Tuesday, August 31, 2010

Armand Traore yang telah diberi lampu hijau oleh Arsene Wenger untuk berpindah ke kelab lain setelah beliau menjadi pilihan ketiga dibelakang Clichy dan Gibbs dikatakan menjadi buruan Juventus, Birmingham City dan juga West Ham. Namun begitu hanya Juventus yang sedang mencari pengganti Fabio Grosso, mengesahkan minat mereka terhadap bek kiri berusia 20 tahun itu. 

Ketika ini Traore dikatakan sedang berbincang dengan Juventus yang semakin hampir menemui kata sepakat dalam perjanjian pinjaman dan bayaran perpindahan berniliai £3.3 juta selepas itu. Beliau dijangka akan menerima tawaran dari kelab gergasi Itali itu berbanding Birmingham City dan West Ham yang tidak mempunyai reputasi tinggi. Sebelum ini Traore pernah menolak tawaran perpindahan ke Benfica kerana gaji yang ditawarkan rendah dari apa yang beliau dapat sekarang. 

Dalam pada itu, situasi pembelian penjaga gol baru Arsenal menjadi semakin rumit. Seperti yang kita tahu, Mark Schwarzer sememangnya ingin bermain untuk the Gunners tetapi Fulham hanya akan melepaskan beliau jika mereka dapat mencari pengganti penjaga gol kebangsaan Australia tersebut. Oleh kerana itu, Fulham dikatakan cuba mendapatkan khidmat Shay Given menerusi perjanjian pinjaman sebagai ganti.

Given masih yakin beliau boleh menandingi kehebatan Joe Hart
Namun, hasrat Arsenal dan Schwarzer mungkin tidak dapat direalisasikan setelah Shay Given menyatakan hasrat untuk terus kekal bersama Man City dan berjuang untuk mendapatkan kembali tempat beliau yang dirampas oleh Joe Hart. Peluang untuk melihat Schwarzer bermain untuk Arsenal musim ini menjadi semakin tipis setelah penjaga gol pilihan kedua Fulham, David Stockdale dilaporkan mengalami kecederaan.

Pasti ada yang tertanya kenapa Arsenal tidak cuba dapatkan khidmat Shay Given. Walaupun tidak dapat dipastikan sebab sebenar, ramai yang menjangkakan ianya disebabkan Man City tidak mahu melepaskan salah seorang pemain terbaik mereka menyertai the Gunners yang sedang dalam usaha memperkuatkan barisan pertahanan.

Satu lagi berita yang kurang menyenangkan ialah berkenaan kecederaan di pergelangan kaki yang dialami oleh Robin van Persie pada perlawan menentang Blackburn tempoh hari. Walaupun pada awalnya Wenger menjangkakan van Persie hanya akan direhatkan selama 8 hingga 10 hari, laporan terbaru dari persatuan bolasepak Belanda (KNVB) mengatakan ianya akan mengambil masa selama beberapa minggu untuk pulih.

Sementara itu, Mikael Silvestre telah melengkapkan perpindahan beliau ke Bundesliga dengan menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Werder Bremen setelah kontrak bersama Arsenal tamat pada musim panas yang lalu.

Monday, August 30, 2010

Jack Wilshere telah ditahan polis pada awal pagi Ahad kerana dikatakan terlibat dalam satu pergaduhan. Walau bagaimanapun beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan beliau diambil. Menurut jurucakap pemain berusia 18 tahun itu, Wasserman Media Group menegaskan dalam satu kenyataan bahawa Wilshere tidak akan menghadapi apa-apa dakwaan kerana beliau dikatakan cuba menjadi pendamai dalam pergaduhan tersebut.

Wilshere sememangnya nampak agresif diatas padang
Telegraph.co.uk telah menyiarkan kenyataan tersebut yang berbunyi:
Jack Wilshere was arrested by police in the early hours following a fracas but was released on bail later. The police have made it very clear that he is an important witness to the incident and played the role of peacemaker and is unlikely to face any charges as a result. Jack has made it very clear he will co-operate fully with the police investigation.

Menurut sumber beberapa blog Arsenal, pergaduhan yang berlaku ditepi jalan itu telah menyebabkan seorang perempuan patah tangan dan seorang lelaki cedera ringan dibahagian muka. Sehingga kini punca sebenar pergaduhan tersebut masih belum diketahui. Mungkin Wilshere cuba jadi hero dengan menumbuk muka lelaki yang berkasar dengan perempuan tersebut atau mungkin juga lelaki tersebut ditumbuk kerana cuba masuk campur dalam pertengkaran beliau dengan perempuan yang dinyatakan.

Sementara itu Arsenal.com mengesahkan Theo Walcott dan Keiran Gibbs telah dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan England dalam kempen pusingan kelayakan Euro 2012 menentang Bulgaria dan Switzerland awal September ini. Gibbs membuat penampilan pertama diperingkat antarabangsa ketika perlawanan persahabatan menentang Hungary awal Ogos lalu manakala Wilshere yang turut sama pada perlawanan tersebut telah disenaraikan dalam skuad bawah 21 tahun.

Sunday, August 29, 2010

Stoke City telah membuat aduan kepada FA England dan Premier League terhadap kenyataan Arsene Wenger yang sebelum ini menggambarkan mereka sebuah pasukan ragbi. Pengurus pasukan Tony Pulis berasa sangat marah dengan kenyataan yang dirasakan menghina ketua pasukan Stoke, Ryan Shawcross. Wenger dikatakan telah menuduh Shawcross menyepak penjaga gol Spurs, Huerelho Gomes ketika perlawanan minggu lalu.

Stoke telah menghantar surat kepada Arsenal dan pihak yang berkuasa dalam bolasepak sebagai tanda protes yang mana mereka kini harus memutuskan samada mahu mendenda Wenger yang disifatkan membawa keburukan dalam bolasepak ataupun tidak. Menurut Mirror Football, Pulis dipetik berkata:
What he said was totally and utterly out of order. I don’t expect that of a person of Arsene’s esteem. What he said about Ryan was also very, very poor. The club will deal with it in the proper manner.

Nampaknya, Tony Pulis adalah seorang yang sangat sensitif dan senang berkecil hati. Wenger hanya memberi contoh dalam kenyataan beliau dan bukannya mencerca seperti yang dianggap oleh Pulis. Tidak seperti Fabio Capello yang dilabel sebagai 'Jackass' oleh media Inggeris. Bagaimana agaknya beliau hendak mengatasi perang psikologi yang selalu diguna pakai oleh pengurus berpengaruh seperti Ferguson, Mourinho dan Benitez?

Sementara itu talkSPORT melaporkan, Maarten Stekelenburg tidak berminat untuk meninggalkan Ajax berikutan mereka layak ke Liga Juara-juara Eropah setelah menang di pusingan kelayakan. Stekelenburg yang 10 tahun lebih muda dari Schwarzer sebelum ini dikatakan sedia untuk dijual oleh Ajax kerana memerlukan wang untuk membuat pembelian pemain lain. Namun kini Martin Jol dikatakan telah berpuas hati dengan skuad yang beliau ada sekarang.

Pires sewaktu era kegemilangan beliau
Media itu turut melaporkan bahawa lagenda Arsenal, Robert Pires bakal kembali ke Liga Perdana Inggeris. Pires yang kini berusia 36 tahun tidak mewakili mana-mana kelab setelah tamat kontrak bersama Villarreal dan dikatakan mendapat tawaran kontak lumayan selama dua tahun untuk bermain dengan kelab Shanghai Shenhua di China. Namun beliau telah menolak tawaran tersebut dan kini dikatakan sedang diperhati rapat oleh West Ham, Wigan dan Bolton.



Saksikan highlights perlawanan semalam selama lebih kurang 15 minit. Enjoy!

Arsenal pulang dengan tiga mata penuh setelah berjaya menewaskan Blackburn ditempat sendiri pada perlawanan yang sangat mendebarkan mendebarkan. Kemenangan tipis ini adalah hasil kerja keras anak-anak buah Arsene Wenger yang memberikan tentangan hebat kepada pasukan yang mempunyai kelebihan dari segi fizikal jika mahu dibandingkan sebahagian besar pemain Arsenal yang bersaiz badan sederhana.

Kesebelasan utama yang diturunkan

Almunia
Clichy - Koscielny - Vermaelen - Sagna
Song
Fabregas - Diaby
Walcott - van Persie - Arshavin

Sebaik bermulanya permainan, Blackburn Rovers lebih banyak mengasak ke pintu gol Arsenal. Setiap kali mendapat sepakan percuma dan lontaran kedalam, Blackburn terus menhantar atau melontar bola kedalam kotak penalti kerana mereka tahu Arsenal agak lemah untuk bertahan semasa set-piece. Christopher Samba menjadi ancaman berbahaya buat Arsenal berikutan tubuh badan beliau yang tegap.

