Friday, October 29, 2010

Arsene Wenger menunjukkan keseriusan beliau untuk mengakhiri kemarau piala di dalam kabinet Arsenal setelah menurunkan barisan kesebelasan dan pemain gantian yang agak kuat dimana hanya Szczesny dan Craig Eastmond sahaja yang masih belum membuat penampilan dalam perlawanan liga. Tidak kurang juga pada bangku simpanan yang dibarisi oleh Sagna, Arshavin dan Fabregas.

Pemilihan Carlos Vela berbanding JET adalah seperti diramalkan namun sayangnya persembahan penyerang Mexico tersebut agak mengecewakan apabila melepaskan dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Manakala Eastmond pula tanpa disangka diturunkan berbanding Henri Lansbury yang menyerlah serta menjaringkan gol ketika perlawanan pusingan sebelumnya menentang Spurs.

Arsenal mengawal perlawanan sejak sepak mula dan mempunyai banyak peluang untuk mendahului namun Newcastle pula yang hampir membuka tirai jaringan apabila Nile Ranger berjaya meloloskan diri dari pertahanan Arsenal dan melepasi Szczesny yang meluru keluar akan tetapi digagalkan oleh Laurent Koscielny apabila beliau menampan bola baik. 

Szczesny yang sebelum ini melahirkan rasa tidak puas hati kerana kurang mendapat peluang bermain membuktikan bahawa beliau tidak bercakap kosong apabila berjaya mengawal gawang dari dibolosi disamping mempamerkan dua aksi 'world class' iaitu ketika menepis bola hasil rembatan kencang Alan Smith dari luar kotak penalti dan sepakan percuma yang padu dari Ryan Taylor. Sudah pasti persembahan beliau ini memberikan tekanan kepada Fabianski agar meneruskan kecermelangan beliau.

Kombinasi kelajuan dan kekuatan tonggak serangan Arsenal
Walaubagaimanapun, pemain yang mencuri perhatian kali ini adalah Theo Walcott apabila menggunakan kelebihan beliau melalui larian pantas yang tidak terkejar oleh pemain pertahanan Newcastle disamping disudahi dengan dua jaringan yang menarik. Kini kita dapat melihat Walcott yang lebih matang dan berkeyakinan berbanding diri beliau yang sebelum ini. Ianya merupakan gol kelima beliau dalam enam perlawanan.

Sementara itu, Nicklas Bendtner pula meneruskan aksi konsisten apabila sekali lagi menjaringkan gol buat Arsenal setelah pulih dari kecederaan. Jaringan beliau kali ini turut mirip jaringan yang selalu dilakukan oleh lagenda Arsenal, Thierry Henry. Dalam 16 perlawanan beliau akhir-akhir ini, Bendtner telah menjaringkan 11 gol.

Namun begitu, situasi Keiran Gibbs yang sekali lagi tercedera pada perlawanan pagi tadi amat membimbangkan kerana pada usia muda sebegini, beliau perlu sentiasa cergas untuk belajar dari pengalaman bermain atau sekurang-kurangnya dapat berlatih, bukan terpaksa berehat akibat kecederaan. Ini dapat membantutkan perkembangan beliau yang mempunyai potensi besar menjadi pemain bertaraf bintang satu hari nanti.

Video Highlights

Tagged: , , ,

4 comments:

  1. kagum ngan syazwan...
    walaupun bermulut agak lantang tapi mmg hebat..
    lawak bila sebelum ni arsenal mcm takde keeper yg bleh diharapkan lgsg..
    tapi skrg dah ade 2 keeper yg on form & bleh dipercayai...
    cayalah!!

    ReplyDelete
  2. arsenal x prlukan keeper yg baru lg jika keeper2 yg ada ni teruskan aksi konsisten mrk..tahniah..

    dlm game ni aku cuma hangin ngan joe barton, mamat tu bkn nk main bola, pnjenayah tu pttnya msuk tinju atau ragbi..kalu nasri ada cnfirm kene flip lg..

    ReplyDelete
  3. dua2 keeper cleansheet weyh.. bagus giler!

    ReplyDelete
  4. abih la almunia xleh cari makan lagi.. haha

    ReplyDelete