Tuesday, November 30, 2010

Smart jugak jersi Forest ni
Pengurus pasukan Nottingham Forest, Billy Davies, memuji Aaron Ramsey apabila beliau kembali beraksi dalam perlawanan kompetetif setelah pulih dari kecederaan patah kaki menentang Leicester City semalam. Walaupun Forest tewas 1-0, Ramsey masih mampu memperlihatkan kemampuan beliau dalam aksi 30 minit beliau diturunkan.

Billy Davies dipetik berkata:
Once he came on, he gave us the quality that we needed. He has outstanding quality, there is no doubt about that. Even in a half-fit Ramsey – it’s easy to see the quality he has got. We will keep working with him but he is still short of fitness.

Bintang muda ini berpindah ke City Ground melalui perjanjian pinjaman sehingga 3 Januari tahun depan. Ini bermakna Ramsey berpeluang untuk beraksi dalam lapan perlawanan liga bersama Forest. Perpindahan ini disifatkan sebagai 'emergency loan' seperti yang dilaporkan sendiri oleh laman web rasmi Notthingham Forest dan sebab apa ianya emergency tak pulak dinyatakan.

Laporan asal: Who ate all the PIES

Monday, November 29, 2010

Woo hoo.. Arsenal mengakhiri minggu malang setelah tewas back to back dengan kemenangan 4-2 di Villa Park. Jika dilihat keputusan atas kertas memang ianya nampak bergaya, namun kenyataannya perlawanan semalam memang sangat mendebarkan. Nak luruh jantung aku tengok Arsenal perform pada separuh masa kedua.

Arsenal memberi respon pantas setelah Villa merapatkan jurang gol
Seperti biasa Arsenal ni kalau bab menyerang dan mencari peluang untuk menjaringkan gol memang tak diragui kehebatannya. Dari mula perlawanan sampai la tamat separuh masa pertama memang kita mendominasi habis permainan, lansung tak bagi peluang untuk Villa. Hasilnya dua gol tercipta untuk Arsenal dan sepatutnya lebih dari tu kita score berdasarkan percubaan-percubaan yang dilakukan.

Jadi separuh masa pertama tamat dengan kedudukan selesa buat Arsenal. Akan tetapi peristiwa yang berlaku minggu lepas masih segar dalam ingatan dimana persembahan yang memberansangkan dan kita mendahului dengan dua gol. Sambil tunggu separuh masa kedua bermula, aku usyar-usyar sket kat twitter dan aku tertarik dengan tweet arseblog yang mengatakan team talk dalam bilik persalinan Arsenal hanya perlukan tiga patah perkataan -  ingat minggu lepas!.

Sebelum separuh masa kedua bermula aku terbaca ada pulak mamat kasi tweet dengan mengatakan team talk dalam bilik persalinan Villa pun akan sama jugak - ingat minggu lepas. Damn! Betol jugak tu. Mesti Houllier yakinkan pemain-pemain beliau bahawa Arsenal tak boleh mempertahankan gol pendahuluan jika diasak bertubi-tubi dan ianya menjadi apabila mereka berjaya merapatkan jurang gol melalui rembatan Ciaran Clark.

Namun begitu gol tersebut agak kontroversi kerana John Carew yang berada dalam kedudukan offside terpacak betul-betul depan Fabianski yang mana menghalang pandangan penjaga gol tersebut dari melihat arah rembatan Clark. Seperti yang kita dapat lihat pada gambar dibawah, Fabianski terpaksa mengintai dibelakang Carew untuk dapatkan pandangan lebih jelas namun sayangnya ia sudah terlambat dan beliau gagal menyelamatkan rembatan yang aku rasa boleh beliau selamatkan.

Pengadil sepatutnya membatalkan jaringan ini kerana Carew offside dan halang pandangan Fabianski
Memang tak dinafikan gol tersebut menaikkan semangat pemain-pemain Villa untuk mencari gol penyamaan dan keyakinan diri mereka bahawa mereka boleh lakukan seperti apa yang Spurs lakukan semakin bertambah. Fucking asshole punya pengadil. Walaupun mendahului Arsenal nampak struggle untuk teruskan kedudukan tersebut dan perasaan risau mulai hadir. Adakah pisang akan berbuah dua kali?

Selang empat minit kemudian Chamakh menjarakkan kembali kedudukan gol dan respon pantas sebeginilah yang tiada pada minggu lepas hingga menyebabkan kekalahan kita pada Spurs. Namun begitu, semangat Villa masih tebal dan meneruskan asakan untuk menjaringkan gol. Sekali lagi mereka berjaya merapatkan jurang gol menerusi pemain yang sama, Ciaran Clark. Terus cuak balik. Dalam cuak-cuak minit terakhir tu, Jack Wilshere berjaya confirm kan kemenangan Arsenal menerusi flying header beliau hasil bola lambungan Chamakh. Gol pertama beliau dalam perlawanan liga. Masa tamat dan jantung kembali berdegup normal.

Tiga mata penuh berjaya diperoli walaupun dengan ketiadaan ketua pasukan Cesc Fabregas adalah keputusan yang agak positif. Aku tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh LadyArse iaitu adakah Arsenal mengalami Sindrom 'Henry'. Apakah itu Sindrom 'Henry'? Dalam beberapa musim terakhir Henry bersama Arsenal, beliau telah menjadi seorang yang sangat hebat dan berpengaruh dalam pasukan sehinggakan rakan-rakan sepasukan lain tenggelam dalam bayang-bayang beliau. Ini menyebabkan setiap pemain akan sentiasa menghantar bola kepada Henry dan beberapa pemain lain gagal untuk menyerlah.

Situasi yang hampir sama mungkin sedang berlaku kini dimana setiap pemain sangat berkecenderungan untuk memberi bola kepada Fabregas walaupun beliau masih belum cukup cergas ataupun out of form untuk menghasilkan sesuatu. Pada perlawanan semalam, segalanya tidak tertumpu pada Fabregas dan hasilnya kita dapat lihat Arshavin banyak melibatkan diri dalam setiap serangan, begitu juga dengan Rosicky yang banyak memberikan inspirasi sebagai seorang ketua pasukan dan Nasri meneruskan kecermelangan beliau.

