Sunday, October 31, 2010

Seperti yang dijangka perlawanan menentang pasukan bawahan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana tekanan adalah lebih kepada Arsenal dimana tiga mata penuh adalah satu kemestian untuk perlawanan seperti ini berbanding West Ham yang berada di kedudukan tercorot. Bagi mereka, keputusan seri sudah cukup memadai apabila menentang lawan yang kuat seperti Arsenal.

Sejak dari sepak mula Arsenal mengekalkan corak permainan pantas bagi memburu gol awal namun sayangnya taktik ini kurang berkesan kerana hantaran-hantaran yang dilakukan kurang kemas. Walaupun begitu Arsenal masih mampu mencipta gerakan-gerakan menarik yang hampir membuahkan hasil namun semuanya berjaya dihalang oleh Rob Green yang mempamerkan aksi world class dalam menyelamatkan bola. 

Selain itu, tiang gol juga menjadi penyelamat buat West Ham apabila sepakan percuma jarak jauh Samir Nasri menggegarkan palang dan rembatan Theo Walcott terkena tiang gol. Kedegilan barisan pertahanan West Ham akhirnya berakhir pada minit ke-88 apabila flying header Alex Song menghancurkan kekebalan kubu mereka hasil hantaran lintang Gael Clichy.

Clichy dan Song memusnahkan kekebalan benteng pertahanan West Ham
Secara keseluruhannya persembahan semalam adalah tidak setajam seperti ketika menentang Man City dan Newcastle tempoh hari namun apa yang pentingnya Arsenal masih mampu menang. Tiada pasukan yang mampu mempamerkan aksi terbaik mereka setiap perlawanan. Bila bercakap tentang aksi terbaik, aku maksudkan pertahanan yang terancang, hantaran yang kemas dan penyudahan yang tepat.

Kita hanya boleh mengharapkan mereka melakukan yang terbaik namun tidak semua form pemain berada di puncak. Ianya bergantung kepada ketahanan mental pemain itu sendiri. Apabila mereka tidak dapat mempamerkan aksi terbaik, sudah pasti peluang untuk menjaringkan gol akan berkurangan. Apa yang aku nak tekankan adalah, untuk menang, Arsenal tidak boleh mensia-siakan peluang jika ada.

Sebagai contoh yang boleh kita lihat, ketika Chelsea menewaskan Wigan 2-0 tidak lama dulu. Persembahan mereka tidak menarik dan bersahaja namun masih mampu menang. Begitu juga ketika Manchester United menjadi juara pada musim-musim terdahulu. Bukan semua perlawanan mereka mempamerkan aksi terbaik tetapi masih mampu menang dan menjadi juara.

Berbalik pada Arsenal, barisan tengah agak kurang berkesan terutama sekali Fabregas dan Denilson. Seperti yang aku terangkan, form pemain tidak sentiasa berada di puncak dan ternyata form Fabregas menurun semalam, mungkin dipengaruhi kecederaan hamstring beliau sebelum ini. Akan tetapi, persembahan Arshavin agak mengecewakan apabila mensia-siakan beberapa peluang pada perlawanan semalam.

Berbeza dengan Fabregas, sejak tiga atau empat perlawanan sebelum ini lagi persembahan Arshavin agak tumpul namun ianya boleh dimaafkan memandang beliau ada melibatkan diri dalam gerakan mencipta gol seperti ketika menentang Man City tempoh hari. Walaubagaimanapun, kali ini beliau tidak menyumbang apa-apa untuk pasukan malah turut melepaskan peluang untuk menjaringkan gol.

Sementara dibarisan pertahanan, segalanya nampak lebih terancang dan mantap lebih-lebih lagi dengan kehadiran Laurent Koscielny setelah pulih dari kecederaan. Beliau melihatkan kemajuan pada setiap permainan dan agak menarik bila kita dapat lihat beliau pandai membaca gerak langkah lawan yang menyukarkan pemain lawan untuk melepasi beliau dalam situasi satu lawan satu.

Perlawanan kali ini turut menguji Lukasz Fabianski sekali lagi namun dalam aspek yang berbeza. Ketika menentang Man City, Fabianski diuji dengan mempamerkan aksi menyelamatkan bola menerusi serangan berbahaya City namun semalam beliau diuji agar kekalkan fokus supaya tidak melakukan kesilapan apabila West Ham sekali-sekala melakukan serangan. Kalau dulu Fabianski dikatakan kurang berkomunikasi dan mengarah menjadi punca persembahan teruk beliau, namun semalam kita dapat melihat beliau menarik baju Fabregas supaya berada di posisi yang beliau mahukan dan keputusan tersebut adalah tepat kerana West Ham menghantar terus bola kedalam kotak penalti Arsenal.