Gol pembukaan perlawanan hadir pada minit ke-20 apabila Theo Walcott membuat penyudahan sangat baik pada sudut sukar hasil daripada hantaran Robin van Persie. Namun, kegembiraan penyokong Arsenal tidak bertahan lama apabila Koscielny gagal mengawal El-Hadji Diouf dengan baik dan Mame Diouf dengan mudah menolak masuk untuk gol penyamaan Blackburn pada minit ke-27.

Pada minit ke-34, Robin van Persie terpaksa dikeluarkan setelah mengalami kecederaan lutut akibat pertembungan dengan seorang pemain Blackburn beberapa minit sebelum itu. Beliau yang tidak dapat meneruskan permainan digantikan dengan Marouane Chamakh. Separuh masa pertama berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Arshavin meraikan gol kedua beliau untuk musim ini 
Separuh masa kedua berlansung agak seimbang dimana kedua-dua pasukan saling menyerang. Pada minit ke-51, Andrey Arshavin meletakkan Arsenal dihadapan apabila bola rembatan Fabregas terkena Walcott  dan melantun ke arah pemain Rusia tersebut lantas disudahi dengan baik oleh beliau. Wenger turut memberi peluang bermain kepada Rosicky yang menggantikan Fabregas dan Wilshere menggantikan Arshavin.

Blackburn bagaimana pun tidak berputus asa untuk mencari gol penyamaan dimana Christopher Samba yang asalnya bermain diposisi pertahanan tengah ditugaskan menjadi penyerang. Arsenal juga memperoleh beberapa peluang keemasan terutama sekali melalui Jack Wilshere gagal membuat penyudahan ketika hanya berdepan dengan Paul Robinson. Arsenal dilihat mengawal bola dengan baik sehinggalah tamat perlawanan.

Rumusan

Theo Walcott telah membuktikan bahawa persembahan cemerlang beliau minggu lepas bukan kerana berdepan dengan lawan yang lemah atau nasib semata-semata. Beliau nampak yakin, fokus dan sentiasa menjadi ancaman kepada pertahanan Blackburn Rovers yang terancang. Persembahan yang disaksikan Fabio Capello ini pasti mengukuhkan lagi kedudukan beliau dalam skuad kebangsaan England.

Walaupun rata-rata pemain nampak bekerja keras untuk menang dalam perlawanan ini, masih banyak yang perlu diperbaiki terutama sekali ketika membuat hantaran dan juga bertahan. Banyak hantaran tidak tepat dilakukan oleh Alex Song serta beberapa pemain lain seperti Diaby, Chamakh dan juga Fabregas. Sementara itu barisan pertahanan pula masih lagi nampak kelam kabut setiap kali diserang. Jelasnya kini, Koscielny akan menghadapi saingan sengit dari Squillaci jika tidak memperbaiki kelemahan beliau.

Manuel Almunia dilihat bermain dengan baik sekali mengawal pintu gol Arsenal dengan berjaya menyelamatkan bola dalam beberapa situasi berbahaya. Beliau merupakan pemain terakhir yang keluar dari padang setelah tamat perlawanan dan melontarkan jersi dan armband ketua pasukan kepada penyokong seolah-olah ianya persembahan terakhir beliau bersama the Gunners. Sementara itu menurut Wenger, kecederaan van Persie akan mengambil masa 8-10 hari untuk pulih.

Rating Blog Arsenal Nombor Empat

Manuel Almunia (7)
Persembahan nampak meyakinkan serta mengawal situasi berbahaya dengan baik.

Bakari Sagna (8)
Beraksi dengan baik ketika menyerang mahupun bertahan. Hasil usaha keras beliau membantu dalam gol kemenangan Arsenal.

Laurent Koscielny (6)
Beliau terlepas kawalan terhadap El-Hadji Diouf yang seterusnya menghasilkan gol penyamaan Blackburn. Namun usaha keras beliau ketika bertahan harus dipuji.

Thomas Vermaelen (6)
Bukanlah aksi terbaik beliau namun tetap berusaha keras ketika bertahan.

Gael Clichy (6)
Overall ok cuma beliau sepatut lakukan lebih baik lagi ketika Mame Diouf dapat meloloskan diri untuk menjaringkan gol penyamaan. Beliau dilihat tidak alert dengan kehadiran Diouf.

Alex Song (6)
Hantaran beliau kadang kala tidak tepat.

Cesc Fabregas (6)
Beliau secara jelasnya nampak masih belum cukup cergas. Masih perlukan masa bermain secukupnya.

Abou Diaby (6)
Kelebihan fizikal beliau amat berguna buat Arsenal dan beliau mengunnakan aset itu dengan baik. Namun beliau dilihat antara salah seorang yang kurang bersemangat.

Theo Walcott (8) - Man of The Match
Persembahan yang konsisten, yakin dan sentiasa menjadi ancaman kepada pertahanan lawan. 1 gol dan 1 assist yang tidak disengajakan.

Robin van Persie (7)
Tidak banyak impak yang dapat kita lihat namun beliau sempat menghasilkan 1 assist.

Andrey Arshavin (7)
Perangai sama macam Diaby - kurang bersemangat. Beberapa kali gagal melepasi pertahanan lawan samada bola dicuri ataupun sepakan yang berjaya dihalang. Namun beliau masih mampu menjaringkan 1 gol yang amat berharga.

Pemain gantian:

Marouane Chamakh (7)
Beliau kerap turun untuk membantu barisan pertahanan. Berjaya mengawal Samba namun ianya berisiko tinggi kerana kawalan ketat beliau boleh menyebabkan pasukan lawan dihadiahkan sepakan penalti.

Tomasz Rosicky (6)
Tidak banyak aksi yang menarik yang dapat dilihat.

Jack Wilshere (6)
Mengawal bola dengan baik. Seharusnya menjaringkan gol ketika hanya berdepan dengan Paul Robinson.

Saturday, August 28, 2010

Menjelang perlawanan diantara Blackburn menentang Arsenal petang ini, Arsene Wenger telah menyatakan bahawa bolasepak harus dihalang daripada menjadi seperti ragbi. Beliau mengkritik taktik Blackburn yang menghalang penjaga gol, Lukasz Fabianski yang cuba menyelamatkan bola ketika Arsenal tewas di Ewood Park May lalu.

Wenger dipetik berkata dalam laporan yang disiarkan oleh BBC Sport:
I saw pictures last Sunday - you can't say any more it is football, it is rugby on the goalkeepers. The referees cannot go on and accept that anymore.

Beliau juga mengkritik taktik yang sama digunakan oleh Stoke City:
When you see how Stoke defender Ryan Shawcross kicked Tottenham goalkeeper Heurelho Gomes, how Robert Huth pushed Gomes in the goal, you cannot say that is football any more. If the referees allow that you cannot accept that because that has nothing to do with the game.

Namun, Wenger menyatakan beliau tiada masalah dari aspek fizikal permainan bolasepak dengan menambah:
Apart from that, when a team play long ball and head the ball and become physical I accept that completely and I respect that - but it has to be in respect of the rules, that is all.

Beliau juga berharap agar pengadil pada perlawanan petang ini, Chris Foy agar memberi lebih perhatian keatas penjaga gol yang dihalang dari menjalankan tugas. Beliau berkata:
I believe that in some situations the goalkeepers are not protected. You cannot have players whose main role is to stop the goalkeepers from catching the ball and not even go for the ball.

Sementara itu Sam Allardyce telah membuktikan kebengapan beliau apabila cuba membalas kritikan dengan mengatakan Arsenal pernah menjadi pasukan yang bermain dengan sangat kotor suatu masa dahulu. Beliau menuduh Wenger sebagai hipokrit kerana ketika menjadi juara berganda pada musim 2001/02, Arsenal telah mengutip 6 kad merah dan 77 kad kuning sekaligus berada ditangga terbawah kedudukan Fair Play.

Mungkin benar Arsenal pernah menjadi pasukan yang bermain dengan kasar tetapi sekurang-kurangnya pasukan ini telah berubah dengan lebih mementingkan aspek teknikal bolasepak serta mempamerkan aksi pemainan yang menghiburkan. Pada musim 2009/10 Arsenal telah menerima anugerah Fair Play kerana menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Penjaga gol haruslah dilindungi dari kekasaran
Sesungguhnya Allardyce memang tak faham bahasa. Wenger tiada masalah dari aspek fizikal bolasepak, malah menyeru agar anak-anak buah beliau supaya turut menggunakan kekuatan fizikal agar tidak mudah dibuli lagi kali ini. Apa yang cuba ditekankan oleh beliau adalah taktik menghalang penjaga gol yang kelihatan seperti permainan ragbi tidak seharusnya diguna pakai dalam bolasepak.