Selain itu taktik yang diguna pakai oleh Wenger agak menarik dimana ketiga-tiga attacking midfielder kita saling bertukar posisi dan ini mengelirukan pihak lawan serta gaya permainan kita tidak mudah untuk diagak. Aku perasan yang Arshavin ada ketika berada ditengah dan Rosicky disayap kiri. Kehadiran beliau disitu dapat memberi cover kepada Clichy kerana kita semua tahu Arshavin agak kurang untuk turun bertahan.

Walaupun begitu aku tak kata yang kita tak perlukan lagi khidmat Fabregas. Kita memang perlukan pemain yang berkualiti seperti beliau cuma attitude dan mindset pemain-pemain lain perlu diperbetulkan supaya tidak terlalu mengharapkan Fabregas untuk melakukan sesuatu. Sekurang-kurangnya kalau tiga mamat ni diberi kepercayaan oleh pemain untuk lakukan perkara yang sama sudah pastinya pasukan kita ni akan lebih mantap dan tekanan Fabregas sebagai sebagai kapten dan playmaker juga akan berkurangan lantas menjadikan beliau pemain yang lebih hebat dari sedia kala. 

Video Highlights

*Update - FA Cup pusingan ketiga Arsenal vs Leeds.

Monday, November 22, 2010

Masuk yang ini, sudah tiga kali Arsenal tewas ditempat sendiri. Namun buat kali ini ianya adalah yang paling menyakitkan hati kerana kita bukan sahaja tewas kepada musuh ketat iaitu Spurs, bahkan seolah-olah menyerah ditempat sendiri setelah mendahului dengan dua gol pada separuh masa pertama. Chelsea yang turut kalah ditangan Birmingham seperti tidak memberi sebarang makna.

Arsenal memulakan permainan dengan baik sekali apabila Cesc Fabregas dan Alex Song mendominasi bahagian tengah padang tanpa memberi peluang kepada Spurs untuk mencari rentak permainan yang berkesan. Hasilnya Arsenal tidak menunggu lama untuk membuka jaringan menerusi Samir Nasri dan kemudian Chamakh untuk gol yang kedua.

Oleh kerana penguasaan Arsenal yang begitu ketara, kelibat seperti Rafael van der Vaart dan Gareth Bale tenggelam dan hambar. Setelah mendahului dengan dua gol, kita bukan setakat mengawal permainan malah turut mencipta beberapa peluang lagi untuk menambah gol yang sudah pastinya akan menjatuhkan moral pasukan lawan dan menjamin kemenangan ditangan.

Pada separuh masa kedua aku menjangkakan Arsenal pasti akan menambah beberapa lagi gol berdasarkan persembahan cemerlang sebelum ini. Jangkaan tersebut meleset apabila pemain-pemain Arsenal seperti bersahaja bermain pada separuh masa kedua. Kita banyak memberi ruang untuk Spurs mencari semula rentak permainan mereka dan peluang tersebut tidak disia-siakan oleh van der Vaart dan Bale yang mencipta gol pertama buat Spurs hasil dari kelemahan barisan pertahanan kita sendiri.

Fabregas mengharapkan rakan sepasukan menunjukkan lebih komitmen untuk menang
Apa yang menyedihkan, Arsenal masih belum mahu bangkit untuk menjarakkan kembali jurang gol. Inilah yang aku sangat bimbangkan semalam kerana pasukan kita ini memang tak ada kekuatan mental jika diserang untuk gol penyamaan ataupun dalam keadaan ketinggalan. Walaupun sebelum ini Wenger ada katakan yang Arsenal sudah pamerkan kekuatan mental kerana berjaya menjaringkan gol diminit-minit akhir, namun situasi itu hanya apabila kedudukan masih lagi 0-0, bukan ketika ketinggalan. Dari keadaan selesa, terus jantung aku berdegup kencang kerana aku dapat rasakan gol penyamaan akan tiba tak lama lagi walaupun kita semua tak mengharapkannya.

Gol yang tak diundang datang juga. Semuanya bermula apabila Alex Song berjaya menggunakan kelebihan fizikal beliau untuk merampas bola dari Luka Modric namun referee hanjeng Phil Dowd menghadiahkan sepakan percuma didepan kotak penalti kepada Spurs. Secara tidak sengaja sepakan yang diambil van der Vaart tekena lengan Fabregas dan Chamakh yang menaikkan tangan masing-masing untuk mengelak bola terkena muka. Memang sah-sah la penalti dan tak boleh nak komplen apa pun. Tanpa sebarang masalah van der Vaart menjadikan kedudukan dua sama.

Suwey
Tersentak dengan gol penyamaan tersebut barulah Arsenal nampak bangkit sedikit melalui percubaan Cesc yang berjaya ditepis dan tandukan bebas Koscielny dari jarak dekat yang tersasar. Jika dihitung, Arsenal sebenarnya mempunyai lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol manakala Spurs memanfaatkan segala peluang yang ada dan gol kemenangan mereka hadir diminit-minit akhir perlawanan. Secara kasarnya Spurs bukanlah bermain dengan sangat bagus, tetapi Arsenal yang bermain sangat teruk pada seprauh masa kedua.

Setelah ketinggalan, corak permainan Arsenal menjadi kucar kacir. Setiap serangan tidak menjadi dan secara tak lansung memudahkan Spurs untuk membuat serangan balas. Kebanyakan pemain pula dilihat sudah hilang semangat melawan. Agak berlainan jika kita lihat pada setiap pasukan lawan yang cuba mencari gol penyamaan diminit-minit akhir. Spurs lansung tak perlu berhempas pulas untuk kekalkan kedudukan seperti yang terjadi pada kita ketika seri dengan Sunderland dan menang dengan Everton.

Ketika menentang Everton lagi sebenarnya kita hampir menerima nasib yang sama seperti semalam. Apa yang membezakannya adalah Everton ada mensia-siakan peluang keemasan sedangkan Spurs tidak dan tidak dinafikan agak bernasib baik apabila Fabianski berjaya membuat saves yang world class. Walaupun begitu aku tak salahkan Fabianski atas kekalahan semalam kerana bagi aku beliau tak buat kesalahan basic pun.