Pemain terbaik bagi perlawanan semalam tidak lain lagi kalau bukan Alex Song apabila menjaringkan gol tunggal Arsenal pada minit-minit terakhir. Beliau yang memulakan hantaran kepada Gael Clichy yang kemudiannya membuat hantaran lintang yang membuahkan hasil. Perlu diingat, jaringan beliau jugalah yang memberikan Arsenal untuk berada dalam keadaan selesa mendahului Man City dua gol minggu lepas. 

Namun begitu diharap, sebagai seorang defensive midfielder, Alex Song tidak lalai dalam melakukan tugas bertahan beliau dengan baik. Pada sidang media, Arsene Wenger turut merasakan Song terlalu banyak pergi kedepan tetapi tidak menolak ianya adalah sebahagian dari cara permainan Arsenal. Wenger dipetik berkata:
He has got the taste to go forward, even if I think a little too much sometimes for a holding midfielder! But that is part of our game as well.

Fakta menarik:
  • Kali terakhir Gael Clichy melakukan assist adalah ketika menentang West Ham dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Januari 2008.
  • Sejak 2005 hingga musim lepas Alex Song telah membuat penampilan sebanyak 116 kali dan menjaringkan 4 gol. Pada musim ini, beliau sudah membuat 12 penampilan dan menjaringkan 4 gol.
  • Dalam 353 perlawanan Liga Perdana ditempat sendiri, Arsenal dan Manchester United secara kebetulan telah menjaringkan 1001 gol termasuk pada perlawanan semalam.
  • Termasuk semalam Arsenal berjaya mengekalkan clean sheet sebanyak tiga perlawanan.
Video Highlights

Friday, October 29, 2010

Arsene Wenger menunjukkan keseriusan beliau untuk mengakhiri kemarau piala di dalam kabinet Arsenal setelah menurunkan barisan kesebelasan dan pemain gantian yang agak kuat dimana hanya Szczesny dan Craig Eastmond sahaja yang masih belum membuat penampilan dalam perlawanan liga. Tidak kurang juga pada bangku simpanan yang dibarisi oleh Sagna, Arshavin dan Fabregas.

Pemilihan Carlos Vela berbanding JET adalah seperti diramalkan namun sayangnya persembahan penyerang Mexico tersebut agak mengecewakan apabila melepaskan dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Manakala Eastmond pula tanpa disangka diturunkan berbanding Henri Lansbury yang menyerlah serta menjaringkan gol ketika perlawanan pusingan sebelumnya menentang Spurs.

Arsenal mengawal perlawanan sejak sepak mula dan mempunyai banyak peluang untuk mendahului namun Newcastle pula yang hampir membuka tirai jaringan apabila Nile Ranger berjaya meloloskan diri dari pertahanan Arsenal dan melepasi Szczesny yang meluru keluar akan tetapi digagalkan oleh Laurent Koscielny apabila beliau menampan bola baik. 

Szczesny yang sebelum ini melahirkan rasa tidak puas hati kerana kurang mendapat peluang bermain membuktikan bahawa beliau tidak bercakap kosong apabila berjaya mengawal gawang dari dibolosi disamping mempamerkan dua aksi 'world class' iaitu ketika menepis bola hasil rembatan kencang Alan Smith dari luar kotak penalti dan sepakan percuma yang padu dari Ryan Taylor. Sudah pasti persembahan beliau ini memberikan tekanan kepada Fabianski agar meneruskan kecermelangan beliau.

Kombinasi kelajuan dan kekuatan tonggak serangan Arsenal
Walaubagaimanapun, pemain yang mencuri perhatian kali ini adalah Theo Walcott apabila menggunakan kelebihan beliau melalui larian pantas yang tidak terkejar oleh pemain pertahanan Newcastle disamping disudahi dengan dua jaringan yang menarik. Kini kita dapat melihat Walcott yang lebih matang dan berkeyakinan berbanding diri beliau yang sebelum ini. Ianya merupakan gol kelima beliau dalam enam perlawanan.

Sementara itu, Nicklas Bendtner pula meneruskan aksi konsisten apabila sekali lagi menjaringkan gol buat Arsenal setelah pulih dari kecederaan. Jaringan beliau kali ini turut mirip jaringan yang selalu dilakukan oleh lagenda Arsenal, Thierry Henry. Dalam 16 perlawanan beliau akhir-akhir ini, Bendtner telah menjaringkan 11 gol.