Berbalik pada perlawanan petang ini, Denilson diberitakan telah pulih sepenuhnya dan mungkin akan berada dibangku simpanan. Aku jangkakan Robin van Persie, Theo Walcott dan Tomasz Rosicky turut disimpan terlebih dahulu. Ini kerana Blackburn sudah semestinya akan mengasak dengan keras dan menghalang pemain-pemain ini bermain dengan baik.

Selain itu, agak berbahaya jika tiga pemain tersebut diturunkan awal kerana mereka terdedah kepada bahaya kecederaan akibat permainan kasar Blackburn. Oleh itu, Chamakh, Eboue dan Abou Diaby yang lebih tegap fizikalnya bakal diturunkan terlebih dahulu. Apabila tenaga pemain-pemain Blackburn berkurangan, barulah Wenger akan memasukkan pemain yang pantas dan teknikal agar lebih berkesan.

Barisan kemungkinan petang ini

Almunia
Sagna - Koscielny - Vermaelen - Clichy
Song
Fabregas - Diaby
Eboue - Chamakh - Arshavin

Simpanan: Fabianski, Gibbs, Denilson, Nordtveit, van Persie, Walcott, Rosicky

Kehadiran semula Koscielny dari penggantungan perlawanan akan menyaksikan Alex Song kembali ke posisi asal beliau iaitu defensive midfielder. Ketua pasukan Cesc Fabregas pula akan membuat penampilan dalam kesebelasan pertama buat pertama kali musim ini. Dengan kehadiran pemain-pemain utama kali ini, Blackburn mungkin tidak akan bernasib baik seperti dulu lagi.

Mail Online telah melaporkan Arsenal akan beralih kepada sasaran baru iaitu Mickael Landreau yang bermain untuk kelab Lille di Ligue 1 namun dalam pada masa yang sama masih belum berputus asa untuk mendapatkan Mark Schwarzer yang sudah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates. Ini dilihat sebagai plan B Arsene Wenger jika gagal mendapatkan penjaga gol berusia 37 tahun tersebut.

Mungkinkah Landreau bakal menjadi pemain Perancis ke-4 yang dibawa masuk musim ini?
Wenger dikatakan telah membuat pertanyaan kepada Lille dan Landreau telah dinilai sebanyak £6.5 juta oleh kelab tersebut. Penjaga gol berusia 31 tahun telah dikaitkan dengan Arsenal sejak musim lepas lagi dan perkembangan beliau telah diperhatikan rapat oleh Arsene Wenger. Walaupun tidak terpilih untuk mewakili skuad Piala Dunia 2010 Perancis, Landreau dilihat beraksi dengan cemerlang pada musim lepas bersama Lille.

The Sun UK pula melaporkan Arsenal dan musuh tradisi Spurs sangat berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah Peterborough, Ryan Bennet yang baru berusia 20 tahun. Scout dari kedua-dua kelab dikatakan telah dua kali datang ke Stadium London Road untuk melihat perkembangan bekas pemain Grimsby itu yang baru sahaja melengkapkan perpindahan  £400,000 ke Peterborough awal Januari tahun ini.

Bennet merupakan bintang muda England yang dikatakan bakal menyinar
Sementara itu, Samuel Galindo yang baru sahaja melengkapkan perpindahan ke Stadium Emirates bulan Julai lalu terpaksa dipinjamkan ke kelab UD Salamanca setelah beliau gagal memperoleh permit kerja di England. Galindo akan beraksi untuk kelab Sepanyol tersebut dalam jangka masa sehinggalah beliau memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mendapatkan visa Kesatuan Eropah.

Menurut laporan Young Guns Blog, apabila ditanya berkenaan Arsenal, pemain yang berasal dari Bolivia tersebut berkata:
Arsenal? it is a dream. The truth is that I didn’t expect it. When they announced their interest, it really touched me. Now it is a reality and I have to prove they made the right decision to sign me.

Galindo dikatakan mempunyai persamaan dengan Thiago Motta oleh seorang komentator Sepanyol
Bapa kepada pemain tengah tinggi lampai itu telah mengesahkan bulan lepas jika Samuel berjaya membuat penampilan yang mencukupi jumlah tertentu bersama Bolivia, beliau boleh mendapat permit kerja seawal tahun depan. Cara ini adalah sama seperti yang pernah dilakukan kepada Carlos Vela yang turut berdepan dengan masalah permit kerja suatu masa dahulu.



Pep Guardiola sendiri akui Gerrard Pique memang terencat otak. Lihat saja reaksi beliau apabila menjawab soalan wartawan dalam satu sidang akhbar tidak lama dulu.

Friday, August 27, 2010

Arsenal akan berdepan dengan pasukan Shakhtar Donetsk, Sporting Braga dan Partizan Belgrade hasil daripada cabutan bertuah yang meletakkan mereka di dalam kumpulan H. Laluan Arsenal untuk layak ke pusingan seterusnya nampak mudah dan ianya amat mengaibkan jika anak-anak buah Arsene Wenger gagal untuk berbuat demikian.

Perlawanan akhir untuk musim ini bakal berlansung di Stadium Wembley, England.
Namun, the Gunners akan menghadapi cabaran yang sukar apabila bermain ditempat lawan terutama sekali ketika perlawanan menentang Shakhtar Donetsk dan Partizan Belgrade kerana dijangkakan tidak ramai penyokong yang sanggup untuk pergi memberi sokongan ke negara timur Eropah tersebut. Walaupun begitu, ini adalah bukan alasan untuk Arsenal tidak layak dari peringkat kumpulan.

Pesaing Arsenal di Liga Perdana Inggeris, Man Utd dan Chelsea juga diramalkan tidak menghadapi sebarang masalah untuk layak dari kumpulan masing-masing. Sementara itu musuh tradisi, Tottenham Hotspur pula bakal berdepan dengan ujian getir apabila berada di dalam kumpulan yang sama dengan juara bertahan Inter Milan,Werder Bremen dan juga FC Twente.

Berikut adalah sedikit info tentang tiga pasukan lain yang turut bersama Arsenal dalam kumpulan H.

Shakhtar Donetsk yang merupakan juara Ukraine akan dibarisi oleh bekas penyerang Arsenal, Eduardo. Ironinya, Eduardo pernah berkata sebelum ini bahawa beliau tidak mahu berdepan dengan Arsenal di dalam kejohanan Liga Juara-juara Eropah. Yang jelasnya, penyokong Arsenal tidak akan berdendam dengan beliau meskipun beliau menjaringkan gol kemenangan untuk Shakhtar.

Sporting Braga adalah naib juara liga Portugis dan layak ke pusingan kumpulan Liga Juara-juara Eropah apabila menewaskan Sevilla di peringkat play-off dengan agregat 5-3. Perlawanan tersebut mengundang kepada kontroversi dalaman Sevilla apabila pemain terbaru Arsenal, Sebastian Squillaci tidak mahu bermain dengan Sevilla sebelum ini bagi mengelakkan beliau terikat kepada peraturan cup-tied.

Sementara itu Partizan pula mempunyai sejarah tersendiri dalam kejohanan ini. Mereka dan Sporting Lisbon mencipta sejarah apabila merasmikan perlawanan pertama European Cup iaitu nama lama bagi Champions League pada 4 September 1955. Partizan juga pernah menjadi naib juara dalam kejohanan ini pada tahun 1966 dimana mereka tewas kepada Real Madrid.

Thursday, August 26, 2010

Dalam sidang akhbar bersama wartawan sebentar tadi, Arsene Wenger akhirnya mengesahkan Sebastien Squillaci menjadi pemain terbaru yang dibawa masuk menyertai skuad the Gunners musim ini. Beliau dijangka akan memulakan latihan bersama rakan sepasukan yang lain esok pagi namun disahkan tidak akan diturunkan pada perlawanan menentang Blackburn hari Sabtu ini.

Squillaci sah menjadi milik Arsenal dengan bayaran perpindahan yang dianggarkan £3.8 juta
Arsene Wenger merasakan Squillaci mempunyai segala kualiti dan ciri-ciri untuk menjadi pemain pertahanan yang bagus di Liga Perdana Inggeris. Pemain berusia 30 tahun ini juga sangat berpengalaman dalam kejohanan-kejohanan besar seperti Liga Juara-juara Eropah terutama sekali ketika bersama Sevilla dan Lyon. Selain itu beliau juga mempunyai pengalaman diperingkat antarabangsa bersama skuad Perancis.