Arsenal sepatutnya teruskan penguasaan, gunakan peluang yang ada dan halang Spurs dapatkan rentak mereka. Walaupun Chamakh berjaya menjaringkan satu gol, agak mengecewakan juga kerana beliau tak nak buat percubaan. Dua kali Chamakh berjaya dapat bola hasil through pass tapi beliau masih mencari rakan untuk membuat hantaran. Dia ni nak kena belajar sikit tamak macam Arshavin. Walaupun tamak masih lagi assist, kira ok lah.

Aku tak tau la apa hal sebenarnya tapi keputusan untuk keluarkan Nasri bagi aku memang tak tepat. Pemain gantian yang Wenger masukkan tidak memberi sebarang impak melainkan Rosicky yang nampak jugak lah contribution beliau dalam permainan. Sekali lagi van Persie dimasukkan ketika kita ketinggalan. Sama seperti komen aku ketika tewas dengan Newcastle, ianya memang tidak sesuai. Mamat ni baru dapat main beberapa permainan, masih tiada ketajaman dalam sentuhan dan penyudahan. Sementara Walcott pula, kembali kepada penyakit takde otak beliau, tak boleh nak buat keputusan dengan baik ketika menyerang.

Berbalik kepada masalah ketahanan mental, aku terjumpa artikel Arsenal Vision yang membuat analisa masalah ini berdasarkan jumlah perlawanan kita mensia-siakan tiga mata penuh setelah mendahului. Menurut penulis artikel tersebut, ianya adalah antara sebab kenapa lima tahun Arsenal tak menang apa-apa. Aku tak pasti dengan kenyataan ni, tetapi aku tak jugak menolak ianya sedikit sebanyak menjadi penyebab. Disini aku sertakan senarai perlawanan-perlawanan tersebut.

2005/06:
1.West Brom(a) 1-0, 1-2
2.Porstmouth(a) 1-0, 1-1
3.Barcelona(n) 1-0, 1-2

2006/07:
4.Chelsea(a) 1-0, 1-1
5.Chelsea(n) 1-0, 1-2
6.PSV(h) 1-0, 1-1
7.Spurs(a) 2-1, 2-2
8.Chelsea(h) 1-0, 1-1

2007/08:
9.Blackburn(a) 1-0, 1-1
10.Sevilla(a) 1-0, 1-3
11.Newcastle(a) 1-0, 1-1
12.Birmingham(h) 1-0, 1-1
13.Birmingham(a) 2-1, 2-2
14.Chelsea(a) 1-0, 1-2
15.Liverpool(h) 1-0, 1-1
16.Liverpool(a) 2-2, 2-4*
17.Man Utd(a) 1-0, 1-2

*we didn’t lose the lead per se, but at 2-2 we were going through on away goals

2008/09:
18.Hull(h) 1-0, 1-2
19.Spurs(h) 4-2, 4-4
20.Middlesboro(a) 1-0, 1-1
21.Liverpool(h) 1-0, 1-1
22.Villa(a) 2-0, 2-2
23.Chelsea(n) 1-0, 1-2
24.Liverpool(a) 4-3, 4-4

2009/10:
25.Man Utd(a) 1-0, 1-2
26.Alkmaar(a) 1-0, 1-1
27.West Ham(a) 2-0, 2-2
28.Birmingham(a) 1-0, 1-1
29.Barcelona(a) 1-0, 1-4
30.Wigan(a) 2-0, 2-3
31.Blackburn(a) 1-0, 1-2

2010/11:
32.Sunderland(a) 1-0, 1-1
33.Shakhtar(a) 1-0, 1-2
34.Spurs(h) 2-0, 2-3

Secara keseluruhannya dalam lima tahun ini, sebanyak 34 perlawanan kita gagal mengekalkan kedudukan mendahului untuk mendapatkan kemenangan. Adakah ini normal kepada Man Utd dan Chelsea yang menjadi juara liga dalam lima tahun ini? Aku tak rasa pasukan yang ada mentaliti sebagai juara seperti mereka mempunyai rekod 'baik' seperti diatas.

Tiada apa yang positif pun kita dapat dari perlawanan semalam dan sememangnya sangat mengecewakan. Tiada lagi alasan yang boleh diberikan dengan persembahan buruk sebegitu. Mereka ni memang tak pernah nak belajar dari kesilapan dan kata-kata 'kita akan belajar dari kesilapan' dan tak boleh diguna pakai oleh Wenger lagi. Apa yang dapat dihuraikan aari apa yang kita lihat semalam, set pemain yang Arsenal adalah sekarang adalah tidak cukup bagus. Hanya itu saja ungkapan yang sesuai bila dihimpun antara no comitment, lack of urgency, resilient, focus etc.

Tak perlulah kita nak menyalahkan individu kerana ini adalah permainan berpasukan. Terpulang kepada Wenger untuk mengubah nasib pasukan kita ini. Tindakan drastik perlu diambil tak kiralah melibatkan sebarang polisi mahupun kepada penjualan pemain. Bagi aku, walau apa pun terjadi aku tetap memberi sokongan kepada Arsenal. Gooner till I die.

Video Highlights

Tuesday, November 16, 2010



Tevez dan Ferdinand tak tahan nak tunggu game abis.. atas padang pun boleh.. haha

Monday, November 15, 2010

Seperti yang dijangka, bermain menentang Everton di Goodison Park bukanlah mudah untuk Arsenal dan tiga mata yang kita perolehi semalam sangat bermakna apabila Chelsea tewas ditempat sendiri ditangan Sunderland. Ini menjadikan jarak dengan tempat pertama hanya tinggal dua mata sahaja dengan Man Utd turut mengekori rapat dari belakang.

Pada pandangan aku, kedua-dua pasukan beraksi dengan baik, dari barisan pertahanan hinggalah penyerang. Perlawanan nampak seimbang namun yang membezakannya adalah Arsenal menggunakan peluang dengan sebaik mungkin untuk menjaringkan gol sementara Everton pula gagal menyempurnakan peluang keemasan terutama sekali apabila tandukan bebas Tim Cahill tersasar dan tolakan Jack Rodwell melambung keatas.

Arshavin yang bermain dengan baik ketika menentang Wolves turut nampak bersemangat kali ini namun gagal untuk membuat rembatan tepat kearah pintu gol Everton. Walaubagaimanapun, semangat berpasukan yang beliau pamerkan berjaya membuahkan hasil apabila bertindak mengejar bola muntah rembatan Nasri dan menghantarnya kepada Sagna untuk gol pertama Arsenal. Tahniah juga kepada Sagna yang menjaringkan gol kedua dalam karier bersama Arsenal. Kali terakhir beliau menjaringkan gol adalah pada 106 perlawanan yang lepas.