Namun begitu, situasi Keiran Gibbs yang sekali lagi tercedera pada perlawanan pagi tadi amat membimbangkan kerana pada usia muda sebegini, beliau perlu sentiasa cergas untuk belajar dari pengalaman bermain atau sekurang-kurangnya dapat berlatih, bukan terpaksa berehat akibat kecederaan. Ini dapat membantutkan perkembangan beliau yang mempunyai potensi besar menjadi pemain bertaraf bintang satu hari nanti.

Video Highlights

Wednesday, October 27, 2010

Tiga mata penuh kali ini sudah semestinya memberi impak yang sangat positif buat Arsenal bukan sahaja meletakkan The Gunners ke landasan yang betul, malah menaikkan lagi moral setiap pemain meneruskan perjuangan bagi menamatkan kemarau piala di Stadium Emirates.

Kemenangan keatas Man City ditempat lawan membuktikan bahawa Arsenal bukanlah pasukan yang tidak mampu menandingi pasukan-pasukan besar di England kerana pasukan awan biru itu digembar-gemburkan bakal memberi saingan hebat dalam merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini setelah berbelanja besar pada musim panas lalu dan kejayaan menewaskan Chelsea baru-baru ini.

Cesc Fabregas juga berjaya buktikan kata-kata beliau sebelum ini bahawa semangat berpasukan bukanlah boleh dibeli dengan wang. Beliau dan rakan sepasukan yang lain secara keseluruhannya bermain dengan baik dan menunjukkan pada City karakter sebuah pasukan terancang yang sudah bersedia untuk menjadi juara walaupun tidak dinafikan masih ada bahagian yang perlukan peningkatan terutama sekali dibahagian pertahanan.

Pengurus City, Roberto Mancini memberi alasan bahawa jika pemain mereka tidak dibuang pada awal perlawanan, keputusan akan menjadi sebaliknya. Namun Mancini tidak boleh menyalahkan situasi ini atau keputusan pengadil, sebaliknya persoalan salah siapa ini hanya boleh dijawab oleh beliau sendiri.

Dedryck Boyata pula tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana seperti semua tahu, pemain muda akan cenderung melakukan kesilapan dimana dari situlah mereka belajar dan menimba pengalaman. Kenapa tidak diturunkan Joleon Lescott yang banyak pengalaman diletakkan dibangku simpanan sedangkan mereka berdepan dengan pasukan yang hebat?

Seperti yang kita dapat saksikan pada perlawanan tersebut, persembahan City agak goyah dimana mereka sering terlepas kawalan bola dengan hantaran-hantaran yang tidak tepat berbanding persembahan Arsenal yang lebih kemas dan teratur meskipun ketiga-tiga pemain tengah terpaksa bermain dengan berhati-hati setelah masing-masing dilayangkan kad kuning.

Bendtner menjaringkan gol 'ala Henry'
Jika dilihat perbandingan barisan bangku simpanan kedua-dua pasukan, walaupun tidak bernilai secara keseluruhannya ratusan juta, Arsenal mempunyai barisan pemain yang lebih mantap dari segi gaya permainan individu lantas memberikan Wenger banyak pilihan untuk mengatur strategi. Ini dapat kita lihat pada pemain gantian seperti Rosicky yang kreatif, Walcott yang pantas dan Bendtner semakin berbahaya dihadapan.

Pujian harus diberikan kepada Samir Nasri yang kreatif mengatur serangan dikala perancang utama Cesc Fabregas masih perlukan lebih banyak perlawanan untuk mendapat rentak setelah baru saja pulih dari kecederaan. Fabregas kelihatan agak gugup setelah gagal menyempurnakan sepakan penalti dengan baik dan boleh dikatakan menjadi punca konsentrasi beliau agak terganggu.

Namun kemenangan ini tidak mungkin akan jadi kenyataan jika Lukasz Fabianski tidak mempamerkan aksi cemerlang mengekang segala percubaan berbahaya dari pihak lawan. Peranan beliau sangat penting kerana jika City berjaya menjaringkan gol sudah pasti ianya dapat menaikkan semangat mereka untuk memburu lebih gol. Tahniah kepada Fabianski yang akhirnya berjaya mempraktikkan apa yang beliau pamerkan ketika sesi latihan pada perlawanan sebenar.