Menurut laporan Mirror Football, Wenger dipetik berkata:
We needed a centre-back of quality and experience if possible, and at the right price - Sebastien was all of that. He is a real defender and is good in the one against one, good in the air, and can score goals on set-pieces as well. I believe he will be suited to the English game. He will train with us tomorrow morning, but will not be involved on Saturday.

Arsenal juga sebelum ini dikaitkan dengan penjaga gol kebangsaan Australia, Mark Schwarzer namun Fulham telah menolak dua bidaan untuk pemain berusia 37 tahun itu. Walaupun Wenger tidak menolak kebarangkalian untuk membeli pemain lagi menjelang tarikh tutup jendela perpindahan, beliau menegaskan tiada perjanjian pembelian sedang dijalankan dalam masa terdekat ini.

Pengurus berusia 61 tahun itu berkata:
We are where we are - we have four great 'keepers and it is important we give confidence to them for the next game. I do not rule it out, but at the moment I say I am not in a position to sign anybody. At the moment, it is all dead.

Sudah semestinya pembelian terbaru ini melegakan ramai pihak terutama sekali penyokong Arsenal yang mengharapkan barisan pertahanan the Gunners musim ini sangat ampuh dari serangan-serangan pihak lawan. Namun begitu, skuad musim ini akan nampak lebih stabil dan mantap jika Wenger berjaya membawa penjaga gol baru bagi mengawal gawang gol Arsenal setelah Almunia dan Fabianski dilihat tidak mencapai tahap yang memuaskan dalam menjalankan tugas tersebut.

Kemungkinan dua seteru lama ini bakal bertemu sekali lagi dalam kempen Liga Juara-juara Eropah musim ini adalah tidak mustahil. The Sun UK hari ini menghangatkan suasana bersempena cabutan penentuan peringkat kumpulan pada malam ini dengan melaporkan kemungkinan Arsenal dan Real Madrid bakal berada dalam kumpulan yang sama. Ini adalah kerana Real Madrid berada dalam balang cabutan yang berlainan dan tidak terdiri dari pasukan yang diberikan keutamaan.

Mourinho pernah melabelkan Wenger sebagai 'voyeur' kerana selalu mengintai isteri beliau mandi
Mourinho pada awal minggu ini telah membuat serangan psikologi terhadap Wenger dan Arsenal dengan mengeluarkan kenyataan bahawa the Gunners masih belum cukup bagus untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris jika dibandingkan dengan Chelsea, Man Utd atau Man City yang mana mempunyai skuad dan sumber keewangan yang lebih stabil. Sudah pastinya akan lebih menarik jika kedua-dua pasukan ini dapat berentap dalam kumpulan yang sama dan lebih manis jika Arsenal berjaya menyebabkan Real Madrid tidak layak ke pusingan seterusnya.

Dalam cabutan untuk menentukan peringkat kumpulan, Arsenal, Chelsea, Man Utd, Barcelona, Inter Milan, Bayern Munich, AC Milan dan Lyon adalah pasukan yang diberikan keutamaan dan diletakkan di dalam balang cabutan yang sama. Ini bermakna pasukan-pasukan ini tidak akan bertemu sesama mereka dalam peringkat kumpulan. Tiga kelab Inggeris diberikan keutamaan kerana penglibatan mereka yang cemerlang sejak beberapa tahun yang lepas.

Sedikit fakta cabutan Liga Juara-juara Eropah musim ini:
  • Cabutan peringkat kumpulan musim ini berlansung di Monaco lebih kurang pukul 11 malam nanti.
  • Sebanyak 32 pasukan diasingkan dalam empat balang dimana terdapat lapan pasukan dalam setiap balang berdasarkan persembahan mereka sejak lima tahun lepas dan dari mana negara asal mereka.
  • Tiada pasukan dari balang atau negara yang sama akan diletakkan dalam kumpulan yang sama.
  • Perlawanan diasingkan diantara hari Selasa dan Rabu supaya tiada dua pasukan dari negara yang sama  akan bermain ditempat sendiri pada hari yang sama.
  • Lima pasukan British layak dalam kempen kali ini dimana Arsenal, Man Utd dan Chelsea berada dalam balang nombor 1 manakala Spurs dan Rangers dalam balang nombor 3.
  • Barcelona adalah pasukan yang berada kedudukan teratas dalam kejohanan ini manakala juara liga Turki, Bursaspor adalah yang paling bawah.
  • Pada tahun lepas, sebanyak £610.96 juta telah diagihkan kepada setiap kelab berdasarkan persembahan mereka dan wang hasil penyiaran di kaca televisyen.
  • Pada peringkat kumpulan sahaja setiap pasukan bakal menerima £11.6 juta. Ianya belum termasuk dengan bayaran £650,000 jika sesebuah pasukan itu menang dan £320,000 jika seri.

Oleh kerana tiada berita nak dikhabarkan buat masa ini, aku nak kongsikan artikel menarik tentang Koscielny yang diterbitkan oleh Goal.com. Okay, aku tau Goal.com adalah sumber yang selalunya tak boleh pakai namun artikel yang akan aku kongsikan ini agak menarik kerana ia membincangkan gaya permainan bekas pemain Lorient ini yang bakal memberi impak kepada taktik Arsenal musim ini.

Ramai yang agak terkejut apabila Arsene Wenger yang kebiasaannya sangat berjimat cermat, telah membelanjakan sebanyak £9 juta untuk pemain pertahanan tengah yang namanya tidak pernah didengari sebelum ini. Malah tidak hairan jugalah jika beberapa rakan sepasukan beliau tidak tahu siapakah Koscielny sebenarnya sebaik memulakan latihan pada hari pertama bersama skuad the Gunners.

Koscielny dikatakan lebih defensive dari Gallas
Sungguh pun begitu, Koscielny mungkin akan menjadi kunci utama Arsenal untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana musim ini. Tidak dinafikan beliau hanya bermain satu musim didalam  kancah bola sepak Ligue 1, namun persembahan konsisten Koscielny musim lepas sudah cukup untuk membuatkan Wenger tertarik untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 24 tahun tersebut.

Pasti ramai yang setuju masalah pertahanan yang berlanjutan adalah salah satu sebab utama yang menyebabkan Arsenal gagal untuk bersaing merangkul kejuaraan liga musim lepas. Pintu gol the Gunners telah dibolosi sebanyak 41 gol dalam keseluruhan 38 perlawanan liga. Lebih membimbangkan, sebanyak 10 gol telah dibolosi dalam empat perlawanan menentang Chelsea dan Man Utd.

Taktik Arsenal menentang Chelsea musim lepas (7/2/2010)
Masalah utama Wenger pada barisan pertahanan yang selalu diperkatakan adalah kurangnya sokongan pemain lain ketika bertahan dari diserang balas. Apabila Arsenal menguasai bola dan cuba mengatur serangan, kedua-dua pertahanan iaitu Gallas dan Vermaelen, turut naik sehingga ketengah padang. Ini menyebabkan pertahanan Arsenal terdedah kepada bahaya apabila diserang balas.

Sebagai contoh, ketika perlawanan menentang Chelsea dua gol awal yang dijaringkan Didier Drogba adalah hasil dari gerakan serangan balas yang kemudiannya merubah rentak permainan Arsenal menjadi lebih huru-hara. Begitu juga sewaktu perlawanan menentang Man Utd di Stadium Emirates. Pertahanan Arsenal makin mudah dirobek apabila sering melakukan serangan untuk menyamakan kedudukan.

Taktik Arsenal musim ini
Koscielny boleh mengubah bentuk pertahanan Arsenal. Beliau adalah seorang pemain pertahanan yang sejati dimana lebih selesa untuk menumpukan sepenuh perhatian dengan bertahan. Beliau juga lincah dan dapat mengesan situasi yang merbahaya dengan pantas. Selain itu, penyarung baru jersi no. 6 Arsenal ini juga mampu membuat terjahan yang bersih. Ini dibuktikan dengan fakta beliau hanya menerima tiga kad kuning dalam 35 penampilan dalam Ligue 1 musim lepas.

Walau bagaimanapun, Koscielny masih perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris yang mana permainannya lebih fizikal. Jika kebolehan semula jadi beliau ini dapat diserlahkan, barisan pertahanan Arsenal akan menjadi lebih mantap lantas menyelesaikan salah satu masalah utama yang menyekat kemaraan skuad muda ini dari merangkul sebarang kejuaraan.