Pada separuh masa kedua Arsenal membuat pertukaran taktikal apabila mengeluarkan Jack Wilshere dan memasukkan Denilson. Pertukaran tersebut merupakan pilihan yang bijak apabila Denilson mempamerkan persembahan yang tidak menghampakan dimana beliau turut terlibat dalam gerakan cantik yang menghasilkan gol kedua menerusi ketua pasukan Cesc Fabregas. Nasib agak baik buat Fabregas kerana tidak mengalami kecederaan apabila Distin secara tidak sengaja terpijak kaki beliau.

Gol pertama buat Fabregas dalam lapan perlawanan liga musim ini
Walaupun ketinggalan dua gol Everton masih tidak berputus asa apabila masih menghasilkan gerakan-gerakan serangan yang merbahaya. Sesungguhnya mereka berkemampuan untuk bangkit dari ketinggalan seperti yang mereka lakukan ketika menentang Man Utd namun Squillaci dan Djourou beraksi dengan baik untuk mengekang serangan berbahaya Everton. Sekarang barulah kita nampak kebolehan sebenar Djourou setelah bebas dari masalah kecederaan dan dapat menjumpai rentak permainan sebenar.

Lukasz Fabianski pula semakin berjaya dalam misi untuk menjadi penjaga gol terbaik di liga perdana apabila meneruskan aksi cemerlang mengawal gawang Arsenal. Sekali lagi Arsenal berjaya memperoleh kemenangan hasil dari ketangkasan beliau menepis bola terutama sekali menerusi percubaan Jermaine Beckford dan Louis Saha. Menurut OptaJoe, Fabianski mempunyai nisbah saves-to-shots sebanyak 83%. Ianya merupakan yang kedua terbaik dalam Liga Perdana Inggeris dibelakang Petr Cech iaitu sebanyak 85%.

Sementara itu Nicklas Bendtner yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan kontroversi untuk berpindah dari Stadium Emirates jika tidak dapat bermain selalu lansung tidak tersenarai dalam skuad Arsenal. Difahamkan ianya kerana beliau mengalami 'kecederaan'. Mungkin ianya sama dengan 'kecederaan' yang dialami oleh Almunia buat masa ini. Kita semua tahu Wenger bijak menipu media untuk mengekalkan keharmonian bilik persalinan Arsenal.

Apa-apa pun diharap Bendtner dapat bersabar dan terus berjuang untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama seperti yang beliau katakan sendiri beberapa minggu lepas. Beliau merupakan alternatif yang baik buat The Gunners dan kita tidak mampu untuk kehilangan seorang lagi penyerang dikala masalah kecederaan pemain Arsenal yang tidak menentu sekarang.

Video Highlights

Friday, November 12, 2010

Arsenal.com hari ini melaporkan bahawa Wojciech Szczesny telah menandatangani kontrak baru untuk terus bersama The Gunners dalam jangka masa yang panjang. Walaupun tidak dinyatakan di dalam laman rasmi itu, kontrak tersebut dipercayai akan mengikat Szczesny bersama Arsenal selama lima tahun lagi, menurut laporan Mirror Football.

Szczesny bakal mendapat peluang beraksi dalam perlawanan Carling dan FA Cup musim ini
Berikutan itu Arsene Wenger dipetik berkata:
We are delighted to secure the long-term future of Wojciech, who we regard as a very important part of our Club's future. We have all seen his huge potential, both in training and in the matches that he has played for us, so we look forward to seeing him develop further in the coming years.

Sementara Szczesny pula:
I would just like to thank everyone that has helped me get this far, especially Liam Brady, Roy Massey and all his staff at the Hale End Academy. Also Neil Banfield, Steve Bould, all the backroom staff, Arsène Wenger, everyone at Brentford that helped me kick-on last season and all my team-mates here at Arsenal and, of course, my family.

Wojciech Szczesny berumur 20 tahun dan berketinggian 6 kaki 5 inchi mula menyertai Arsenal sejak tahun 2006. Beliau merupakan anak kepada bekas penjaga gol kebangsaan Poland, Maciej Szczesny. Pada November 2009, Szczesny mengikut jejak langkah bapa beliau apabila membuat penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan Poland. Dalam perlawanan persahabatan tesebut, Poland menewaskan Canada 1-0.

Szczesny sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila membuat kenyataan media setelah difahamkan beliau tidak berpuas hati dengan peluang untuk bermain bersama Arsenal yang dilihat sangat terhad walaupun dikatakan bakal menjadi penjaga gol utama The Gunners pada masa akan datang. Mungkin kenyataan tersebut dilakukan untuk mengingatkan Arsenal supaya memandang karier beliau dengan lebih serius tambahan pula kontrak asal beliau tamat pada penghujung musim ini.

Dengan 'kecederaan' yang dialami oleh Almunia sekarang, Fabianski telah diberi tugas sebagai penjaga gol utama dan Szczesny sebagai penjaga gol kedua lantas memberi lebih banyak peluang untuk beliau buktikan kebolehan pada perlawanan Carling dan FA Cup. Boleh jadi juga ini merupakan petanda bahawa musim ini adalah yang terakhir untuk Almunia bersama The Gunners.

Thursday, November 11, 2010

Agak rugi juga tak dapat tengok match semalam yang mendebarkan secara lansung. Arsenal yang dalam misi menebus maruah setelah kalah dua kali berturut-turut bermain dengan baik dan bersungguh-sungguh sekali. Ternyata jika pasukan kita ini bermain dengan rentak semalam, sudah pasti gelaran juara berada dalam genggaman. Tapi biasalah bila dalam situasi yang terdesak macam ni baru nak tunjukkan kesungguhan.

Setiap pemain mestilah ada kesedaran seperti ini pada setiap perlawanan dan tidak hanya memberi respon bila diperlukan sahaja. Selalu kita lihat Arsenal memulakan permainan dengan bersahaja. Bak kata Wenger tempoh hari, Arsenal lack of urgency. Namun semalam Arsenal terus mengasak sebaik perlawanan dimulakan dan inya berhasil apabila Chamakh berjaya menanduk masuk bola hantaran lintang dari Alex Song. Ianya dijaringkan dalam masa 37 saat masa bermula dan yang terpantas musim ini.