Video Highlights

Sunday, October 24, 2010

Ketua pasukan Cesc Fabregas telah berjanji untuk membalas kesetian Arsene Wenger terhadap beliau dengan membawa Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini. Beliau mengakui bahawa Barcelona sentiasa dihati beliau dan perasaan itu sangat kuat. Namun kini segalanya telah berakhir malah jika boleh ingin menewaskan kelab asal beliau itu pada perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah.

Fabregas sentiasa komited mengemudi skuad muda Arsenal
Menurut laporan MirrorFootball, Fabregas turut menegaskan bahawa apa yang berlaku pada musim panas yang lalu tidak merosakkan persahabatan, perhubungan dan reputasi beliau di Stadium Emirates. Beliau dipetik berkata:
I’ve never had a problem with the coach. He knows how passionate I am and that I will always give my maximum for Arsenal. I dream of winning the title with Arsenal. I never hid my intentions in the summer. I wanted to play for Barcelona but it wasn’t possible and that’s finished.

Beliau yang baru sahaja pulih dari kecederaan hamstring bulan lalu diturunkan pada perlawanan menentang Shakhtar Donetsk pada Selesa lepas turut mengakui bahawa sejak beliau memikul tugas sebagai attacking midfielder, beliau lebih banyak dikasari pihak lawan berbanding dua tahun lepas dimana beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menjelang perlawanan menentang Man City malam ini, Fabregas menegaskan bawaha wang tidak boleh membeli semangat berpasukan yang bakal bergelar juara. Menurut beliau, setiap pasukan boleh memilih cara untuk menang namun ianya bukan cara Arsenal. Walaupun begitu, setiap cara yang diambil sesebuah pasukan haruslah dihormati dan Fabregas tidak menolak bahawa Man City mempunyai segala ramuan untuk menjadi pasukan yang hebat maka Arsenal perlulah berusaha dengan lebih keras menentang pasukan awan biru tersebut.

Sememangnya perlawanan yang bakal berlansung sebentar lagi merupakan ujian getir buat anak buah Arsene Wenger yang kehilangan mata berharga ketika menentang Sunderland dan West Bromwich yang lalu. Tiada keputusan lain yang harus didapatkan melainkan tiga mata penuh untuk terus bersaing dan mengejar Chelsea yang semakin maju kehadapan.

Thursday, October 21, 2010

Arsenal meneruskan kecemerlangan dalam kempen Liga Juara-juara Eropah musim ini apabila membenam Shakhtar Donets 5-1 di Stadium Emirates semalam. Kemenangan ini membolehkan The Gunners mengumpul 9 mata dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya satu keputusan seri pada tiga lagi baki perlawanan. Pendek kata Arsenal sudah melangkah satu kaki ke pusingan kedua kejohanan.

Tak perlulah aku ulaskan perlawanan secara mendalam kerana permainan yang dipersembahkan semalam adalah sangat mengujakan fans Arsenal secara keseluruhannya. Gol pertama hadir hasil dari 'kesilapan Fabianski' penjaga gol Shakhtar Donetsk dan Alex Song tidak mensia-siakan peluang tersebut.

Samir Nasri pula membuktikan beliau adalah pemain yang harus diberi tumpuan musim ini apabila mengawal baik bola hantaran lintang Song dan melepaskan rembatan kencang untuk gol kedua Arsenal. Ketua pasukan Cesc Fabregas yang baru pulih dari kecederaan menambah gol ketiga melalui sepakan penalti dan gol tersebut diraikan bersempena hari jadi ibu beliau dua hari lepas.

Hanya ini hadiah yang mampu diberi kepada ibunda yang berada jauh di Sepanyol
Bintang muda England yang semakin meningkat naik, Jack Wilshere sekali lagi mencuri perhatian apabila beliau menunjukkan kematangan dalam permainan beliau apabila membuat penyudahan yang baik hasil dari hantaran satu dua dengan Tomas Rosicky. Ini membuatkan Arsene Wenger percaya Fabregas dan Wilshere akan membentuk gandingan yang mantap dibahagian tengah Arsenal.

Tidak ketinggalan juga ketua pasukan England, Rio Ferdinand turut memuji Wilshere di dalam account Twitter beliau:

Wilshere memang Gooner sejati, jangan harap kau nak pancing masuk United
Sementara itu, Marouane Chamakh meneruskan rekod cemerlang beliau dalam Liga Juara-juara Eropah apabila menjaringkan gol ke-5 perlawanan hasil umpanan menarik Samir Nasri. Ianya adalah gol ke-6 beliau dalam enam penampilan dalam kejohanan ini termasuk tiga penampilan ketika bersama Bordeux.