Wednesday, August 25, 2010

Kehilangan Sebastian Squillaci kini menjadi tanda tanya. Beliau telah dikatakan terbang ke London dua hari yang lalu untuk menjalani ujian perubatan. Namun sehingga kini masih tiada berita berkenaan beliau. Ada khabar angin mengatakan pakar perubatan Arsenal telah menjalankan ujian lanjutan untuk memastikan beliau tidak mempunyai DNA Barcelona. Hahaha...

Gambar dari: Arsenal Action Blog

Mail Online telah menyiarkan kenyataan bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho mengenai pendapat beliau tentang pasukan manakah yang bakal memberi saingan dalam merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Pada pendapat beliau, Arsenal masih belum cukup bagus jika nak dibandingkan dengan Chelsea, Man Utd dan Man City yang dibarisi oleh pemain-pemain berpengalaman dan bereputasi tinggi.

Beliau dipetik berkata:
Year after year it looks like, but no, looks like, but no. Always the same type of comment, ‘it’s a young team’, ‘it will be next season’. I remember when we played them in a Carling Cup semi-final when they played the ‘team of young boys’. The ‘team of young boys’ is not any more the team of young boys now, they are the team of 25, 26, 27-year-olds. So Fabregas, Walcott, Clichy, Song, Sagna, they are not any more a team of young kids, they are a team in the age to win things. But I do not think they will do it. I think it will again be Man United, Chelsea and of course Man City, because they have a great squad.

Kenyataan Mourinho ada juga benarnya walaupun diantara nama-nama yang disebut, hanya Clichy dan Sagna sahaja yang tergolong pemain dalam lingkungan umur 25 hingga 27 tahun. Namun Arsenal kini dibarisi oleh pemain seperti Vermaelen, Rosicky, Arshavin, van Persie, Almunia dan mungkin juga Squillaci yang berumur 25 tahun keatas dan boleh juga dikatakan sudah mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk bergelar pemenang. Alasan Arsenal masih dibarisi oleh pemain-pemain muda sudah tidak boleh diguna pakai.

Dua muka baru yang dibawa masuk dari kelab Perancis setakat ini
Aku pasti bila ditanya tentang keyakinan dengan skuad yang ada sekarang, ramai yang yakin. Aku pun begitu tetapi dalam hati, masih ada rasa sangsi dengan pemain-pemain yang ada sekarang. Mujurlah dengan adanya pembelian baru seperti Marwan Al-Shamakh, Laurent Koscielny dan kemungkinan Sebastian Squillaci menguatkan kembali tahap keyakinan ini. Cuma satu lagi pembelian pemain diperlukan iaitu penjaga gol yang cekap dan berpengalaman bagi menggantikan Almunia yang mana mutu permainan beliau dilihat semakin merosot.

Walau bagaimanapun, tidak nafikan mereka-mereka ini bukanlah nama besar dan tidak pernah menang apa-apa sebelum ini melainkan Cesc Fabregas yang pernah merasakan nikmat menjadi juara Eropah dan Dunia bersama Sepanyol serta Arshavin sebagai juara  Europa League dan Europen Super Cup bersama Zenit St. Petersburg. Oleh itu adalah normal jika Mourinho atau sesiapa sahaja mempersoalkan kebolehan anak didik Wenger ini.

Perlu di ingat, tiada manusia yang dilahirkan semulajadi sebagai  pemenang melainkan mereka sendiri berusaha untuk menang. Suatu ketika dahulu tiada siapa yang menyangka Arsenal boleh bertahan dari mengalami kekalahan selama 49 perlawanan. Tidak mustahil juga keajaiban boleh berlaku sekali lagi. Pada akhirnya terpulanglah kepada Wenger dan anak-anak buah beliau untuk membuktikan bahawa mereka layak bergelar juara.

Tuesday, August 24, 2010

Setelah kejayaan menjaringkan hat-trick pada perlawanan liga menentang Blackpool tempoh hari, Theo Walcott kini menjadi buah mulut ramai tidak kira dikalangan peminat, media dan juga penulis blog. Walcott mempamerkan aksi yang cemerlang dan boleh dikatakan ianya persembahan yang terbaik beliau sepanjang karier bersama Arsenal. Jadi aku juga tidak ketinggalan untuk memperkatakan tentang isu hangat ini. Mampukah Theo Walcott mengikut jejak langkah lagenda Arsenal, Thierry Henry?

Mari kita mulakan dengan karier awal Theo Walcott. Beliau memulakan karier senior bersama Southampton pada tahun 2005. Walcott membuat penampilan senior pertama ketika Southampton menentang Leeds United dalam perlawanan Liga Championship dimana beliau turut menjaringkan gol pada perlawanan tersebut. Beliau terus menjadi perhatian apabila menjaringkan gol pada perlawanan seterusnya menentang Milwall dan sekali lagi ketika menentang Stoke City. Sejak dari itu Walcott menjadi buruan pasukan ternama seperti Chelsea, Liverpool, Man Utd, Spurs dan termasuk jugalah Arsenal.

Dalam banyak-banyak tawaran tersebut, Walcott telah memilih Arsenal sebagai kelab pilihan beliau dengan perpindahan bernilai £12 juta. Arsenal tidak membayar wang perpindahan tersebut sekali gus untuk pemain yang ketika itu berusia 17 tahun. Perjanjian pembayaran adalah £5 juta wang pendahuluan dan diikuti £5juta berdasarkan penampilan bersama kelab dan lagi £2 juta berdasarkan penampilan bersama pasukan kebangsaan. Suatu ketika dulu, Walcott pernah menjadi perhatian apabila beliau tersenarai dalam skuad Piala Dunia 2006 England. Ramai pihak telah mengkritik pemilihan tersebut kerana beliau masih muda dan tidak pernah bermain dalam Liga Perdana.

Karier bersama Arsenal tidaklah seindah yang disangka. Pada usia yang masih muda, Walcott kurang mendapat peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama. Oleh kerana mempunyai reputasi yang tinggi dan dikatakan mempunyai ketangkasan seperti Thierry Henry, beliau turut merasakan tekanan apabila ramai yang mengharapkan beliau dapat menyamai kehebatan lagenda Arsenal itu. Selain itu, Walcott juga dibebani banyak masalah kecederaan dibahagian bahu, belakang dan lutut yang membuatkan beliau tidak dapat beraksi dengan baik.

Adakah Walcott akan mempamerkan aksi yang konsisten musim ini?
Bagi pemain yang banyak menghadapi masalah kecederaan, agak sukar untuk seseorang itu mendapat rentak permainannya kembali selain keyakinan yang kian pudar. Akibat dari masalah ini, persembahan Walcott menjadi tidak konsisten dimana ada ketika beliau beraksi dengan baik dan ada ketikanya beliau lansung tidak memberikan sebarang impak dalam sesuatu perlawanan. Hasilnya, beliau menjadi mangsa kritikan beberapa tokoh bolasepak yang disegani di England antaranya dari lagenda Liverpool yang juga seorang pengulas sukan BBC, Alan Hansen dan lagenda Spurs, Chris Waddle.

The ball comes to him and if he gets a good first touch he might be on his way if he shows pace. But he has a plan in his mind before the ball comes to him. He's not looking as if to think, 'This is where I want to be, this is where I want to go, and this is what I'm going to do'. It just seems to be all off the cuff. People keep saying to me, 'Oh he's young and he'll learn'. I keep thinking, 'Fabregas has learnt and he's young, Rooney has learnt... they all read the game so well'. I just don't think he's got a football brain and he's going to have problems.

Waddle tidak boleh bandingkan Walcott dengan Fabregas mahupun Rooney. Mereka tidak mengalami masalah seperti yang diterangkan sebelum ini. Tempoh matang seseorang pemain untuk menyerlah juga adalah tidak sama. Mungkin Walcott sedikit lambat tetapi beliau baru berusia 21 tahun. Henry juga baru menyerlah selepas menyertai Arsenal pada umur 22 tahun. Tidak mustahil juga tempoh matang beliau sama dengan Thierry Henry. Beliau juga pernah dikritik sebelum ini oleh penulis arsenalnewsreview.co.uk, Myles Palmer. ArsenalNewsReview adalah salah satu sumber berita tidak rasmi yang sangat popular suatu ketika dulu.

Palmer pernah mengkritik Thierry Henry dalam penulisan beliau ketika menghasilkan review post-match perlawanan pra musim Arsenal musim 1999/2000. Pada ketika itu, Henry yang masih mewakili Juventus sedang hangat diperkatakan tentang perpindahan ke Highbury. Palmer menulis:
And remember, Thierry Henry is not a striker. He is not a goalscorer. He scored only 20 goals in 103 games for Monaco. And he did nothing at Juventus. Henry is a right-footed left winger who is quick and skilful. He can also play wide on the right. Even Arsene Wenger cannot make Henry into a striker. So lets get that straight in our minds before we read any more ignorant tosh in the papers. Got it? Thierry Henry is a winger.