Chamakh telah menjaringkan 7 gol setakat ini
Arshavin yang menunjukkan kesungguhan pada perlawanan minggu lepas turut mengekalkan semangat beliau apabila turut mempunyai peluang menjaringkan gol apabila hanya berada dalam posisi satu lawan satu dengan penjaga gol Wolves. Selain itu satu rembatan leret beliau terkena tiang gol. Alangkah baiknya jika Arshavin boleh mengekalkan cara permainan sebegini pada setiap perlawanan.

Sesungguhnya aku rindu dengan persembahan Arshavin dua musim lepas. Lagi-lagi ketika beliau menjaringkan empat gol menentang Liverpool. Rasa macam dia boleh kembalikan feel masa zaman Henry dulu. Tetapi malangnya sejak musim lepas, mutu permainan beliau menurun dari apa yang kita lihat sebelum itu. Namun begitu aku tak pastilah jika ianya disebabkan oleh kecederaan yang beliau alami berlarutan atau ianya hanya sekadar alasan.

Seperti yang dijanjikan Wenger, Fabregas juga turut mempamerkan aksi yang jauh lebih baik ketika menentang Newcastle pada Ahad lalu. Beliau turut mempunyai dua peluang untuk menjaringkan gol yang mana satu ditampan penjaga gol dan satu lagi hanya sedikit tersasar. Sekali lagi Fabregas membuktikan komitmen tiada tolok bandingnya kepada Arsenal dan secara tidak lansung menyangkal pendapat sesetengah penyokong bahawa beliau sudah tawar hati bermain untuk The Gunners.

Aku faham ada sebilangan dari kita yang meragui ketua pasukan kita ini apabila beliau dilihat tidak beraksi sebaik musim lepas. Apatah lagi setelah kontroversi yang ditimbulkan ketika musim perpindahan pemain yang lepas. Namun seperti yang kita dapat lihat juga, beliau akan kembali dengan aksi yang lebih baik untuk menyangkal semua tanggapan tersebut.

Secara jujurnya sekarang, aku relakan pemergian ketua pasukan kita ini jika beliau berhasrat untuk menggapai kejayaan bersama pasukan lain. Sebagai penyokong, aku hormati keputusan tersebut dan sentiasa menyokong karier bolasepak beliau. Bagi aku, kalau Fabregas seorang saja yang bagi komitmen 110% dipadang sedangkan pemain lain tidak, alamatnya 10 tahun akan datang pun belum ada piala dalam kabinet piala Stadium Emirates.Mentaliti ini seharusnya diperbetulkan kerana jika Fabregas tidak dapat beraksi dengan baik atas sebab-sebab tertentu, pemain lain pula harus tampil untuk memberi impak kepada rentak permainan Arsenal.

Berbalik kepada perlawanan pagi semalam, bukan sahaja barisan tengah yang nampak hidup dan barisan serangan yang tajam sahaja harus dipuji, malah barisan pertahanan juga tidak kurang hebatnya mengekang serangan pihak lawan tambah-tambah lagi ketika dipenghujung perlawanan. Walaupun Wolves merupakan pasukan bawahan, mereka tetap memberi tentangan hebat seperti yang telah mereka pamerkan ketika menentang Chelsea dan Man Utd tempoh hari.

Akhir sekali aku nak ucapkan tahniah kepada Fabianski yang turut sama memberi respon yang baik kali ini setelah kesilapan beliau yang membuatkan Arsenal dimalukan Newcastle ditempat sendiri. Nampaknya baju pink yang dipakai kali ini memberikan tuah kepada beliau. Jika bukan kerana aksi cemerlang beliau menyelamatkan bola, sudah pasti keputusan semalam tidak akan sama dan situasi Arsenal mungkin akan menjadi lebih teruk jika tewas sekali lagi.

Bak kata arseblog pula, ianya persembahan terbaik Fabianski untuk Arsenal setakat ini. Bukan hanya kerana berjaya menyelamatkan bola tetapi beliau nampak kuat, tegas dan berkomunikasi dengan baik dengan barisan pertahanan. Beliau tidak hilang kepercayaan diri dan tidak membiarkan kesilapan minggu lepas menghantui diri. Walaubagaimanapun, ianya terpulang kepada beliau untuk mengekalkan konsistensi ini.

Video Highlights

Tuesday, November 9, 2010

Yeah, satu lagi perlawanan yang amat mengecewakan dan ini merupakan kekalah ketiga Arsenal dalam perlawanan liga musim ini. Dua daripadanya pula merupakan kekalah ditempat sendiri dengan pasukan yang baru promote ke Liga Perdana. Ini bermakna Arsenal telah mensia-siakan enam mata yang sepatutnya diperolehi dengan mudah lantas tanda-tanda untuk menjadi juara liga musim ini nampak semakin sukar.

Mungkin terlalu awal untuk mengatakan peluang Arsenal sudah pudar. Orang boleh berkata masa masih panjang dan kemungkinan pasukan pencabar lain untuk kehilangan mata juga ada, seperti kekalahan Chelsea kepada Liverpool yang membuatkan perbezaan jurang tidak begitu ketara namun ianya hanya diatas kertas. Hakikatnya, jika Arsenal tidak pernah belajar dari kesilapan serta dengan pemainnya masih dengan sikap yang sama, maka sukanya aku katakan kita takkan menang atau layak untuk bergelar juara liga.

Sememangnya tiada lagi alasan yang munasabah untuk Wenger berikan berkenaan persembahan anak buah beliau dan sudah banyak kali kita dengar prof katakan mereka akan belajar dari kesilapan setiap kali mendapat keputusan yang mengecewakan. Namun apa yang kita nampak sekarang, mereka ini sebenarnya tidak pernah belajar dari kesilapan. Mana taknya, baru beberapa hari cakap dah belajar, hujung minggu buat balik. Apa bebal sangatkah diorang ni?

Kesilapan individu kedua buat Fabianski musim ini
Kesilapan yang dimaksudkan adalah kesilapan individu serta persembahan yang teruk dan tidak bermaya secara keseluruhannya. Kalau beberapa hari lepas Clichy membuat kesilapan individu, kali ini giliran Fabianski pula walaupun telah banyak membuat peningkatan semenjak menjadi penjaga gol utama. Beliau keluar untuk cuba mendapatkan bola namun percubaan beliau lemah, timing tidak kena dan usaha Carroll yang bersungguh-sungguh membuahkan hasil. Newcastle menjaringkan gol pada percubaan kearah gol yang pertama dalam perlawanan tersebut.