Kalau minggu lepas kita dapat melihat Hleb kembali ke Stadium Emirates, kali ini giliran Eduardo pula cuma bezanya beliau disambut dengan baik oleh fans yang berada di dalam Stadium. Kemasukan Eduardo membuahkan hasil buat Shakhtar apabila beliau menjaringkan gol saguhati dan seperti yang dijanjikan beliau tidak meraikan gol tersebut. Walaupun begitu penyokong-penyokong turut bersorak dan memberikan tepukan gemuruh untuk beliau seakan gol tersebut dijaringkan oleh Arsenal.

Detik-detik sentimental jumpa kawan lama
Tak lupa juga Fabianski yang meneruskan permainan beliau tanpa sebarang kesilapan sebaliknya penyakit tersebut pula yang berjangkit kepada penjaga gol lawan. Beliau turut dilihat berjaya menyelamatkan situasi berbahaya apabila menghalang rembatan Luiz Fabiano yang satu ketika mempunyai peluang cerah untuk menjaringkan gol. Walaupun Fabianski terlepas satu gol, beliau gembira kerana ianya dijaringkan oleh Eduardo.  

Ok itu sahaja buat masa ni, aku pun dah penat dan tibalah masanya untuk layan PES2011 plak. Haha.

Video highlights



Monday, October 18, 2010

Arsene Wenger dah putus asa tapi jangan salah sangka, bukan tak boleh menang piala tapi ianya berkenaan kritikan sesetengah pihak terhadap beliau. Seperti semua orang tahu, Wenger sebelum ini dengan lantang bersuara mengenai terjahan bola dan kekasaran dipadang maka apabila Wilshere pula yang melakukannya, banyak pihak dengan senang hati membidas beliau.

Sehari sebelum kejadian, Wenger telah menyatakan bahawa beliau sudah katakan apa yang perlu mengenai terjahan dan tidak mahu lagi meneruskan perdebatan isu ini. Apa yang diharapkan oleh Wenger kini adalah supaya setiap pemain yang melakukan kekasaran mestilah diberi pengajaran dengan hukuman yang setimpal. Jika pemain tersebut terlepas ketika perlawanan berlansung, bukti video haruslah diguna pakai secara konsisten.

Wilshere terlalu bersemangat sehingga mengasari pemain lawan tanpa sengaja
Setelah perlawanan semalam, antara salah seorang yang membidas Wenger adalah penulis TEAMtalk.com iaitu Mark Holmes dengan menulis artikel bahawa sekarang adalah masa yang sesuai untuk mengubah sikap beliau. Ubah sikap kepala hangguk dia lah. Sesungguhnya seruan Wenger tu bukan sahaja demi kebaikan Arsenal tetapi untuk pemain kelab lain jugak.

Holmes menerangkan bahawa apa yang terjadi kepada Wilshere adalah bukti dimana kekasaran tidak disengajakan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Memang benar ianya boleh berlaku kepada sesiapa dan bila ianya terjadi pemain tersebut haruslah memperbaiki diri dan cuba elakkan dari benda sama berulang. Tapi kalau orang yang sama tetap lakukan kekasaran seperti Shawcross, pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Oleh kerana rasa terpanggil untuk memberi komen maka aku pun cuba argue dengan Holmes:


Tidak tepat jika Holmes katakan Shawcross dan Henry tidak mempunyai sejarah melakukan kekasaran. Ini kerana pada Oktober 2007 Shawcross telah terlibat dalam menyebabkan kecederaan serius pada Francis Jeffers dan dua musim lepas pada Adebayor. Sementara itu Henry dilihat sengaja memijak kaki Walcott seperti dalam video dibawah.


Aku kemudian argue lagi dengan Holmes:


Ahirnya aku pun malas lagi nak sambung. Bak kata Wenger, kita memang takleh menang kalau nak lawan cakap ngan diorang ni.

Wenger bagaimanapun tetap mempertahankan Wilshere dengan mengatakan situasi tersebut tidak sama dengan apa yang beliau tegaskan sebelum ini. Ianya tidak disengajakan dan ianya adalah yang pertama untuk bintang muda England itu. Apabila terlepas kawalan bola, beliau hanya ingin mendapatkan balik bola tersebut namun malangnya terjahan beliau salah timing.

Seperti yang diakui pemain itu sendiri, Wenger juga yakin Wilshere akan belajar dari kesilapan dan akan cuba mengelak dari melakukan perkara yang sama. Pada umur 18 tahun, Fabregas juga pernah mempunyai reaksi seperti itu. Namun sikap ini tidak sama seperti Shawcross, Paul Robinson dan lain-lain yang bukan sahaja dengan megah mengatakan tidak akan mengubah cara permainan kasar mereka malah akan terus mengekalkan cara permainan berbahaya tersebut.

