner dipinjamkan kepada pasukan lain lebih-lebih lagi kepada pasukan yang banyak gunakan taktik crossing seperti Stoke dan lain-lain. Mungkin dari situ nanti kita boleh lihat kemampuan sebenar beliau. Kalau tak menjadi gak, maka bolehlah dibuka pintu seluas-luasnya buat Bendtner mengejar cita-cita untuk menjadi penyerang berbisa seperti yang beliau katakan.


Tuesday, February 8, 2011

Perlawanan professional pertama buat Miyaichi
Pengurus Feyenoord, Mario Been dan ketua pasukan, Ron Vlaar memuji Ryo Miyaichi setelah beliau mempamerkan aksi yang memberansangkan ketika penampilan pertama menentang Vitesse Arnhem pada Ahad lepas. Berikutan itu pemain sayap ini berjaya beraksi sehingga 90 minit di Stadium Gelredome. Miyaichi telah diberi jersi nombor 34 oleh Feyenoord.

Miyaichi hanya mendapat pelepasan untuk bermain di luar negara oleh FA Jepun pada Khamis lepas terus diturunkan untuk perlawanan liga Eredivisie menentang Vitesse yang berkesudahan seri 1-1. Walaupun hanya pernah bermain dalam perlawanan peringkat universiti di Jepun sahaja, Miyaichi sentiasa berbahaya dibahagian sayap. Beliau ditugaskan dibahagian sayap kiri, namun kadang-kala bertukar dibahagian sayap kanan dalam melakukan serangan.

Diambil dari: YoungGunsBlog


Monday, February 7, 2011

Sebuah laman web berita di Perancis, France 2 hari ini melaporkan bahawa Interpol sedang menyiasat perlawanan diantara Newcastle menentang Arsenal tempoh hari berikutan terdapatnya perpindahan wang dalam jumlah yang besar dan ianya sangat meragukan. Antara yang dikatakan terlibat adalah Tomas Rosicky dan Phil Dowd.

Rosicky jadi petualang? Kalau Phil Dowd tu aku percaya la
Tomasz Rosicky dikatakan bakal disiasat oleh Interpol setelah beliau dilihat sebagai penyebab dua gol lewat Newcastle berjaya dijaringkan. Menurut artikel dari Football365:
The crazy game between Newcastle and Arsenal on Saturday afternoon in the Premier League (4-4) has not finished talking. Today, it would even turn Interpol, to look closely at this meeting that saw the Magpies to join the Gunners, who led 4-0 after 26 minutes though gambling. Strong prevailing climate of suspicion around the game, which would have been on the sidelines of sports content with strange movements of money. Tomas Rosicky, the Czech midfielder for Arsenal came late in the game and led to two goals for Newcastle, would be included in the viewfinder of Interpol.

Walaubagaimanapun sumber dari Perancis ini tidak dapat dipastikan kesahihannya. Kalau difikirkan logik macam mana Rosicky boleh terlibat kerana beliau adalah pemain gantian? Bookie tahu ke Rosicky akan masuk untuk gantikan Arshavin? Lain la kalau bookie suruh Wenger buat pertukaran pemain. Wenger kena beli? Mustahil.

Setakat ini, jurucakap rasmi Arsenal masih belum mahu mengeluarkan kenyataan apabila ditanya tentang laporan ini dan dijangka ianya bakal dikeluarkan pada keesokan hari.

Laporan: Gooner Talk

*Update
Mirror Football melaporkan bahawa tuduhan ini adalah palsu semata-mata. Pihak Arsenal dikatakan telah menolak tuduhan ini dan akan menghubungi peguam bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web dari Perancis tersebut. Menurut mereka lagi, Arsenal tidak pernah dihubungi Interpol atau mana-mana pihak yang berwajib berkenaan isu ini.

*Update lagi
Akhbar Telegraph pula melaporkan mereka telah menghubungi Interpol dan jurucakapnya mengesahkan mereka tidak menjalankan sebarang siasatan berkenaan isu ini. Mereka juga tidak menerima sebarang maklumat atau permintaan untuk menyiasat perkara yang berkaitan.


Klik untuk lebih jelas.