Tidak dinafikan kesilapan Fabianski menjadi penyebab kekalahan semalam namun beliau tidak boleh lah dipersalahkan sepenuhnya. Ini kerana bolasepak adalah permainan berpasukan dan setiap pemain mempunyai kebarangkalian untuk membuat kesilapan. Memang sudah seperti menjadi kebiasaan Arsenal akan melepaskan gol akan tetapi mana perginya semangat juang pemain-pemain lain? Dari penjaga gol hinggalah penyerang, semuanya teruk. Seperti sebelumnya, Arsenal tiada fokus, konsentrasi, urgency, kreativiti dan penyudahan yang baik.

Chamakh tumpul dibarisan hadapan dan positioning beliau juga agak teruk. Setiap kali bola dihantar kehadapan atau ketengah, beliau tidak berada di kedudukan yang membolehkan beliau membuat penyudahan. Di bahagian sayap, Nasri tiada kreativiti manakala kelajuan Walcott tidak memberikan sebarang impak. Sementara Fabregas pula hilang kreativiti dan melakukan hantaran yang tidak tepat. Ini merupakan persembahan terburuk beliau sejak 2006 apabila hanya 67% hantaran beliau sampai ke destinasi yang betul.

Persembahan teruk Fabregas mengembalikan rasa sangsi sesetengah penyokong Arsenal terhadap komitmen ketua pasukan ini terhadap Arsenal. Bagi aku, persembahan beliau semalam tiada kena mengena dengan komitmen tetapi ianya lebih kepada tiada form. Tiada pemain yang sentiasa bermain dengan cemerlang dalam tiap-tiap perlawanan. Apa yang membimbangkan adalah apabila ketua pasukan bermain teruk, seluruh pasukan turut sama mengikut rentak kerana Fabregas dilihat sebagai ketua yang memimpin melalui tauladan.

Manakala dibarisan pertahanan, Laurent Koscielny dilayangkan kad merah kedua beliau setakat ini apabila beliau menarik Nile Ranger dari membuat larian terus kedalam kotak penalti Arsenal. Terdapat sedikit kontroversi terhadap keputusan pengadil tersebut setelah Ranger dilihat jatuh sedikit lambat apabila ditarik Koscielny. Mungkin beliau berlakon atau mungkin juga tarikan tersebut menyebabkan beliau hilang imbangan. Apa-apa pun Arsenal telah membuat rayuan terhadap kad merah tersebut.

Sementara itu, keputusan Wenger membawa masuk van Persie juga dipersoal ramai kerana penyerang Belanda itu baru saja pulih dari kecederaan dan tidak bermain pada perlawanan pemanas badan skuad simpanan sebelum ini. Jadi bagaimana Wenger boleh berharap kepada van Persie untuk memberi impak sedangkan beliau perlu mencari rentak permainan dahulu? Agak hairan juga apabila Arshavin yang sebelum ini bersahaja nampak lebih bertenaga dan bersungguh-sungguh kali ini namun tiada bezanya jika pemain lain seperti sudah mengalah.

Mungkin juga Arsenal tidak bertuah kerana dua percubaan terkena palang serta percubaan cantik Nasri berjaya diselamatkan dengan cemerlang oleh Tim Krul. Namun kita tidak seharusnya bergantung kepada tuah sahaja kerana kadang-kala ianya tidak memihak kepada kita. Tiada pasukan yang boleh beraksi dengan cemerlang pada setiap perlawanan. Apa yang penting ialah, bila tidak bermain dengan baik, kesilapan individu haruslah dielakkan dan peluang yang ada tidak haruslah dipersia-siakan.

Dengan rasa kecewa dan hampanya aku akhiri penulisan kali ini dengan berpendapat bahawa agak sukar Arsenal menjadi juara liga musim ini dengan persembahan yang tidak menentu sebegini dan hanya keajaiban sahaja yang mampu merealisasikan impian kita semua.

Video Highlights

Sunday, November 7, 2010

Pemain left-back Aston Villa ini mengakui peluang beliau untuk menjadi pengganti Ashley Cole sebagai left-back England terjejas dengan kemunculan Keiran Gibbs. Warnock nampak akan potensi besar Gibbs dan percaya beliau merupakan pengganti yang sesuai kepada Cole yang telah menyamai rekod Kenny Sansom, juga bekas lagenda Arsenal, sebagai left-back yang paling banyak membuat penampilan untuk England iaitu 86 penampilan.

Gibbs baru membuat satu penampilan bersama skuad senior England
Menurut laporan TEAMtalk, Warnock juga menerangkan Gibbs mempunyai bakat hebat yang mana akan mengambil alih tempat Cole dalam jangka masa panjang. Gibbs dikatakan mempunyai kemampuan teknikal dan kelajuan yang hampir sama dengan Cole dan disebabkan itu jika England mengharapkan left-back mereka dapat mengekalkan ciri-ciri ini, maka Gibbs adalah calon yang sesuai jika Cole bersara kelak.

Warnock dipetik berkata:
I'm not ruling myself out but, when you see that type of player coming through, you have to hold your hands up and say there's going to be a better player in front of you. I don't know whether that's now or in the next couple of years. That's not my choice to make. But Kieran is more than capable of playing at that level.

Kesian pulak aku ngan Warnock ni, cepat sangat nak mengalah. Memang benar Gibbs mempunyai kemampuan teknikal dan kelajuan yang hampir sama dengan Cole. Kedua-dua nya lepasan akademi bolasepak Arsenal yang sudah pastinya menjalani latihan yang sama. Akan tetapi jika selalu cedera saja, macam mana beliau nak mengembangkan bakat yang ada dan oleh itu Warnock mungkin masih lagi berpeluang dalam dua atau tiga tahun lagi.

Pada 4 November lepas, Young Guns Blog telah melaporkan Guus Hiddink telah terbang ke London untuk meyakinkan OÄŸuzhan Özyakup, menukar pasukan kebangsaan beliau daripada Holland kepada Turki. Sebelum ini Ã–zyakup telah menolak cadangan untuk mewakili Turki, namun kini akan mempertimbangkannya kembali selepas berbincang dengan pengurus kebangsaan Turki tersebut.