Lebih kurang sebulan selepas penulisan beliau ini, Thierry Henry menyertai Arsenal dengan bayaran perpindahan £10 juta. Ternyata kenyataan Palmer meleset apabila Henry tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dalam Liga Perdana Inggeris walaupun tidak begitu menyerlah ketika bersama Juventus di Serie A. Apakah persamaan Thierry Henry dengan Theo Walcott yang dapat dikesan dan cuba dihasilkan oleh Arsene Wenger? Apakah yang membuatkan Wenger memberikan jersi nombor 14 kepada Theo Walcott?

Mari kita selidik sedikit latar belakang Thierry Henry pula. Sama seperti Walcott, Henry juga asalnya bermain diposisi penyerang ketika usia remaja beliau. Sewaktu bersama Monaco yang mana Arsene Wenger merupakan pengurus disitu, beliau telah diletakkan sebagai pemain sayap kerana Wenger percaya ketangkasan, kawalan bola yang baik dan kemahiran beliau mampu merobek pertahanan lawan. Pada masa yang sama, Wenger terus mencari posisi yang sesuai untuk Henry. Beliau merasakan Henry sepatutnya diletakkan sebagai penyerang, namun beliau tidak begitu pasti. Adakah anda semua perasan, situasi ini hampir sama dengan Walcott?

Henry merupakan lagenda Arsenal yang tiada tandingan
Kini Walcott telah berjaya membuktikan kebolehan sebenar beliau dengan persembahan yang lebih meyakinkan. Pada perlawanan menentang Blackpool tempoh hari, Walcott kelihatan tenang membuat penyudahan disamping melakukan tugas rutin beliau mengkucar-kacirkan pertahanan lawan. Tidak hairanlah Wenger memberikan pujian dan semangat yang membina untuk Walcott. Wenger percaya boleh lakukan perkara yang sama kepada Walcott seperti apa yang telah beliau lakukan kepada Henry iaitu menukar posisi sayap yang tangkas kepada penyerang yang produktif.

I believe that Theo can score goals because when he was young he scored goals. I know it goes away a little between the ages of 18 and 21, when players adapt to the top level, but I think Theo can score goals and I am convinced he will finish in the middle. First of all he has good timing of his runs, and he senses when you have to go behind the defenders. And he has electric pace – once he is a yard past a central defender nobody in the world can catch him. He’s quite a good finisher. He used to be too nervous in front of goal and rushed his movements. Now he is composed.

Diharap Walcott tidak begitu selesa dengan pujian yang telah diberikan dan mampu mempamerkan aksi yang konsisten pada setiap perlawanan musim ini hingga ke akhir karier. Cuma apa yang membimbangkan adalah masalah kecederaan yang sering menghantui beliau. Sama-samalah kita berharap agar Walcott tidak dibebani masalah kecederaan yang boleh membantutkan prestasi permainan pada masa akan datang. Hasil bimbingan dari Wenger dan tiada nasib yang malang, tidak mustahil Walcott mempu menandingini Thierry Henry. Akhir kata, all the best kepada Theo Walcott!!

Monday, August 23, 2010

Sevilla telah mengumumkan di dalam laman web rasmi mereka sevillafc.es bahawa Sebastien Squillaci kini telah berlepas ke London untuk menjalani ujian perubatan di Stadium Emirates setelah kedua-dua kelab telah mencapai kata sepakat dalam perjanjian perpindahan ini. Khabar angin mengatakan Arsenal telah bersetuju untuk membayar £5.5 juta untuk mendapatkan pemain tersebut. Mereka turut menyatakan bahawa Squillaci meminta tidak agar diturunkan dalam perlawanan play-off Liga-liga Juara Eropah lalu atas alasan tidak sihat.

Squillaci melambaikan tangan sebelum berlepas ke London
CaughtOffside pula mengaitkan Gael Clichy dengan perpindahan ke Santiago Bernabeu dimana Jose Mourinho dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain bek kiri itu dengan harga £16 juta. Mourinho yang kini sedang mencari sasaran bek kiri yang baru setelah gagal mendapatkan Ashley Cole. Namun begitu tiada apa yang perlu dirisaukan kerana sumber tersebut bukan boleh dipercayai sangat dan jika ianya benar sekalipun, ini akan memberikan peluang kepada pemain kebangsaan England iaitu Keiran Gibbs untuk menyinar.

Sementara itu bekas ketua pasukan Arsenal iaitu William Gallas telah melengkapkan perpindahan ke White Hart Lane hari ini. Sebelum ini Gallas dikaitkan dengan beberapa kelab di Eropah termasuklah AS Roma, Celtic dan Panathinaikos yang mana kesemuanya tiada kata persetujuan dapat dicapai kerana beliau dikatakan meminta gaji yang tinggi. Kemungkinan Gallas akhirnya menyertai Spurs adalah samada beliau tiada  kelab lain lagi yang mahukan khidmat beliau ataupun Spurs sanggup membayar gaji yang mahal untuk pemain yang berusia 33 tahun itu.

Sunday, August 22, 2010



Highlights perlawanan semalam selama 16 minit. Macam biasa, kalau tak boleh play, sila update adobe flash anda. Kalau tak boleh jugak, maknanya internet anda tu lembab. Haha..

Seperti yang dijangka, Cesc Fabregas dan Robin van Persie tidak diturunkan dalam kesebelasan utama. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka ini disenaraikan sebagai pemain gantian. Alex Song pula diturunkan sebagai pertahanan tengah. Sementara Emmanuel Eboue tidak tersenarai dalam kesebelasan utama kali ini bagi memberi peluang kepada Theo Walcott mempamerkan aksi beliau seawal sepak mula. Ternyata kali ini Walcott tidak mensia-siakan kepercayaan Arsene Wenger terhadap beliau.

Barisan kesebelasan utama yang diturunkan

Almunia
Sagna - Song - Vermaelen - Clichy
Diaby
Rosicky - Wilshere
Walcott - Chamakh - Arshavin

Permainan nampak seimbang pada awalnya dimana Blackpool bermain dengan penuh keyakinan seperti mengharapkan dapat melakukan kejutan keatas Arsenal. Namun persembahan mereka mula goyah apabila Theo Walcott membuka tirai jaringan gol seawal minit ke-11. Ianya bermula dari hantaran Rosicky kepada Arshavin yang berjaya mengesan Walcott tidak dijaga oleh pertahanan Blackpool. Walcott kemudian dengan tenang menyepak masuk bola ke dalam penjuru kanan gol lawan.

Pada minit ke-32, Maroune Chamakh dijatuhkan di dalam kotak penalti dan pemain pertahanan lawan, Ian Evatt dilayangkan kad merah. Sepakan penalti diambil oleh Andrey Arshavin dan beliau tidak mengecewakan apabila menjadikan kedudukan 2-0. Permainanan mula menjadi milik Arsenal apabila Blackpool terpaksa bermain dengan sepuluh orang. Asakan bertali arus menyaksikan Theo Walcott menyumbat gol ke-3 Arsenal pada minit ke-39 hasil hantaran Jack Wilshere. Separuh masa tamat dengan kedudukan 3-0.

Bermulanya separuh masa kedua, Arsenal tidak memperlahankan permainan malah sebaliknya. Gol ke-4 hadir hasil dari hantaran lintang Bakari Sagna yang disempurnakan dengan baik oleh Abou Diaby pada minit ke-49. Lebih kurang sepuluh minit selepas itu, Walcott melengkapkan hat-trick pertama bersama the Gunners apabila sepakan kaki kiri beliau menerjah masuk kedalam gawang lawan hasil hantaran Abou Diaby pada minit ke-58 untuk gol kelima Arsenal.

Walcott melengkapkan hat-trick pertama bersama Arsenal, yang kedua untuk peribadi
Pada minit ke-62, Fabregas dan van Persie dibawa masuk menggantikan Diaby dan Arshavin. Selang empat minit kemudian, Walcott direhatkan bagi memberi peluang kepada Carlos Vela membuktikan kemampuan beliau pula. Saat yang dinanti-nantikan oleh Marouane Chamakh untuk menjaringkan gol akhirnya tiba pada minit ke-83 apabila sepakan penjuru yang diambil oleh van Persie ditanduk dengan baik melepasi penjaga gol Blackpool. 