Apabila memberi respon pada kritikan terhadap beliau, Wenger sudah pasrah bila ada pihak yang sentiasa mengatakan Arsenal salah tidak kiralah bagaimana pendekatan beliau terhadap bolasepak. Menurut Wenger lagi, beliau boleh mempengaruhi setiap pemain dengan visi beliau terhadap sesuatu perlawanan tetapi beliau tidak dapat mempengaruhi apa orang kata terhadap Arsenal. Kalau Arsenal nak memberi respon setiap kali penilaian orang, pasukan ini akan hilang arah.

Sunday, October 17, 2010

Pada perlawanan yang ke-800 Arsene Wenger sebagai pengurus Arsenal, tiga mata penuh berjaya dikutip dan ia amat berharga buat Arsenal memandangkan Man Utd dan Chelsea hanya memperoleh keputusan seri dalam perlawanan masing-masing. Ianya juga dapat menaikkan kembali moral para pemain setelah tewas dalam dua perlawanan sebelumnya.

Segalanya bermula dengan baik apabila Wilshere dan Chamakh melakukan satu dua namun penyudahan Chamakh berjaya ditampan oleh kaki Stephen Carr. Chamakh seharusnya dapat lakukan dengan lebih baik lagi dengan merembat kearah kiri pintu gol Birmingham. 

Arsenal sepatutnya berada dihadapan lebih awal lagi apabila sepakan percuma yang diambil oleh Nasri berjaya ditanduk dengan kemas oleh Sebastien Squillaci menerjah gawang gol Birmingham namun penjaga garisan telah mengangkat bendera menandakan pemain pertahanan itu offside. Pada pendapat aku, Squillaci berada di posisi onside.

Squillaci tak nampak macam offside. Mungkin lengan beliau ada terlebih sket.
Peluang untuk menjaringkan gol terus dicipta apabila Diaby membuat hantaran kepada Arshavin namun tolakan beliau berjaya diselamatkan Ben Foster. Begitu juga Gael Clichy yang memperoleh peluang apabila Sebastian Larsson melakukan kesilapan yang memberi ruang kepada Clichy akan tetapi rembatan kaki kanan beliau sedikit tersasar.

Birmingham akhirnya berjaya mengejutkan Arsenal apabila penyerang tinggi lampai mereka, Nikola Zigic dengan mudah menanduk bola yang dihantar dengan baik kedalam kotak penalti Arsenal melepasi jangkauan Fabianski. Ianya tandukan yang sangat baik oleh Zigic dan tiada kesilapan dari Fabianski disitu.

Arsenal kemudian dihadiahkan sepakan penalti apabila Marouane Chamakh dijatuhkan didalam kotak penalti oleh Scott Dann. Penalti tersebut agak kontroversi kerana Chamakh dilihat seperti sengaja menjatuhkan diri. Scott Dann mungkin ada tersentuh kaki Chamakh, namun untuk meyakinkan lagi pengadil, beliau terpaksa menjatuhkan diri dengan lebih dramatik. Tindakan Scott Dann yang menghulurkan kaki ketika bola jauh dari beliau juga mempengaruhi keputusan pengadil. Samir Nasri mengambil penalti tersebut dengan baik untuk gol penyamaan pada minit ke-41.

Dua minit separuh masa kedua bermula Arsenal berjaya mendahului Birmingham apabila gerakan menarik yang dihasilkan Wilshere dan Song berjaya menemui Chamakh yang membuat pusingan baik dan tolakan bola beliau berjaya menewaskan Ben Foster.

Pada minit-minit akhir perlawanan Jack Wilshere dilayangkan kad merah apabila terjahan beliau agak tinggi dan mengena pergelangan kaki Nikola Zigic. Tidak lama kemudian, Birmingham hampir mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan namun Fabianski membuat tindakan yang bijak apabila dengan pantas keluar untuk mendakap bola tersebut.

Secara keseluruhannya, Jack Wilshere merupakan pemain terbaik diatas padang dan beliau terus mempamerkan peningkatan dalam setiap permainan beliau. Wilshere juga mengakui bahawa beliau memang berhak mendapat kad merah yang dilayangkan keatas beliau dan akan belajar dari kesilapan tersebut. 