Özyakup merupakan bekas pemain remaja AZ Alkmar
Kedatangan Hiddink juga adalah untuk meyakinkan beberapa pemain berketurunan Turki yang berpotensi besar setelah Persatuan Bola Sepak Turki mengeluarkan senarai tersebut minggu lepas. Ã–zyakup yang merupakan ketua pasukan Holland bawah 19 tahun disenaraikan bersama pemain muda Chelsea, Gokhan Tore dan pemain Portsmouth, Nadir Ciftc.

Media di Turki percaya Hiddink telah menyusun plan untuk Ã–zyakup yang mana kontrak beliau akan tamat pada penghujung musim ini. Plan tersebut dijangka akan melihat Ã–zyakup berpindah ke pasukan bekas bimbingan Hiddink iaitu PSV pada musim panas akan datang dimana beliau dapat memantau perkembangan prospek pemain tengah tesebut.

Walaubagaimanapun, pemain yang baru berusia 18 tahun itu mengakui tidak tahu menahu berkenaan perpindahan ke PSV, tetapi mengetahui bahawa Hiddink akan datang berjumpa dengan beliau. Ã–zyakup dipetik berkata:
I felt honored by his visit, but you should not draw conclusions from it. I’ve been playing with the Dutch teams for years and I am very happy. Any choice between the Netherlands and Turkey has not yet been addressed. Right now I focus me on Arsenal. My contract expires at the end of the season I would first like to sort out my future.

Pada ketika ini, perbincangan untuk melanjutkan kontrak beliau agar kekal di Stadium Emirates masih lagi diperingkat awal. Kalau Hiddink pun boleh nampak potensi pemain muda ni, lebih baik dipercepatkan proses pelanjutan kontrak sebab kalau lambat karang, pasukan lain pulak yang kebas. Mana la tau masa akan datang boleh jadi macam Mesut Özil jugak.

Friday, November 5, 2010

Hasrat untuk layak lebih awal tidak menjadi kenyataan apabila Arsenal gagal mendapat sebarang mata pada perlawanan pagi tadi. Jika dilihat pada barisan yang diturunkan, hanya Craig Eastmond sahaja pemain yang tidak begitu berpengalaman. Maka satu mata yang diharap-harapkan sepatutnya tidak mendatangkan masalah buat barisan pemain yang boleh dikatakan berkemampuan ini.

Walcott mengena sasaran sekali lagi
Arsenal bermula dengan baik apabila membuka jaringan seawal minit ke-10 apabila Theo Walcott membuat larian pantas yang tidak terkejar oleh pemain lawan melalui gerakan serangan balas dan beliau yang hanya berdepan dengan penjaga gol dengan mudah menyepak masuk kedalam gawang lawan. Jaringan a la Thierry Henry itu merupakan yang ketujuh dalam lapan penampilan beliau setakat ini.

Namun The Gunners dilihat hilang fokus dan konsentrasi apabila membenarkan pasukan tuan rumah menguasai kembali perlawanan melalui percubaan-percubaan berbahaya terutama sekali menerusi Dmytro Chygrynskiy yang sentiasa naik keatas pada situasi bola mati. Chygrynskiy hampir menyamakan kedudukan tetapi tandukan beliau terkena tiang dan satu lagi percubaan didepan pintu gol berjaya ditepis dengan baik oleh Fabianski.

Tidak lama kemudian hasil usaha keras Chygrynskiy berhasil juga apabila tandukan beliau terkena Eastmond lantas menerjah gawang Arsenal. Timbul persoalan disini kenapa Eastmond yang tidak berpengalaman dan tidak mempunyai susuk tubuh yang tegap ditugaskan mengawal Chygrynskiy yang sentiasa nampak berbahaya itu? Kenapa tidak Squillaci atau Djourou yang mengawal pemain tersebut?

Pasukan tuan rumah perlu berterima kasih dengan Gael Clichy diatas kelalaian beliau menjalankan tugas bertahan dengan baik. Beliau dengan mudah berubah menjadi hero minggu lepas kepada zero pada pagi tadi. Clichy pada mulanya dilihat dapat mengawal situasi namun tiba-tiba sahaja hilang fokus yang membenarkan Dario Srna melorongkan bola ketengah untuk disudahi dengan mudah oleh Eduardo.

Nampaknya Clichy tidak pernah belajar dari kesilapan kerana ini bukan kali pertama kesilapan seperti ini berlaku dan apabila berlaku, ianya benar-benar menghukum Arsenal. Wenger seharusnya mempertimbangkan untuk menurunkan Gibbs jika beliau pulih agar ianya dapat memberikan saingan yang sihat demi kebaikan Clichy sendiri supaya sentiasa fokus dan tidak mengulangi kesilapan seperti ini lagi.

Pada separuh masa kedua, Arsenal kembali menguasai permainan serta mempunyai dua peluang keemasan masing-masing menerusi Jack Wilshere dan Sebastian Squillaci sementara beberapa percubaan Theo Walcott lansung tidak mendatangkan masalah buat penjaga gol Shakhtar. Kedudukan kekal hingga tamat masa permainan.

Dalam temubual selepas perlawanan tamat, Arsene Wenger menyalahkan anak-anak buah beliau kerana tidak fokus dan kurang konsentrasi yang secara tidak lansung menyebabkan mereka melakukan kesilapan. Sememangnya masalah fokus dan konsentrasi ini memang dari dulu lagi dikenal pasti menjadi penyebab kegagalan Arsenal dalam meraih apa-apa kejuaraan. Entah bila agaknya mereka ini akan belajar. Alasan umur tidak boleh dipakai lagi kerana mereka sudah didedahkan dari awal lagi.

Dari sudut positifnya, Theo Walcott dilihat semakin berkeyakinan didepan gol dan dengan penyudahan yang baik serta kelajuan yang ada, tidak mustahil beliau akan menjadi pemain bertaraf world class setanding Ronaldo dan Messi suatu hari nanti. Itu pun jika beliau tidak dibebani dengan masalah kecederaan yang berlarutan. Sementara itu, Lukasz Fabianski meneruskan persembahan baik beliau dan tidak melakukan sebarang kesilapan walaupun melepaskan dua gol.