Rumusan

6-0 adalah keputusan yang sangat baik. Memang benar, Arsenal hanya berdepan dengan Blackpool yang mana pertahanan mereka tidak seampuh Man Utd atau Chelsea. Namun ianya harus dilihat sebagai keputusan yang menaikkan moral pemain dan menyuntik semangat untuk berjuang sehingga ke hujung musim ini. Perlawanan malam tadi juga dijadikan sebagai pemanas badan buat Cesc Fabregas dan Robin van Persie untuk meningkatkan tahap kecergasan mereka.

Kita juga dapat lihat kemajuan Theo Walcott membuat penyudahan. Kali ini beliau nampak tenang dan berbisa namun masih lemah dalam kemahiran menggelecek. Almunia dan barisan pertahanan Arsenal kurang mendapat cabaran dari pasukan lawan tetapi tidak menghampakan apabila sesekali diserang balas. Tomas Rosicky menggalas tugas sebagai perancang utama dengan baik sekali manakala Jack Wilshere kelihatan gugup dan masih perlukan lebih pendedahan.

Sementara itu sedikit peningkatan dilihat juga pada Abou Diaby dimana beliau semakin dapat menyesuaikan diri dengan peranan holding midfielder. Beliau dapat mengawal bola dengan baik sementara rakan sepasukan mengatur serangan. Cuma apabila semua sudah bersedia, beliau perlu menghantar bola dengan segera. Chamakh pula membuktikan kebolehan bola atas udara beliau yang sebelum ini diperkata ramai. Semangat beliau terus mencuba untuk mendapatkan gol haruslah dipuji dan dicontohi oleh pemain lain.

Secara keseluruhannya, keputusan ini tidak boleh dijadikan pengukur untuk mengukur kebolehan Arsenal musim ini sebaliknya dijadikan sebagai penyuntik semangat. Perlu diingat, pasukan lain tidak sama seperti Blackpool yang sering melakukan kesilapan. Apa yang setiap pemain harus lakukan ialah dengan mengekalkan fokus mereka bagi meneruskan persembahan yang konsisten. 

Rating Blog Arsenal Nombor Empat

Manuel Almunia (6) 
Jarang dicabar oleh barisan serangan Blackpool. Tidak dapat mempamerkan kehebatan beliau.

Bakari Sagna (8)
Banyak membantu dalam serangan mahupun bertahan. 1 assist.

Alex Song (7)
Bertahan dengan baik.

Thomas Vermaelen (7)
Bertahan dengan baik.

Gael Clichy (7)
Banyak membantu dalam serangan mahupun bertahan.

Abou Diaby (9)
Menjalankan tugas sebagai holding midfielder dengan baik. 1 assist, 1 gol.

Tomas Rosicky (8)
Menjadi perancang utama dengan baik.

Jack Wilshere (6)
Masih lagi gugup dimana beliau perlukan lebih pendedahan. Banyak melakukan kesilapan namun berjaya assist 1 gol.

Theo Walcott (10) - Man of the Match
Hat-trick!

Marouane Chamakh (8)
Usaha keras beliau berhasil apabila berjaya menjaringkan 1 gol.

Andrey Arshavin (9)
1 gol dan 1 assist.

Cesc Fabregas (7)
Mengekalkan rentak serangan Arsenal.

Robin van Persie (7)
Tidak banyak masa untuk mempamerkan aksi sebenar namun masih berjaya menghasilkan 1 assist.

Carlos Vela (6)
Tidak banyak masa untuk mempamerkan aksi.

Highlights

Oleh kerana aku masih belum jumpa video highlights perlawanan ni, aku letakkan kat sini klip budak-budak AFCSM cuba mengadaptasikan suasana seperti di Emirates Stadium kat Eckywoobee Sports Cafe. Haha!



Saturday, August 21, 2010

Perlawanan pertama musim ini di Stadium Emirates bakal menyaksikan the Gunners berentap menentang Blackpool yang baru layak bermain di dalam Liga Perdana. Walaupun Arsenal dijangka tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mengutip mata penuh, kemampuan pasukan Blackpool tidak haruslah diperkecilkan.

Pada perlawanan pembukaan minggu lepas, Blackpool telah menang mengejut keatas Wigan dengan membelasah the Latics 4 - 0 di tempat lawan. Secara dasarnya, Blackpool tidak mempunyai sebarang tekanan kerana mereka adalah pasukan pilihan. Arsenal perlu sentiasa fokus jika tidak mahu keputusan yang sama terjadi sekali lagi seperti ketika the Gunners tewas 1 - 2 ditangan Hull City di Stadium Emirates dimana mereka juga baru layak bermain di dalam Liga Perdana musim itu.

Sikap inginkan kemenangan perlu dikekalkan oleh setiap pemain Arsenal terutama sekali kepada Diaby, Denilson dan Arshavin yang kurang bersemengat jika dibandingkan dengan Fabregas dan Van Persie. Namun dengan kembalinya Captain Fabregas dan beberapa pemain lain, diharap dapat menyuntik semangat pemain-pemain lain. Empat pemain yang terlepas beraksi minggu lepas dan disahkan cergas untuk bermain malam ini adalah Fabregas, Song, Denilson dan Djourou.

Barisan kemungkinan malam ini yang dijangka oleh Blog Arsenal Nombor Empat

Almunia
Sagna - Djourou - Vermaelen - Clichy
Song
Diaby - Rosicky
Walcott - Chamakh - Wilshere

Simpanan: Fabianski, Nordtveit, Gibbs, Eboue, Fabregas, Arshavin, Van Persie

Johan Djourou mungkin akan diturunkan di bahagian pertahanan setelah Laurent Koscielny digantung satu perlawanan akibat mendapat kad merah hasil dari dua kad kuning ketika menentang Liverpool tempoh hari. Namun begitu, Alex Song dan Harvard Nordtveit juga mampu mengisi kekosongan itu jika Djourou dirasakan belum cukup cergas. Tomas Rosicky pula akan diberikan tugas sebagai perancang utama setelah Samir Nasri terpaksa direhatkan selama sebulan akibat kecederaan.

Rosicky bakal menjadi tonggak utama Arsenal pada perlawanan malam ini
Cesc Fabregas dan Van Persie mungkin tidak akan diturunkan dalam kesebelasan utama malam ini kerana Wenger telah menyatakan beliau tidak mahu mengambil risiko terhadap dua pemain tersebut. Namun, untuk mengelak dari keputusan yang tidak diingini terjadi, kedua-dua pemain ini akan bersedia dibangku simpanan. Sementara itu Arshavin yang sebelum ini mendakwa dirinya belum benar-benar pulih mungkin juga akan bersedia dibangku simpanan.

Secara keseluruhannya, tiada keputusan lain yang harus Arsenal dapat malam ini melainkan tiga mata penuh!

The Sun UK melaporkan, Ian Holloway telah memuji Arsene Wenger sebagai seorang  yang genius dalam bolasepak. Beliau juga menyatakan hasrat untuk bertemu dan berbual mesra dengan Wenger ketika bertandang ke Stadium Emirates nanti. Holloway berharap agar kenalan beliau iaitu Steve Rowley yang juga ketua scout Arsenal dapat mengaturkan sesi tersebut.

Riak wajah seorang genius
Beliau dipetik berkata:
I'd love to have a good natter with him. I've asked if I can go down there and I know Steve Rowley, their chief scout, well. So he is trying to fix it up. It will be an honour for me to meet the man face-to-face. But I am going to try to beat him.

Bagi pengurus pasukan Blackpool itu, beliau mahu belajar sebanyak dan sebaik yang mungkin ketika pasukan beliau berentap menentang Arsenal malam nanti. Blackpool sebelum ini telah menang mengejut terhadap Wigan yang sudah hampir lima musim berada di Liga Perdana akan cuba sedaya upaya untuk mengalahkan pasukan bimbingan Wenger ini.

Holloway juga ingin mendapatkan kebenaran Arsene Wenger untuk melihat sesi latihan yang diguna pakai Arsenal dan berharap agar dapat meniru sedikit sebanyak cara yang dirasakan berkesan oleh beliau. Selain Holloway, terdapat juga beberapa pengurus lain di Liga Perdana yang mengagumi Wenger seperti Steve Bruce, Roberto Martinez dan Owen Coyle.

Mungkin juga Holloway ingin mengeratkan hubungan dengan Arsenal bagi mencerahkan peluang Blackpool untuk meminjam pemain-pemain muda Arsenal yang sangat berbakat seperti yang telah dilakukan Steve Bruce bagi mendapatkan Bendtner dan Owen Coyle ketika meminjam Wilshere.

p/s: Aku sangat sarankan korang baca artikel Five Good Reasons Arsene Wenger Should Continue Shooting With The Gunners yang ditulis oleh Hanie T dalam blog Arsenal FC Malaysian Gooners (AMG).