Diambil dari: Studs Up

Arsenal sekali lagi buat onar apabila gagal mempertahankan kedudukan selesa pada separuh masa pertama. Buat kali kedua musim ini kita dapat disajikan dengan permainan yang cantik dan memberansangkan pada separuh masa pertama namun semuanya berubah secara mendadak pada separuh masa kedua. Walaupun situasi sedikit berbeza, namun pengalaman dan pengajaran ketika tewas 2-3 ditangan Spurs seperti sudah dilupakan.

Separuh masa pertama yang sangat menceriakan, separuh masa kedua?
Tidak dinafikan jelas sekali beberapa keputusan pengadil perlawanan, Phil Dowd yang memang banyak rekod buruk mengadili perlawanan Arsenal adalah salah satu faktor kita gagal mendapat tiga mata penuh. Disamping tindakan tidak bijak Abou Diaby, semua ini berlaku adalah berpunca dari pasukan kita sendiri. Ketahanan mental yang tidak kuat sekali lagi memusnahkan segalanya.

Aku mulakan dengan mutu pengadilan Phil Dowd dulu. Sebenarnya dari separuh masa pertama lagi dah boleh nampak macam mana bangangnya keputusan Phil Dowd ni. Joey Barton buat terjahan bahaya terhadap Arshavin, beliau tak kasi foul apakan lagi kad. Melihatkan Dowd tak buat apa-apa, Diaby cuba menjadi seperti Vieira dengan menerjah kembali Barton dan Dowd tiba-tiba jadi adil kasi sepakan percuma buat Newcastle.

Separuh masa kedua, Barton sekali lagi membuat terjahan berbahaya terhadap Diaby yang sangat sensitif apabila diperlakukan begitu kerana karier beliau menjadi hambar akibat dibelenggu masalah kecederaan. Barton seakan-akan dengan sengaja menjadikan Diaby sebagai sasaran dan ianya membuahkan hasil apabila Diaby menarik leher beliau. Kad merah memang keputusan yang tepat dari Dowd.

Namun apabila leher Szczesny pula ditarik Nolan, tiada kad merah dilayangkan dan sebaliknya Szczesny diberikan kad kuning. Szczesny tidak melambat-lambatkan permainan malah ianya sepak mula untuk Arsenal. Phil Dowd melengkapkan lagi kebangangan beliau apabila menghadiahkan sepakan penalti kedua yang tidak sepatutnya diberikan kepada Newcastle.

Sememangnya mudah untuk menyalahkan pengadil atas kegagalan Arsenal mendapat tiga mata penuh namun lebih baik kita lihat pada pasukan kita sendiri. Tidak dinafikan bermain dengan sepuluh orang adalah agak sukar namun tidak sepatutnya ianya terus merubah mutu permainan secara drastik. Bahagian tengah lansung tidak hidup malah Newcastle sewenang-wenangnya mengganas dan mengawal permainan.

Arsenal sepatutnya lebih tenang dan sekurang-kurangnya kelebihan empat gol sudah cukup membuatkan kita bermain dengan baik dan berkeyakinan. Sebaliknya berlaku, butang panik ditekan dan segala-galanya berubah secara serta merta.

Walaubagaimanapun, keadaan tidak seteruk mana apabila Man Utd akhirnya tewas juga untuk musim ini. Rekod 49 perlawanan tanpa kali masih menjadi kebanggaan kita semua.

Video Highlights

Thursday, February 3, 2011

Gambaran semangat berpasukan tinggi dalam skuad Arsenal ketika ini
Macam biasa, game yang aku tak tengok aku akan buat ulasan pendek dan disertai dengan video highlights sahaja. Apa-apa pun tahniah buat Arshavin yang akhirnya berjaya menjaringkan gol buat Arsenal sejak sekian lama. Mungkinkah Arshavin sudah dapat kembali sentuhan beliau dan akan terus cemerlang pada perlawanan-perlawanan seterusnya? Apa yang diharapkan kini agar gol tersebut dapat mengembalikan keyakinan Arshavin.

Sementara itu Koscielny sekali lagi berjaya menanduk bola kedalam gol lawan menerusi sepakan penjuru. Ini boleh dikatakan sebagai pentanda yang mana Koscielny kini dilihat semakin dapat menyesuaikan diri dengan permainan di Liga Perdana Inggeris kerana bukan sahaja dapat bertahan dengan baik malah sentiasa berbahaya dalam kotak penalti lawan.