Secara keseluruhan, masih terlalu awal untuk kita bimbangkan tentang kemampuan Arsenal untuk pergi jauh dalam Liga Juara-juara Eropah kerana masih ada lagi dua perlawanan yang memerlukan satu mata sahaja untuk The Gunners layak pada pusingan kalah mati. Keputusan yang baik pada tiap-tiap perlawanan peringkat kumpulan tidak bermakna sesebuah pasukan itu akan menjadi juara.

Video Highlights

Thursday, November 4, 2010

Pengurus kebangsaan Holland, Bert van Marwijk telah meletakkan nama Robin van Persie kedalam senarai awal 24 pemain Holland bagi menghadapi Turkey pada perlawanan persahabatan 17 November ini di Amsterdam walaupun penyerang tersebut masih lagi belum pulih dari kecederaan sepenuhnya.

van Marwijk telah hilang akal setelah tewas pada perlawanan akhir Piala Dunia lepas
Namun begitu, bukan van Persie seorang sahaja yang dipanggil untuk mewakili pasukan kebangsaan walaupun masih tercedera. Mereka yang lain adalah Dirk Kuyt, Khalid Boulahrouz, Wout Brama, Eljero Elia, Theo Janssen, Ruud van Nistelrooy serta menantu beliau sendiri, Mark van Bommel.

Berita ini sudah pastinya tidak menyenangkan pengurus-pengurus pasukan yang terlibat dan tidak ketinggalan juga Arsene Wenger yang baru saja bulan lepas menegaskan bahawa van Persie lansung tidak mempunyai peluang untuk bermain dalam perlawanan persahabatan tersebut. 

Tindakan van Marwijk ini sangat tidak masuk akal kerana jika difikirkan secara logik, tidak perlulah mengambil risiko memanggil pemain yang cedera untuk bermain hanya dalam perlawanan persahabatan yang bukanlah penting sangat pun. Tambahan pula van Persie memang mempunyai kecenderungan untuk cedera yang tinggi. Beliau sepatutnya dibiarkan untuk pulih sepenuhnya dahulu. 

Jika tercedera lagi, KNVB bukan sahaja tidak menanggung segala perbelanjaan untuk memulihkan van Persie malah Arsenal juga terpaksa membayar gaji pemain tersebut yang terpaksa berehat panjang. Ini sangat merugikan Arsenal kerana tidak dapat menggunakan khidmat van Persie sepenuhnya sedangkan gaji yang dibayar agak tinggi. Diorang ingat Arsenal ni tempat rehab pemain cedera ke apa?

Pada musim lepas van Persie terpaksa berehat panjang setelah tercedera ketika membuat penampilan bersama Holland menentang Itali pada perlawanan persahabatan yang juga berlansung pada bulan November. Berikutan dengan kecederaan tersebut van Persie hanya mampu membuat 20 penampilan bersama Arsenal dan menjaringkan 10 gol.

Wednesday, November 3, 2010

Samir Nasri hari ini dinamakan sebagai PFA Fans' Player of the Month untuk bulan Oktober dengan mengenepikan pemain seperti Rafael van der Vaart dan Carlos Tevez yang dilihat turut beraksi dengan cemerlang untuk kelab masing-masing pada bulan lepas.

Nasri telah menjaringkan 7 gol dalam 12 perlawanan setakat ini
Nasri telah menjaringkan tiga gol dalam lima perlawanan setakat ini dan turut hampir menjaringkan gol yang akan sentiasa diperkatakan ketika perlawanan menentang West Ham tempoh hari. Pada perlawanan tersebut beliau telah mengambil sepakan percuma jarak jauh dengan kencang tanpa melakukan larian yang jauh ataupun sedikit kebelakang namun sayangnya ia sedikit tinggi dan hanya menggegarkan palang gol.

Arsene Wenger sebelum ini telah memuji Nasri sebagai 'dream player' yang mana beliau telah mempamerkan peningkatan dalam prestasi permainan sejak berpindah ke Stadium Emirates pada musim panas 2008. Menurut kajian Wenger, Nasri mempunyai segala kualiti dan ditambah pula dengan permainan efisyen yang dipamerkan sejak kebelakangan ini, ia menjadikan beliau seorang pemain yang hebat.

Seperti yang diterbitkan Arsenal.com, Wenger dipetik berkata:
He scores goals, he gives assists, he can go one against one, he can pass - he is all that you dream to have as a football player. I am convinced Samir is a better player than when he came here because he is more efficient in creating chances. In the final balls, his vision has improved and he is quicker playing forward. At 23 years old, your career starts at the top level and he is becoming more efficient. I think he has become stronger. He is quite a complete player because he can run with the ball, he is quick and he is a clinical finisher now. I believe we have a great player in him now.

Akhirnya aku telah menerima bungkusan dari AFCSM (Arsenal Football Club Supporter of Malaysia) yang mengandungi kad ahli rasmi, t-shirt dan pelekat kereta. Aku mendaftarkan diri dengan bayaran RM50 ketika menyertai gathering yang dianjurkan AFCSM di Eckywobee Sport Cafe sewaktu perlawanan pembukaan liga menentang Liverpool tempoh hari.

Bukan bungkusan sebenar
Sesungguhnya aku merasa bangga menjadi ahli rasmi yang berdaftar tambahan pula AFCSM memang diiktiraf oleh Arsenal FC sebagai kelab penyokong rasmi di Malaysia. Ini merupakan langkah pertama aku sebagai tanda memberi sokongan terhadap Arsenal yang mana langkah seterusnya aku akan menjejakkan kaki di Stadium Emirates pulak suatu hari nanti. Insyallah.

Ahli yang ke 250
Faedah menjadi ahli:
  • Potongan harga dan tawaran pada barang-barang Arsenal Fan Club Supporters
  • Akses untuk ticket perlawanan Arsenal di Stadium Emirates
  • Tawaran istimewa pada barang-barang Arsenal dari Arsenal UK
  • Akses pada faedah eksklusif, aktiviti, majlis dan pertandingan yang dianjurkan oleh AFCSM
  • Penyertaan pasukan bola sepak/futsal Arsenal Malaysia

Kepada sesiapa yang ingin turut mendaftar sebagai ahli silalah lawat:
http://www.arsenalmy.com/ - laman rasmi AFCSM