Aku nampak Wilshere tidak ubah seperti Paul Scholes, seorang pemain yang berkebolehan tetapi lemah dalam percubaan mendapatkan kembali bola. Walaubagaimanapun, diharap agar Wilshere dapat memperbaiki kelemahan tersebut. Sementara Fabianski pula, aku puas hati dengan persembahan beliau yang bebas dari segala kesilapan buat masa ni. Semoga beliau juga akan terus meningkatkan prestasi beliau.

Video Highlights

Sungguh cepat masa berlalu sampaikan aku tak sedar dah 100 post aku buat sejak dari post yang pertama pada 24 Julai yang lalu. Disini aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada korang fans Arsenal yang sudi membaca hasil tulisan aku baik yang dikarang sendiri mahupun diterjemahkan dari berita asal.

Buruk betul lukisan budak nih
Aku juga ingin mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada:
  • Atikah kerana letakkan blog ni dalam list beliau. Banyak pembaca blog ni datang dari pembaca blog Atikah.
  • awegooner dan terpekikterlolong yang banyak menulis komen.
  • bino, wansyah, silantra, x-arsenal, gooners, e'zani, Ejat, Arsenal Putrajaya dan ramai lagi yang selalu menyemak meriahkan shoutbox.
  • DS@pencintaarsenalfc kerana selalu backup aku bila budak-budak bengang aku tak update blog.. haha
  • Budak-budak forum AMG
  • Arsenal Malaysia, Ubi Badok, Paria Perawan, fiscgunners, Saed Ramadhan dan sesiapa sahaja yang link kan blog ni.
  • Fans Arsenal yang 'Like' page Blog Arsenal Nombor Empat kat Facebook.
Insyallah aku akan sentiasa mengemaskini blog ini dengan lebih aktif lagi mulai hari ni dan hari-hari seterusnya. Kalau lagi ramai yang kasi respon lagi bersemangat lah aku menulis. Tapi kalau miss kadang-kadang tu paham-paham je lah yang aku sibuk dengan tugasan harian ataupun atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan.

Kepada sesiapa yang selalu main Facebook tu aku cadangkan 'Like' page blog ni sebab notification akan keluar secara automatik kat wall korang sebaik aku post update kat blog. Walaubagaimanapun terpulang pada koranglah, aku tak paksa pun.

Aku juga mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk memperbaiki sebarang kecacatan blog ni.

*mintak maaf kalau aku terlupa nak ucapkan terima kasih kepada yang terlibat bagi sokongan kat blog ni.
*post match game lawan Birmingham aku buat esok. Kasi aku tengok highlights dulu.

Saturday, October 16, 2010

Pasti ramai yang pernah terbaca kenyataan-kenyataan Wenger yang selalu menyebelahi anak-anak buah beliau walaupun sudah terang-terangan seseorang pemain itu berhak dipersalahkan atau dikutuk. Aku memang sudah lama beranggapan pengurus kita ini memang sengaja backup pemain sendiri demi menjaga keharmonian kelab dan supaya moral pemain tidak terjejas.

Media tak tahu disebalik senyuman tersebut mereka selalu kena kencing dengan Wenger
Seperti yang dilaporkan oleh Telegraph.co.uk, Arsene Wenger hari ini secara jujur mengakui bahawa beliau kadang-kadang terpaksa menipu pihak media bagi melindungi pemain dan niat beliau memang jelas kerana ianya sentiasa memberi manfaat kepada pemain itu sendiri. Wenger juga berkata, beliau tidak berasa selesa selepas menipu namun ianya terpaksa dilakukan.

Kalau nak menipu mestilah kena pandai. Wenger menjelaskan beliau sentiasa akan 'kao tim' dengan seseorang pemain itu terlebih dahulu supaya kenyataan masing-masing selaras dan tidak bercanggah. Ini berlainan dengan situasi kelab Manchester United berkenaan isu Alex Ferguson dan Wayne Rooney. Ferguson menyatakan bahawa Rooney mengalami kecederaan pergelangan kaki sementara Rooney pula menyatakan beliau tidak mengalami kecederaan tersebut sepanjang musim.

Wenger turut mengulas situasi Rooney ini dan menurut beliau, secara umumnya setiap pemain mahu bermain dalam setiap perlawanan namun pengurus pula kadang-kadang merasakan mereka perlu merehatkan seseorang pemain tersebut. Tambah Wenger lagi, jika dilihat pada statistik, kecergasan fizikal pemain itu tidak terjejas walaupun mereka bermain selang tiga hari, namun ketajaman mental yang akan berubah.