Benfica telah menamatkan perbincangan dengan  Arsenal untuk mendapatkan Armand Traore. Pemain bek kiri itu gagal mendapat kata sepakat dalam perjanjian peribadi yang ditawarkan oleh Benfica walaupun beliau sebelum ini mengakui sangat teruja untuk menyertai kelab liga Portugis tersebut.

Traore telah menjalani ujian kesihatan di Estadio da Luz kelmarin setelah kedua-dua kelab bersetuju dalam perjanjian perpindahan sebanyak £3.4 juta dimana Benfica akan membayar wang pendahuluan sebanyak £2juta. Dalam perjanjian tersebut, Arsenal juga bakal mendapat 25% wang hasil jualan jika pemain tersebut dijual ke kelab lain.

Namun permintaan gaji beliau telah menyebabkan perjanjian perpindahan ini dibatalkan. Seperti mana yang dilaporkan oleh Young Guns, Traore berkemungkinan meminta gaji yang sama ketika bersama Arsenal iaitu £12,000 seminggu manakala Benfica hanya menawarkan lebih kurang separuh dari harga tersebut memandangkan beliau masih dibawah umur 21 tahun dan bukan pemain kesebelasan utama di Stadium Emirates.

Pemain yang berasal dari Perancis itu kini telah kembali ke London dan buat masa ini tiada kelab lain yang menghubungi Arsenal untuk mendapatkan khidmat beliau.

Simpson menyertai Arsenal sejak berumur 9 tahun
Sementara itu, Jay Simpson telah menyertai Hull City dengan bayaran perpindahan yang dianggarkan sebanyak £1.5 juta. Pemain berusia 21 tahun itu telah meninggalkan Stadium Emirates setelah hampir 12 tahun bersama Arsenal. Beliau memilih Stadium KC sebagai destinasi kerana dijangka dapat bermain dalam kesebelasan utama Hull City yang kini bermain dalam Liga Championship.

Friday, August 20, 2010

Sevilla memberi amaran kepada Arsenal bahawa mereka tidak akan melepaskan Sebastien Squillaci dengan harga yang murah. Mereka dipercayai inginkan wang perpindahan sebanyak £6.5 juta untuk pemain tersebut, namun nampaknya tawaran Arsenal masih belum menyamai nilai yang diminta.

Menurut laporan Mirror Football, Sevilla difahamkan telah mengendalikan mesyuarat tergempar bersama ahli lembaga dimana mereka membincangkan mengenai tawaran tersebut yang turut bergantung samada mereka dapat mencari pengganti Squillaci sebelum tutupnya jendela perpindahan pada 1 September ini.

Sementara itu apabila ditanya mengapa pemain tersebut tidak diturunkan dalam perlawanan Liga Juara-juara Eropah, pengarah sukan Sevilla, Ramon Rodriguez mengakui bahawa pemain tersebut telah membuat permintaan sebegitu bagi mengelakkan beliau terikat dari bermain dengan mana-mana kelab pada kejuaraan di Eropah.

Rodriguez dipetik berkata:
"The player asked not to play because of the offer from such a big team, but, for the moment, we believe the offer is insufficient and Squillaci is still a Sevilla player,"

Satu lagi berita yang tidak menyenangkan yang dilaporkan oleh Mirror Football ialah bidaan kedua Arsenal untuk mendapatkan Mark Schwarzer ditolak oleh Fulham. The Gunners yang pernah membuat bidaan pertama sebanyak £2 juta untuk penjaga gol kebangsaan Australia pada Mei lalu, gagal untuk memperbaiki tawaran asal mereka.

Arsenal dipercayai sangat yakin untuk mendapatkan penjaga gol berusia 37 tahun itu dengan menawarkan tawaran sama seperti yang sebelumnya apabila pemain tersebut telah meminta untuk berpindah dari kelab. Mark Hughes pula tetap dengan pendirian beliau untuk tidak menjual pemain veteran itu melainkan mendapat tawaran yang dirasakan sesuai.

Terdapat khabar angin yang mengatakan punca tiada kata sepakat dapat dicapai dalam perbincangan ini adalah kerana Fulham inginkan £4 juta berserta Carlos Vela. Namun yang jelasnya Arsene Wenger tidak ingin menaikkan nilai bidaan asal terhadap pemain terbabit dan kini mungkin mengalihkan perhatian beliau untuk mendapatkan Shay Given ataupun Marten Stekelenberg.

Arsenal.com pula mengesahkan Emmanuel Frimpong yang baru sahaja diserap ke dalam skuad utama Arsenal mengalami kecederaan ligamen lutut. Kecederaan ini dialami ketika dalam latihan yang menyebabkan beliau terpaksa direhatkan selama enam hingga ke sembilan bulan. Berita buruk ini datang sehari selepas Samir Nasri disahkan bakal terlepas beraksi selama sebulan.

Pemain defensive midfielder yang berusia 18 tahun ini banyak memainkan peranan ketika perlawanan pra musim yang lalu dan menurut Arsene Wenger, jika Frimpong tidak tercedera sebegini, beliau berkemungkinan dapat beraksi bersama skuad utama dalam kempen memburu kejuaraan musim ini.

Sementara itu Arsenal.com turut menyiarkan berita dimana empat pemain yang terlepas untuk beraksi pada perlawanan pembukaan menentang Liverpool minggu lepas berpeluang untuk membuat penampilan pertama musim ini. Mereka adalah Alex Song yang baru pulih dari kecederaan betis, Johan Djourou otot belakang lutut, Denilson otot perut dan juga Cesc Fabregas yang sebelum ini tidak cukup cergas.

Dalam berita lain pula, ejen kepada Armand Traore mengatakan bahawa Benfica semakin hampir untuk mendapatkan left-back yang berusia 20 tahun itu dengan harga sebanyak £3 juta. Proses rundingan untuk perjanjian ini masih lagi berlansung antara kedua-dua kelab.

Traore menjadi pilihan ketiga di Stadium Emirates dibelakang Clichy dan Gibbs
Menurut laporan ClubCall, ejen Traore, Richard des Voeux berkata:
"A number of European clubs were interested in Armand but the Benfica option is more important in many aspects. The interest is real and we are at a sensitive stage (of negotiations). Armand is aware of contacts between Benfica and Arsenal.Benfica are a wonderful club that would interest any player. Obviously, Armand is very interested and excited about the possibility of coming to play at Benfica. Nothing is finalised, but things can be decided very soon."

Thursday, August 19, 2010

Arsene Wenger kini dikatakan sedang mengalih perhatian beliau kepada pemain kebangsaan Perancis, Sebastien Squillaci sebagai langkah untuk memperkuatkan barisan pertahanan Arsenal terutama sekali dibahagian tengah setelah beberapa pemain pertahanan yang dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates sebelum ini tidak dapat direalisasikan.

Squillaci hanya membuat 20 penampilan bersama Perancis setakat ini
Squillaci tidak tersenarai dalam skuad Sevilla yang menentang Braga pada perlawanan play-off pertama Liga Juara-juara Eropah semalam kerana kelab dari Sepanyol itu tidak mahu beliau terikat dari bermain mana-mana kelab lain di Eropah yang mana dapat menyebabkan perjanjian perpindahan dengan kelab lain terutama sekali Arsenal tidak menjadi kenyataan.

Menurut laporan guardian.co.uk, Wenger dipercayai telah berbincang dengan Sevilla tentang perpindahan pemain berumur 30 tahun tersebut untuk dibawa masuk sebelum jendela perpindahan tutup pada hujung bulan ini. Beliau merupakan sebahagian daripada skuad Piala Dunia Perancis tetapi tidak membuat sebarang penampilan dalam kempen yang mengecewakan itu.

Sementara itu Mail Online pula melaporkan, ejen kepada Kwadwo Asamoah menasihatkan beliau agar tidak melupakan impian untuk berpindah ke Arsenal. Pemain tengah berusia 21 tahun itu pada mulanya menerima hakikat untuk terus bersama kelab Udinese tetapi kini ejen beliau mengatakan bahawa Arsenal berminat untuk dapatkan beliau.

Asamoah menjadi tonggak utama Ghana setelah ketiadaan Essien
Asamoah mempamerkan aksi yang memberansangkan pada Piala Afrika awal tahun ini, gagal mempamerkan aksi yang sama ketika Piala Dunia lepas. Ini menyebabkan beberapa kelab terkemuka mula hilang minat untuk mendapatkan khidmat beliau. Menurut ejen beliau, Claudio Vagheggi, masih tiada yang kukuh buat masa ini dan mereka sedang menuggu tawaran yang dijangka bakal diterima beberapa hari lagi.