Laurent Koscielny disahkan dalam Arsenal.com mengalami kecederaan pada bahagian belakang dan tidak akan diturunkan pada perlawanan menentang Birmingham malam ini. Ketiadaan beliau memberikan peluang kepada Djourou untuk beraksi memandangkan Thomas Vermaelen dikhabarkan hanya akan pulih dalam masa 10 hari lagi. Maka malam ini kita dapat saksikan gandingan Djourou dan Squillaci pada barisan pertahanan.

Hleb akhirnya sedar yang rumput tidak selalunya hijau
Pada malam ini juga kita akan dapat menyaksikan Alex Hleb kembali setelah dua tahun meninggalkan Stadium Emirates untuk meraih gaji yang lebih tinggi dan rasa glamour bersama Barcelona. Namun sepanjang dua tahun ini beliau gagal menarik perhatian Pep Guardiola untuk bermain dalam kesebelasan utama dan telah dipinjamkan ke kelab Vfb Stuttgart pada musim lepas dan Birmingham pada musim ini.

Beliau yang kini berusia 29 tahun masih belum menunjukkan impak yang diharap-diharapkan namun pengurus Birmingham, Alex McLeish yakin Hleb masih mempunyai Faktor X dan meminta beliau untuk buktikannya pada malam ini. Dalam pada itu Hleb juga yakin Birmingham mampu melakukan kejutan seperti West Brom jika bekerja dengan lebih keras.

Friday, October 15, 2010

First of all, sorry sebab dah lama tak update blog. Ianya bukanlah disebabkan aku kecewa hingga menusuk kalbu, sudah bosan, pergi haji, kena tahan ISA mahupun diculik makhluk asing. Seperti yang aku jelaskan sebelum ni, aku baru pindah rumah dan tiada akses internet ditambah pula masalah di tempat kerja. Walau bagaimanpun respect lah kat korang yang concern pasal blog ni tak kiralah secara ikhlas atau sarcastic sekali pun. Haha.

Baiklah berita yang baru dikeluarkan oleh Telegraph.co.uk hari ini sedikit tidak menyenangkan. Cesc Fabregas yang kira-kira dua minggu lalu mempunyai peluang 50-50 untuk diturunkan menentang Chelsea dikhabarkan masih belum pulih sepenuhnya. Arsene Wenger telah memberitahu dalam Arsenal TV Online bahawa Fabregas kemungkinan besar tidak akan diturunkan pada perlawanan menentang Birmingham Sabtu ini.

Hari tu dah hampir-hampir nak main lawan Chelsea, bila masa pulak cedera?
Ketua pasukan kita ini juga dikatakan hanya mempunyai peluang yang agak kecil untuk beraksi dalam perlawanan Liga Juara-juara Eropah menentang Shakhtar Donetsk pada Selasa ini walaupun beliau sendiri istiharkan cergas sewaktu berehat selama dua minggu ini. Sememangnya perkara ini agak menghairankan. Begitupun buat masa ini lebih baik kita fikir positif dan tidak terbawa-bawa dengan spekulasi yang kita semua sedia maklum.

Sementara itu, Theo Walcott yang kembali tercedera ketika mewakili England pada perlawanan pusingan kelayakan Euro 2012 menentang Switzerland tempoh hari dikatakan mungkin akan diturunkan Sabtu ini. Turut sama kembali pulih adalah Nicklas Bendtner yang masih belum membuat penampilan pada musim ini dan Keiran Gibbs yang seharusnya diberi peluang lebih banyak beraksi untuk memberi saingan kepada Gael Clichy yang kebelakangan ini sering melakukan kesilapan.

Dalam berita lain pula, cerita bosan Fabregas-Barcelona keluar lagi. Aku malas nak ambil port pasal tu semua tu, cuma aku nak highlight kan isi penting yang diperkatakan ketua pasukan kita ini. Menurut laporan ESPN Soccernet, dalam temubual bersama stesen radio Cadena Cope, Fabregas menyuarakan bahawa Arsenal perlu mula menang kejuaraan kerana pasukan ini mempunyai bakat yang besar cuma apa yang kurang adalah mentaliti inginkan kemenangan.

Sesungguhnya apa yang disuarakan oleh ketua pasukan ini adalah amat tepat sekali dan ianya tiada pada sesetengah pemain yang tak perlulah aku ulang lagi nama-nama tersebut. Kita sendiri bola lihat bagaimana aksi mereka-mereka ini dipadang. Apakah solution yang harus diambil untuk mengatasi masalah ini? Cara yang mudah namun mungkin Wenger takkan buat ialah buang pemain yang tiada mentaliti pemenang dan gantikan dengan bersemangat juang yang tinggi.